Thursday, October 1, 2009
Anggota Tentera Pasti Beri Undi Pada Bulan
Posted by wak.jaman at 3:42 AM Labels: terkini bagan pinang bandar tentera daratSekiranya anda dahagakan perubahan hidup, sekiranya anda ingin menguji Pakatan Rakyat, maka berilah undi pos anda kepada Pakatan Rakyat di Bagan Pinang. Kami akui kemenangan PAS di sini tidak akan memenangkan Kerajaan Persekutuan kepada kami, tetapi ia boleh menjadi ISYARAT MAYDAY bahawa UMNO dan BN akan tumbang dalam Pilihanraya ke-13 yang akan datang.
Sekiranya Pakatan Rakyat tidak memberikan atau mengotakan janji gaji minima selepas Pilihanraya ke-13 nanti, anda masih lagi boleh mengundi semula BN yang selama 52 tahun selepas kemerdekaan masih lagi meletakkan pejuang keselamatan negara sebagai 'Rakyat Kelas ke-2'.
Marilah kita bersama-sama jadikan Bagan Pinang sebagai 'Perang Waterloo' bagi UMNO dan BN. Kemenangan PAS di sini akan menjadi titik-tolak kehancuran UMNO dan BN termasuk politik memperkayakan kroni dan famili. Airmata Napoleon Bonaparte akan menjadi airmata Najib Razak. Marilah kita bersama-sama menunjukkan protes kita terhadap layanan buruk BN dan UMNO terhadap pasukan Polis dan Tentera agar isyarat jelas dapat dinyatakan: KAMI BUKAN RAKYAT KELAS KEDUA! KAMI PEJUANG NEGARA!
Saksikan Kesudahan episod setrusnya dalam
http://utusanjamanedan.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment