Tribute to Lifelines 4 Gaza

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja
Proram Terbaru Untuk Pembangunan UMMAH

Thursday, December 24, 2009

Mahathir cabar siasat isu seleweng RM100 bilion

0 comments


Mahathir cabar siasat isu seleweng RM100 bilion
Dis 22, 09 7:43pm
Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar perdana menteri agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan beliau menyelewengkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya.

Mantan perdana menteri menyahut desakan tokoh popular DAP Lim Kit Siang semalam yang mahu kerajaan berbuat demikian sewaktu mengulas pendedahan dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.

Karya bekas editor kanan akhbar berpengaruh Asian Wall Street Journal itu kini ditahan pihak berkuasa Malaysia di Pelabuhan Kelang tanpa sebarang alasan.

Mengulas tindakan menahan buku tersebut di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata beliau tidak memerlukan sebarang "perlindungan" daripada kerajaan dengan berbuat demikian.

Beliau malah menggesa buku setebal 368 halaman terbitan Palgrave Macmillan itu dibenarkan beredar di negara ini.

Selain itu, Dr Mahathir juga mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim, Wain dan Malaysiakini jika tuduhan-tuduhan dalam buku tersebut didapati tidak benar oleh suruhanjaya diraja tersebut.

Bersetuju dengan gesaan Lim, mantan perdana menteri berkata penubuhan suruhanjaya itu lambang kesungguhan Datuk Seri Najib Razak "membanteras rasuah" di negara ini.

Dr Mahathir bagaimanapun meletakkan beberapa syarat, antaranya suruhanjaya itu nanti harus turut menyiasat penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dituduhnya menyebabkan kerugian akibat pembatalan beberapa projek yang dimulakannya.

Beliau juga mencadangkan anggota-anggota suruhanjaya itu disertai oleh tokoh-tokoh berwibawa dari luar negara, termasuk pemimpin NGO anti-rasuah terkenal Transparency International, selain pegawai lantikan kerajaan.

Tuesday, December 15, 2009

MLM sunnah Rasulullah (SAW) ? Siri2

0 comments
Dalam perjalanan Dakwah ,Nabi SAW menggunakan kaedah networking yang mana ada diantara mereka yang hidup dizaman itu tidak pernah bertemu dengan baginda seperti hadrat Uwais Al-Qarni.

Dan rangkaian networking itu berkembang pesat di Zaman Abu Bakar dan Umar rombongan-rombongan jemaah dakwah dihantar ke seluruh pelusuk dunia .

Sebab itu dikatakan bahawa buku amalan Abu Bakar RA sentiasa terbuka sampai hari kiamat dan kesemua 8 pintu syurga memanggil nama Abu Bakar asbab dari pengorbanan yang lakukan agama islam tersebar luas.

Dan dikatakan yang Saidina Umar pernah berkata jika seseorang itu pernah mengislamkan satu orang kafir maka sudah memadai bagi dia untuk menjaminnya masuk syurga dan terlepas dari azab neraka.


Apabila seseorang itu menyuruh orang lain melakukan kebaikan lalu dia melakukannya maka yang menyuruh itu akan mendapat pahala seperti orang yang melakukan kebaikan itu tanpa ada terkurang wlau sediktpun.

Ini samasekali tidak sama dengan ganjaran dunia yang sementara apa bila orang yang kita latih membuat jualan Produk , maka kita akan dapat hanya beberapa persen bonus dari jualannnya dan jualan orang bawahannnya.

Dan jualan secara berangkaian tidak kekal kerana downline boleh berpindah syarikat bila-bila masa kata mereka "bertukar syarikat bukan tukar agama,tukar agama murtad dosa besar! tukar syarikat tak apa."

Diharapkan tidak ada yang salah faham tentang penulisan ini golongan MLM adalah sasaran dakwah kita kerana merekalah yang paling ramai online ketika ini nak tengok bonus nak pantau downline.

Itu sebab tajuk yang saya guna agak tidak selesa bagi setengah orang diharap dapat baca siri yang seterusnya akan datang

Bersambung...

MLM dengan kereta mewahnya

0 comments
Saya begitu teruja bila mendengar kata-kata motivasi dari seorang leader MLM bukan itu sahaja segala yang ada pada beliau begitu mengujakan lebih-lbih lagi bila saya berpeluang menumpang kereta mewah beliau sepanjang perjalanan asyik bercerita tentang kehebatan memiliki kereta mewah katanya beliau dah merasa pakai berbagai jenama kereta mewah dari syarikat-syarikat yang beliau sertai sebelum ini.

Ini yang menimbulkan tanda tanya... kenapa pula kereta-kereta berkenaan tidak terus jadi miliknya ? kenapa bila bertukar syarikat mesti bertukar kereta ?

Saya rasa jawapannya begini ... bila seseorang leader itu mencapai pendapatn lebih dari 10k syarikat akan bayarkan downpayment utk leader itu beli kereta yang bulanannya mungkin seribu lebih bagi kita yang pada tahap pencacai ni teruja dan lebih hebat lagi berkempen kerana dah terbukti buat syarikat ini bleh mampu beli kereta mewah.

Tapi langit tak selalu cerah dugaan dan ujian datang kadang2 kita kecundang mungkin disebabkan syarikat,persaingan,plan dan jarang sebab kesalahan diri sendiri segala yang diusahakan hancur lebur begitu sahaja.

Bagi seorang leader sejati dia tak kisah sebab syarikat apa sahaja yang dia usahakan dia tetap ada pengikut bila-bila sahaja network ini digerakkan semua akan mengikut dan dengan pengalaman yang ada dia juga mampu mencari network yang baru....

Pengakuan PI Bala : SPRM berat nk siasat...

0 comments
Peguam pada "The missing PI Bala" Americk Singh Sidhu telah menawarkan dirinya untuk membantu siasatan keatas Bala yang mendakwa ada pengelibatan adik beradik Najib dalam usaha menarik balik kenyataan bersumpah pertamanya dulu.

Perkara ini beliau tegaskan dalam sebuah e-mail yang dikirim kepada Pegawai penyiasat SPRM Abdul Rahman Bachok pada 4 Disember 2009.
Beliau juga telah menerima panggilan telefon dari Pegawai Sprm berkenaan bagi memastikan kandungan e-mail yang dihantar namun sehingga hari ini 14 Dis 2009 tidak ada tindakan susulan yang diambil.

Sebelum ini ketua pemuda KeAdilan Shamsul Iskandar Mohd Akin telah dipanggil untuk membantu siasatan namun beliau tidak banyak dapat membantu kerana tidak tahu dimana Bala berada dan ini telah dijadilkan alasan oleh SPRM untuk tidak menyiasat tetapi kini Peguam Bala sendiri menawarkan diri dan mengaturkan pertemuan dengan anak guamnya SPRM masih terhegeh2 berat punggung nak buat kerja atau tak tahu apa nak buat atau menunggu arahan dari seseorang.....
komen disini (KLIK LINK DIBAWAH)
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=97370#97370

Monday, December 14, 2009

Demokrasi yang pincang

0 comments
Sistem demokrasi ciptaan manusia baedasarkan bilangan pengikut satu-satu parti politik adalah tinggalan penjajah dalam sistem ini mana puak yang jumlahnya lebih besar dialah yang memerintah.

apaj adi kalau sama banyak ?

mengikut teori kekecuhan pasti berlaku , hingga melibatkan pertumpahan darah atau perang saudara dan kalau parti politik berdasarkan kaum perang antara kaum pasti akan berlaku kerana kecenderungan manusia akan memilih pemimpin dari kaumnya sendiri.

Di America Syarikat pertambahan bilangan rakyat kulit hitam yang kuat sex dan banyak anak telah memungkinkan Obama menjadi Presiden dan kekuasaan orang kulit putih selama 200 tahun dan yahudi khabarnya telah pindahkan semua operasi ke israel dan pedulikan lagi amerika tak lama lagi amerika hancur kerana perang antara bangsa...

Di Negara kita suspen..lebih kurang sama .jer kerajaan persekutuan goyang bilangan ahli parlimen lebih kurang sama banyak. nasib baik orang melayu kuat buat anak melayu masih majoriti tu sebab umno sasau mula main sentimen perkauman diharapkan dapat tarik sokongan , Tapi orng melayu lebih cenderung kepada PAS dan keAdilan cuma kuasa polis,hakim dan lain-lain agensi kerajaan masih ditangan ahli politik kalu betul betul sama banyak nanti mesti kecuh ....

Itulah yang diharapkan penjajah tapi Insyaa Allah rakyat Malaysia mampu berpolitik secara secara matang diharapkan tak ade perkara yang buruk akan berlaku..

artikel sumbangan
http://utusanjamanedan.blogspot.com

MLM sunnah Rasulullah (SAW) ?

0 comments
Pada tahun1995 saya meninggalkan kebiasaan saya berjubah dan berserban buat pertama kali saya mengenakan kemeja dan bertali leher untuk satu tujuan iaitu mengikuti satu kursus motivasi yang dianjurkan oleh sebuah syarikat MLM yang terkemuka.

Banyak perkara-perkara baru yang saya alami semasa dalam kursus tersebut tetapi bila sang motivator menyentuh tentang mereka yang pergi berdakwah dari rumah-kerumah sebagai"tidak guna" dan memalukan umat islam saya segera angkat tangan dan berkata "encik kalau tak tahu tentang apa yang encik katakan lebih baik jangan cakap" sang motivator pura-pura tidak mendengar lalu saya bangun "Kalau tak tahu apa-apa tentang amalan sunnah ni,lebih baik jangan cakap nanti saya baling dengan hanphone ni..!!"

Saya katakan kalau nak tahu selepas ini kita boleh berbincang bermuzakarah lalu sang motivator meneruskan ceramah walaupun moodnya telah terganggu.

Saya minat menyertai MLM kera banyak persamaan dengan kerja dakwah sunnah Rasullullah SAW.

perbezaan nya adalah dari segi produk,pemasaran dan ganjarannya:

Dalam MLM produknya adalah zahir dan perlu dirasakan akan kebaikan dan faedahnya bila kita menggunakannya .

Kemudian setelah merasai kehebatan produk barulah kita boleh kongsikan dengan orang lain tentang orang lain ,

begitu juga dengan kerja dakwah kalau kita sendiri tidak mengamalkan apa yang kita sampaikan kita akan jadi bahan kutukan masyarakat

disekeliling seolah-olah orang kata muka "sendiri berjerawat batu nak suruh orang beli produkkecantikan awak".

Dalam islam produknya adalah bathin bagi yang mengamalkan dengan sempuna akan dapat merasai kenikmatan dalam setiap amalan yang dikerjakan,kemudian harus disampaikan

Ganjaran yang diberikan juga berbeza .

Yang sama adalah ianya diberi secara tingkatan atau level disinilah wujudnya istilah "Multi Level Marketing" mengikut pangkat (Diamond) dan pendapatan sesorang leader itu.

Bukanlah seseorang diamond itu hanya boleh duduk diam lalu memakan percentage dari orang bawahannya dengan percuma ,

gerakkerja mesti dilakukan ,dengan cara merekrut orang baru, menganjur seminar, meeting mingguan atau belanja makan (opentable ) barulah layak dia menerima bonus yang sepatutnya.

Begitu jua dalam usaha dakwah walaupun ganjaran tidak nampak didepan mata tetapi selalu dicakapkan tentang fadilat-fadilat solat,zikir,puasa haji dan amalan dakwah itu sendiri kerana ia bukan sahaja menggalakkan orang lain malahan diri kita sendiri untuk mengamalkannya dan merasai nikmatnya.

Dalam MLM ganjarannya adalah nyata wang,bonus,kereta mewah dan sebagainya dan tarikannya lebih kuat kerana dinampakkan dengan jelas kemewahan seorang leader yang berjaya....
BERI KOMEN ANDA DISINI
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=93869#93869

Sunday, December 6, 2009

SPRM minta PKR bantu cari Bala...

0 comments
SPRM minta PKR bantu cari Bala...
Dis 4, 09 3:36pm
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta bantuan PKR untuk mencari penyiasat persendirian P Balasubramaniam dan membawanya ke pejabat suruhanjaya tersebut.

Perkara itu didedahkan oleh ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang berkata, SPRM memintanya berbuat demikian secepat mungkin.

Dalam beberapa klip video yang disiarkan di Internet bulan lalu, Balasubramaniam mendakwa beliau ditawarkan RM5 juta oleh adik perdana menteri, Datuk Mohamed Nazim Razak dan peniaga permaidani Deepak Jaikishan, supaya menarik balik akuan bersumpahnya yang mendakwa perdana menteri mempunyai hubungan rapat dengan Altantuya Shaariibuu.

Shamsul Iskandar disoal oleh pegawai penyiasat SPRM Abdul Rahman Bachok selama dua jam di Putrajaya pagi ini sebagai susulan laporannya kepada SPRM terhadap Mohamed Nazim dan Deepak, kelmarin.

Shamsul Iskandar ditemani peguamnya Yusmadi Yussof, juga ketua AMK Pulau Pinang, dan lima pemimpin AMK Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sambil menyuarakan rasa terkejutnya dengan permintaan SPRM itu, Shamsul Iskandar berkata:

"Mereka sendiri mempunyai segala kemudahan untuk mencari Balasubramaniam."

Beliau juga memberitahu Malaysiakini bahawa SPRM telah meminta bantuannya untuk mendapatkan salinan akuan bersumpah pertama dan kedua Balasubramaniam.

Balasubramaniam, bekas anggota polis Cawangan Khas yang pernah diupah oleh Abdul Razak Abdullah Baginda, membuat akuan bersumpah kontroversi 3 Julai tahun lalu yang mengaitkan Najib dengan Altantuya.

Bagaimanapun, Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpahnya itu dalam tempoh 24 jam dan kemudian lari keluar negara bersama keluarganya.

Abdul Razak, kenalan rapat Najib yang dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia tersebut, dibebaskan daripada tuduhan itu.

Beliau menyambung pelajaran di London selepas dibebaskan daripada tahanan reman di penjara Sungai Buloh.

Laporan Shamsul Iskandar kepada SPRM dibuat berdasarkan rakaman video satu siri temuramah dengan Balasubramaniam, dan satu salinan rakaman tersebut diserahkan kepada suruhanjaya tersebut, kelmarin.
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=73960#73960

Saturday, December 5, 2009

Hukum doakan Kejahatan Kepada Orang Lain

0 comments
Doa Kejahatan Kepada Orang Lain
Ditulis oleh Mohammad Shukri Osman
Thursday, 03 May 2007

Soalan :
Apa hukumnya sekiranya kita mendoakan balasan yang buruk kepada setiap orang yang menaburkan fitnah dan umpatan keji ke atas diri kita?

Jawapan :
Tidak boleh mendoakan keburukan kepada seseorang walaupun ia menabur fitnah. Walau bagaimanapun, kita dibolehkan berdoa supaya Allah SWT memberikan petunjuk kepadanya. Seseorang yang difitnah berhak membela diri dan boleh juga memberi maaf.
di petik dari laman web Pusat Islam
BERIKAN KOMEN ANDA DISINI KLIK LINK DIBAWAH.
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=73418#73418

Terkejut beruk dengan doa Nik Aziz

0 comments
TPM terkejut ugutan doa pecah perut Nik Aziz
Dis 4, 09 8:06pm
"Tak tahu nak kata apa", itulah reaksi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terkejut dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan mendoakan pemimpin kerajaan BN "pecah perut" berhubung isu bayaran royalti minyak.

Beliau berkata kenyataan sedemikian langsung tidak mencerminkan sifat keislaman dan terperanjat kerana ia keluar daripada seorang yang bergelar mursyidul am.

"Rasa tak boleh apa nak dikata. Yang kita tahu sebelum ini pun, kita kata sebagai orang Islam tak pernah mendoakan seorang Islam lain itu musnah hanya kerana sebab-sebab konflik tertentu dan dalam hal Kelantan berkaitan royalti minyak.

"Itu sudah diputuskan oleh kabinet. Jadi, saya tak tahu nak kata apa kerana ini bukan pertama kali, berulang-ulang kali," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-65 di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz di dalam sebuah laman web yang menyatakan hasratnya untuk berdoa sedemikian sebagai reaksi terhadap keengganan kerajaan persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar memberikan wang ehsan.

Pada bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan membayar wang ehsan kepada kerajaan negeri Kelantan melalui Petronas bermula tahun depan, sebagai menggantikan tuntutan royalti minyak yang dimahukan kerajaan negeri Kelantan.

Beliau berkata kerajaan negeri Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih dan wang itu akan disalurkan dalam bentuk pembangunan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.

Muhyiddin berkata kenyataan itu dibuat dalam keadaan sedar oleh menteri besar Kelantan itu dan kalangan pemimpin PAS yang banyak terdiri daripada tokoh agama patut menegur jika Nik Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan sebegitu.

"Ini satu perbuatan yang langsung tidak mencerminkan semangat cara Islam yang sebenarnya," katanya.

Mengenai Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib yang disebut-sebut telah meletak jawatan sebagai timbalan menteri pelancongan, Muhyiddin berkata beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

Portal berita The Malaysian Insider hari ini melaporkan Sulaiman telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada perdana menteri bulan lepas.

Beliau dikatakan menyebut masalah kesihatan sebagai sebab utama dalam keputusannya untuk meninggalkan pentadbiran persekutuan. BERNAMA

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI (KLIK LINK DIBAWAH)
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=71939#71939

Lembaga Teoh dipejabat SPRM

0 comments
Pengawal nampak lembaga 'Teoh' di pejabat SPRM
Dis 4, 09 7:49pm
Tiga individu mendakwa mereka ternampak satu lembaga yang menyerupai mendiang Teoh Beng Hock merayau-rayau di ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, Shah Alam.

Menurut laporan akhbar China Press, lembaga tersebut dilihat di tingkat lima bangunan tersebut - tempat Teoh ditemui mati dan di tingkat 14, iaitu pejabat SPRM Selangor.

Laporan itu menyebut seorang pengawal keselamatan dan dua pegawai SPRM terserempak dengan lembaga itu sekitar bulan Oktober lalu - lebih dua bulan selepas Teoh ditemui mati.

Pengawal keselamatan tersebut yang enggan namanya disebut berkata, dia tidak nampak muka lembaga itu, tetapi ia berpakaian sama seperti yang dipakai mendiang ketika datang ke pejabat SPRM dulu.

"Saya nampak mayatnya selepas jatuh. Saya pasti ianya Teoh walaupun saya hanya lihat bahagian belakangnya," katanya sambil menambah kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang.

Ketika mencerita semula kejadian itu, pengawal tersebut berkata dia pergi ke bilik air di tingkat lima di mana secara dia tiba-tiba terdengar bunyi orang berjalan. Pengawal keselamatan yang lain tidak bertugas ketika itu.

"Saya rasa pelik. Biasanya pada waktu itu tiada orang lain di situ. Lalu saya berjalan ke arah tandas... kemudian saya nampak seorang lelaki di depan lif, dia memakai kot hitam dan berseluar putih," katanya.

Pada masa itu, tidak terlintas di fikiran pengawal tersebut bahawa ia adalah lembaga yang menyerupai Teoh itu.

"Saya bertanya dia hendak ke mana kerana tiada orang di atas. Dia menjawab "saya nak naik ke atas", lalu masuk ke dalam lif.

"Ketika itulah saya terfikir yang dia nampak seperti Teoh, jadi saya bergegas ke bilik keselamatan untuk melihat CCTV, tetapi tiada seorang pun dalam lif tersebut.

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI (KLIK LINK DIBAWAH)
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3395#71932

Friday, December 4, 2009

VIDEO DOA NIK AZIZ UNTUK NAJIB

0 comments
Selasa lalu, ratusan penyokong Umno, yang diketuai seorang pemimpin bahagian Pasir Mas, mengadakan demonstrasi di depan kompleks Kota Darulnaim bagi mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung ugutan untuk berdoa bala terhadapnya.

Mereka, yang menggunakan nama Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan, juga mendesak menteri besar melepaskan jawatannya.

Nik Abdul Aziz menyatakan hasratnya untuk berdoa sedemikian sebagai reaksi terhadap keengganan kerajaan persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar menyerahkan wang ehsan.

Nik Aziz: Kita doa sampai pecah perut

0 comments


Nik Aziz: Kita doa sampai pecah perut

Jimadie Shah Othman
Dis 4, 09
11:22am

kemaskini 1.32pm Membalas bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Selasa lalu, ribuan penyokong menteri besar itu hari ini mengadakan satu demonstrasi di Kota Bharu.

Perhimpunan itu diadakan di Jalan Dato' Pati bermula jam 10 pagi tadi, sejurus selepas kuliah mingguan tokoh besar PAS itu di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan.

Para penyokong Nik Abdul Aziz memakai lilitan kepala warna merah bertulisan putih "We Love Tok Guru" sambil mendengar ucapan beliau, exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, pemimpin Pemuda PAS Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan beberapa pemimpin lain.

Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz antaranya menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak seperti dituntut kerajaan negeri sebagai "melanggar keadilan asasi".

"Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS, dengan sorakan para penyokongnya.

Nik Abdul Aziz mengaitkan perkara itu dengan bantahan masyarakat bukan Islam yang menentang peraturan kawalan arak ketika beliau baru memimpin Kelantan, 19 tahun lalu.

"Ada (ahli masyarakat) yang kata hendak buat pesta minum arak. Bila wartawan tanya saya (perkara itu), saya kata, bagi dia minum sampai pecah perut," katanya, disambut gelak ketawa penyokong.

Tambahnya, hasil penjelasan itu, semua pihak menyambut baik tindakan kerajaan negeri.

Selasa lalu, ratusan penyokong Umno, yang diketuai seorang pemimpin bahagian Pasir Mas, mengadakan demonstrasi di depan kompleks Kota Darulnaim bagi mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung ugutan untuk berdoa bala terhadapnya.

Mereka, yang menggunakan nama Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan, juga mendesak menteri besar melepaskan jawatannya.

Nik Abdul Aziz menyatakan hasratnya untuk berdoa sedemikian sebagai reaksi terhadap keengganan kerajaan persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar menyerahkan wang ehsan.

Sementara itu, mengulas kritikan terhadap kepimpinannya akhir-akhir ini, Nik Abdul Aziz berkata, serangan itu dibuat ekoran "rasa cemas" BN dalam usaha menutup masalah dalaman parti-parti komponennya.

"Dia (BN) hendak tipu budak-budak dengan hantu boleh. Tetapi hendak tipu pengundi Kelantan tidak boleh," katanya.

Perhimpunan sejam itu berakhir dengan laungan takbir para penyokongnya. Tiada sebarang perarakan dibuat, walaupun terdapat ura-ura mengenainya sebelum ini.

Kepemimpinan Nik Abdul Aziz akhir-akhir ini menerima pelbagai kritikan susulan beberapa isu, antaranya pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai ketua pengarah eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan tajaan haji daripada seorang kontraktor.

Anak syarikat kerajaan (GLC) itu juga sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa.

Belum reda isu itu, Nik Abdul Aziz menimbulkan pula kontroversi baru apabila mendakwa terdapat usaha menjatuhkannya yang didalangi oleh seorang pegawai tentera yang dikenali sebagai "Kolonel Mat."
NYATAKAN SOKONGAN ANDA DISINI....(KLIK LINK DIBAWAH)
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=71112#71112
http://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=115336#115336

GAMBAR ISTERI AKHIL HAYY -MAIZAWATI

0 comments

Tak layak ajar agama


Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

ahmadshahrul@hmetro.my










PUTRAJAYA: Penceramah muda yang juga bekas penyanyi rock, Akhil Hayy
tidak layak berceramah dan mentarbiah orang lain berdasarkan latar
belakang agama yang cetek selain hanya mengharapkan populariti sebagai
artis semata-mata.



Bukan itu saja, penceramah yang pernah
menjadi pengacara sebuah rancangan ilmiah di televisyen itu juga tidak
pernah diberikan sebarang kelulusan berceramah dan pernah ditahan
penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).



Kenyataan
itu dikeluarkan Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang
mengakui berdasarkan maklumat, bekas penyanyi kumpulan rock terbabit
tidak mempunyai latar belakang agama bagi melayakkannya memberikan
ceramah agama.

Proton EXORA tak der kualiti komen by lept 02

0 comments
ada member aku amik exora 1.6AT,rancang pi genting,,,tak sampai genting,engin pecah.hangit beb!kesian dia.aku bagitau,kalo hang nak tau,engin 1.6 CPs campro tak sesuai dimuatkan dalam keta MPV,tak larat nak naik bukit dengan muatan penuh.jgn tiru nissan grand livina 1.6,dia ada sistem yang dipanggi CVTC yang menyimbangkan beban dan kelajuan secara auto.Proton takde teknologi tu..so,proton belum sampai ke tahap untuk membuat MPV lagi sebab tekbologi yang jauh ketinggalan.fikir2kan 2kali sebelum membeli..sebenarnya bukan R&D proton yang sedang menguji exora,tapi rakyat yang sedang menguji...

komen dari lepat02 dalam...(klik link dibawah)
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3151#69955

Thursday, December 3, 2009

Exora ke Thailand

0 comments

BANGKOK, 1 Dis (Bernama) — Proton Holdings Bhd akan mengeksport kereta terlarisnya, Exora, ke Australia dan Timur Tengah pada tahun depan dan melancarkan model pertamanya di India pada 2011 serta menyasarkan untuk mengeksport 50 peratus daripada keluaran keselurahannya di dalam tempoh tiga tahun.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata Proton telah mengeksport kira-kira 24 peratus atau 26,000 kereta di dalam tahun kewangan 2009/2010 dan berharap menjual lebih 40,000 pada tahun depan.

“Ekonomi sedang pulih dan tanda-tanda menunjukkan kami akan mencapai agihan eksport 50 peratus dan 50 peratus bagi pasaran domestik di dalam tempoh tiga tahun,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas melancarkan Exora di Ekspo Permotoran Antarabangsa Thailand di sini Selasa.

Pada tahun kewangan 2008-2009, pengeluar kereta nasional itu telah menjual 108,405 kereta Proton di dalam negara dan hanya mengeksport 18,426 unit.

Katanya Exora, model sulung kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton, telah menerima 25,000 tempahan sejak pelancarannya di Malaysia pada April lepas dan 1,500 di Indonesia manakala jualan keseluruhan di Thailand dijangka sekitar 150 unit sebulan.

Ketika ditanya sama ada beliau berkeyakinan kejayaan Exora di Thailand kerana pasaran MPVnya hanya sekitar dua peratus, Syed Zainal berkata keadaan yang sama wujud di Malaysia empat tahun lepas tetapi trend itu telah berubah dan lebih ramai orang berpindah ke segmen itu untuk mendapatkan nilai bagi wang dan mengikut perubahan hidup.

Sejak memasuki pasaran di sini yang kompetitif dan yang didominasi pengeluar Jepun, Proton dan pengedar Thainya, Phranakorn Auto Sales, telah menjual lebih 7,000 kereta, dengan model utamanya ialah Savvy.

Pada tahun depan, Syed Zainal berkata Proton merancang melancarkan Exora di Australia, Mesir, Syria, Oman, Qatar dan Arab Saudi selepas mengeksportnya ke Indonesia, Brunei dan Singapura sebelum itu.

“Untuk menampung permintaan yang tinggi, kami merancang untuk melakukan pengeluaran dua syif bagi menggandakan pengeluaran dari 2,800 unit sebulan,” katanya.

Mengenai India, yang disifatkannya sebagai pasaran strategik dan penting, Syed Zainal berkata Proton dijangka mengumumkan rakan kongsi tempatannya pada awal tahun depan dan kereta pertamanya akan dilancarkan dalam tempoh setahun.

Untuk kekal kompetitif, Syed Zainal berkata Proton akan menambah baik modelnya dengan kereta baharu di dalam tempoh yang singkat kerana kitaran hayat model semasa pengeluar utama ialah empat tahun, yang tidak seperti 10 hingga 12 tahun sebelum ini.

“Satu model bagi 10 tahun tidak boleh diterima lagi. Kami sedang mengusahakan model seperti Perdana dan Waja … usaha sedang dilakukan dan kami berharap memuktamadkannya tidak lama lagi,” katanya.

BERIKAN KOMEN ANDA DISINI
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3258#69156
– BERNAMA

Retro : 10 alasan penghakiman Ariffin Jaka

0 comments
KUALA LUMPUR, Khamis – Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka memberikan 10 sebab beliau menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas didapati bersalah meliwat bekas pemandunya, Azizan Abu Bakar.

Ariffin dalam penghakiman setebal 206 halaman menghurai dengan secara teliti keterangan sembilan saksi pendakwa dan 29 saksi pembela dalam 10 sebab mensabitkan kesalahan Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja meliwat Azizan.

Beliau yang membuat keputusan lisan menjatuhkan hukuman sembilan tahun penjara terhadap Anwar dan enam tahun penjara serta empat sebatan ke atas Sukma Darmawan pada 8 Ogos tahun lalu, mengedarkan penghakiman bertulisnya kepada media pada jam 3.45 petang di sini, hari ini.

Ariffin menyiapkan penghakiman bertulis itu pada 30 April lalu dan diserahkan kepada pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah bagi membolehkan semua dokumen mengenai kes itu disusun sebagai rekod rayuan.

Antara sebab mereka didapati bersalah ialah kerana;

1. Pembelaan alibi kedua-dua tertuduh tidak meliputi keseluruhan Januari hingga Mac 1993 seperti yang dicatatkan dalam tuduhan. Pembelaan alibi mereka hanya meliputi dari 4 Februari hingga 31 Mac 1993 dan oleh itu, ia gagal.

2. Pembelaan kedua-dua tertuduh bahawa mereka tidak pernah ke Tivoli Villas pada jam 7.45 malam di antara Januari dan Mac 1993 juga gagal berdasarkan keterangan Azizan yang diterima mahkamah sebagai benar dan boleh dipercayai.

3. Pembelaan konspirasi untuk mengada-adakan bukti gagal dibuktikan dengan keterangan yang boleh diterima pakai dan meyakinkan.

4. Pengakuan Sukma Darmawan dibuat secara sukarela.

5. Kebenaran pengakuan itu (Sukma) berjaya dibuktikan terhadap kedua-dua tertuduh.

6. Terdapat sokongan keterangan Azizan.

7. Kewibawaan Azizan diterima mahkamah.

8. Sukma Darmawan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes bersubahat dengan Anwar. Terdapat cukup bukti dia bersubahat dengan Anwar melakukan perbuatan liwat ke atas Azizan.

9. Keputusan mahkamah bahawa keterangan pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan kes pendakwaan.

10. Mahkamah juga mendapati pendakwa berjaya membuktikan kesnya mengatasi keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh..

Ariffin berkata, Anwar dan Sukma Darmawan disabitkan kesalahan meliwat Azizan kerana mereka gagal membuktikan pembelaan alibi yang mereka kemukakan kepada mahkamah.

“Saya memutuskan berdasarkan kepada fakta bahawa alibi kedua-dua tertuduh tidak meliputi keseluruhan waktu di antara Januari dan Mac 1993 seperti dalam tuduhan.

“Mereka hanya mengemukakan alibi dari 4 Februari hingga 31 Mac 1993 dan saya mendapati ia tidak lengkap dan menyebabkan pembelaan alibi mereka gagal,” katanya.

Beliau berkata, mengikut tuduhan, kesalahan dilakukan pada jam 7.45 malam di antara Januari dan Mac 1993 dan Anwar hanya mengemukakan bukti alibi bagi tempoh 4 Februari hingga Mac 1993 tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Isnin.

“Kini kita hanya tinggal keseluruhan Januari hingga kepada 3 Februari 1993 untuk diambil kira. Anwar tidak mengemukakan sebarang bukti atau saksi untuk menunjukkan di mana dia berada pada Januari hingga 3 Februari 1993.

“Oleh itu, saya mendapati pembelaan alibinya gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesalahannya atau kebenaran kes pendakwaan,” katanya.

Katanya, Sukma Darmawan juga gagal mengemukakan bukti dan saksi untuk menyokong pembelaan alibi di mana dia berada untuk tempoh Januari hingga Mac 1993.

Ariffin berkata, sebab kedua beliau mensabitkan kesalahan terhadap kedua-dua tertuduh ialah selepas tidak dapat menerima penafian Anwar yang dia tidak pergi ke pangsapuri Tivoli Villas pada jam 7.45 malam di antara Januari dan Mac 1993.

“Saya menolak penafian itu kerana keterangan Azizan serta pengakuan Sukma Darmawan yang meyakinkan dan mantap. Dalam pengakuannya, Sukma Darmawan menyatakan Anwar berada di Tivoli Villas ketika kejadian meliwat Azizan,” katanya.

Sebab ketiga, pembela gagal membuktikan wujud konspirasi untuk mengada-adakan bukti selepas keterangan yang dikemukakan kepada mahkamah tidak meyakinkan serta boleh diterima.

Katanya, Anwar mendakwa wujud konspirasi politik untuk mengada-adakan bukti terhadapnya dan jika dia berjaya membuktikan kebenarannya tertuduh itu berhak untuk dibebaskan.

Ariffin berkata, Anwar memberi keterangan secara panjang lebar mengenai perbuatan salah laku beberapa menteri dan ahli politik serta komplot mereka untuk menjatuhkannya.

Bagaimanapun, katanya, dakwaan Anwar itu tidak berasas kerana dia gagal mengemukakan sebarang bukti untuk menunjukkan wujud konspirasi politik menganiayanya.

Berhubung sama ada pengakuan Sukma Darmawan itu dibuat secara sukarela atau tidak, Ariffin berkata mahkamah memutuskan ia dibuat secara sukarela dan kebenaran berjaya dibuktikan terhadap kedua-dua tertuduh.

Selanjutnya, Ariffin berkata keterangan Azizan disokong dengan pengakuan Sukma Darmawan dan keterangan Anwar yang mengarahkan Azizan menarik balik pengakuannya diliwat oleh tertuduh.

Katanya, walaupun dalam kes liwat laporan perubatan perlu dibuat oleh mangsa, dalam kes ini keterangan Azizan dan pengakuan Sukma Darmawan mencukupi untuk membuktikan terhadap perbuatan liwat.

Berhubung hukuman penjara terhadap Anwar, katanya, sebagai pemimpin kedua dalam negara, Anwar tidak menunjukkan contoh yang baik apabila melakukan perbuatan yang keji dan patut menerima hukuman berat.

Katanya, beliau gagal dalam tugasnya jika tidak menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh Anwar.

Sehubungan itu, Ariffin berkata, hukuman yang setimpal adalah penjara sembilan tahun dan berkuat kuasa selepas dia tamat menjalani hukuman penjara enam tahun terhadap kesalahan rasuah.

Anwar dan Sukma didakwa melakukan kesalahan itu di unit nombor 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, pada satu malam jam 7.45, antara Januari dan Mac 1993.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan.

beri komen anda disini....
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=67223#67223

300 Juta untuk rebadge Perodua Alza

0 comments
Perodua Alza memang betul-betul berdasarkan Toyota Passo Sette dan Daihatsu Luminas.Perodua ini cuma "rebadge" dengan wajah baru dengan perubahan kecil dengan kos sekitar RM300 juta.

Pada yang satu lagi blok jenama kereta negara, Proton sedang merancangkan mengeluarkan satu model asas proton Exora hanya 3 hari sebelum pelancaran bagi Perodua Alza menurut satu sumber daripada kakitangan Proton. model asas proton Exora adalah diketahui sebagai Proton Exora “Rakyat” pada harga yang termampu untuk menyainginya Perodua MPV Alza iaitu antara RM56k-RM65k.

Itu satu strategi yang baik oleh Proton untuk menerima cabaran oleh Perodua MPV dan bagaimana untuk menangani persaingan. Model Asas Proton Exora Atau “Exora Rakyat” harganya kira-kira RM55,000 akan dikeluarkan dengan aksesori-aksesori minimum dan mengekalkan spesifikasi asas seperti gabungan chasis dan enjin. Paling berkemungkinan ia akan menggunakan bingkai-bingkai keluli yang kecil , bercat hitam tidak memasukan ciri-ciri tambahan aksesori luaran

PERODUA MPV ALZA

(RM 280 juta diperuntukkan hanya untuk rebadge Toyota Passo Sette ini.Dan saya percaya beberapa Pemilik-pemilik Alza akan rebadge dan menukar sekali lagi ke Toyota Passo Sette atau Daihatsu Boon Luminas dengan satu kos kurang daripada RM5000)

Bagaimanapun, ia masih satu tawaran yang baik kerana dengan harga untuk Perodua MPV Alza, anda berkeupayaan mendapatkan kelebihan berbanding Proton Exora Basic Model . Aksesori lain dapat ditokok pada masa akan datang menurut kehendak anda.

http://utusanjamanedan.blogspot.com

Wednesday, December 2, 2009

Nur Kasih capai sasaran 5 juta penonton

0 comments
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Dianggarkan lima juta orang akan menonton episod terakhir drama bersiri Nur Kasih malam esok. Drama bersiri yang mencetus fenomena baru di kalangan penonton televisyen di negara ini akan menutup tirai selepas disiarkan sebanyak 26 episod sejak 29 Mei lalu.

Ketika ditayangkan minggu lepas, Nur Kasih mencatat jumlah penonton paling tinggi dalam sejarah iaitu 3.9 juta penonton,

Rating yang dicatatkan itu sekali gus meletakkan Nur Kasih sebagai drama bersiri paling popular dan paling ramai ditonton ketika ini.

Menerusi kajian yang dikeluarkan oleh AGB Nielsen Media Research, sebanyak 3.9 juta penonton mewakili 53.9 peratus penonton televisyen di Malaysia memilih untuk menonton Nur Kasih setiap kali ia ditayangkan pada hari Jumaat pukul 9 malam.

Nur Kasih juga mencatat rekod tersendiri apabila ia turut diulang siarannya tanpa iklan dengan jumlah penonton mencecah dua juta setiap kali ditayangkan pada pukul 7.30 malam setiap hari Selasa hingga Jumaat.

Drama arahan Khabir Bhatia itu mendapat sambutan luar biasa kerana penghasilan skrip, jalan cerita selain teknik sinematografi yang cukup kreatif.

Menurut Pengurus Besar Jenama TV3, Nurul Abu Bakar, faktor utama yang mendorong kepada kejayaan Nur Kasih terletak pada jalan cerita yang menarik serta disokong oleh pelakon dan pengarah yang hebat.

Sehubungan itu, untuk episod terakhir malam esok, stesen berkenaan menyasarkan jumlah penonton yang lebih tinggi berikutan esok merupakan hari cuti umum Aidiladha.

”Episod terakhir Nur Kasih menjanjikan tayangan yang akan lebih meruntun jiwa dan perasaan penonton dan sekali gus menjawab tanda tanya kisah cinta tiga segi antara Nur dengan Adam dan Aidil,” kata Nurul dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Nur Kasih merupakan drama bersiri yang sarat dengan kisah cinta lakonan aktor muda Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ummi Nazeera dan Sharifah Sofia.

PULAU PINANG LARANG KAKITANGAN SERTAI PROGRAM BTN

0 comments
Kerajaan Pulau Pinang hari ini melarang semua kakitangannya daripada mengikuti Biro Tata Negara (BTN), berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman, pada sidang media di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, satu usul akan dibentangkan penyokong kerajaan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Persidangan DUN petang ini.

Katanya, semua kakitangan dihantar mengikuti kursus yang disediakan kerajaan negeri sejak mengambil alih pemerintahan negeri itu.

Tuesday, December 1, 2009

Tuduhan Liwat 2 juga Dari Najib

0 comments
Fitnah dan aniaya kes liwat 2 Anwar Ibrahim juga dari Najib bila dia berdolak-dalik dalam hal mengenai pertemuannya dengan Star Witness Mohd Shaiful Bukhari Azlan.

Kini Najib sukar untuk mendapat kerjasama dari organ-organ kerajaan bila pecubaan untuk menangkap Anwar gagal kerana ada anggota kerajaan yang bersimpati dgn Anwar bertindak membocorkan segala rancangan jahat Najib.

Tak lupa juga para doktor yang memberi laporan post mortem "Star Witness" yang sebenar tidak diliwat seperti Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, hakim mahkamah seysyen Hakim SM Komathy Suppiah , Bekas SB Bala ,Imam Ramlang Porigi dan yang lain-lain juga mula enggan memberi kerjasama terhadap rancangan jahat Najib walaupun secara senyap seperti surat tanpa nama dari pegawai SPRM tentang pengelibatan Khir Toyo dan Ketua Sprm Selangor .

Wahai seluruh rakyat Malaysia! Ketua-ketua POLIS, Para Hakim , Pegawai-Pegawai Kerajaan, Imigresen,Pegawai TENTERA,JURU AUDIT Negara,

Tampillah kehadapan dengan berani menyatakan kebenaran jangan diharapkan dengan sedikit keuntungan didunia kita menjadi lemah lalu terus tenggelam dalam kebusukan Rasuah dan dosa besar.

Dunia adalah sementara akhiratlah kehidupan yang sebenar sayangilah anak isteri,keluarga dan negara Kerana ALLAH Semata2.

Dan kalau kita serentak mahukan perubahan pasti akan berlaku seperti REVOLUSI Di Iran , Bila semua organ kerajaan terutama PENGAWAL DiRAJA SHAH bertukar arah menentang kezaliman SHAH IRAN dengan sokongan padu seluruh rakyat jentera kerajaan akhirnya SHAH IRAN terbuang ke LUAR Negara.

Ini juga boleh berlaku di Malaysia tak perlu tunjuk perasaan atau demontrasi jalanan apa lagi pertumpahan darah.


Samada kita sebagai Hakim,Polis,Doktor, Peguam,Pendakwa Raya,Tentera,Pegawai-pegawai kerajaan dan semua warga Malaysia bertindak dengan adil kebenaran pasti akan terserlah.

Tidak perlu menyebelahi atau menyokong ANWAR IBRAHIM katakan sahaja apa yang BENAR InsyAllah ,Allah PASTI bersama dengan kita.

sila berikan komen anda dihalaman
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3015#63903

DSAI gagal gugurkan tuduhan

0 comments
Ketua pembangkang negara Dato Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal mengetepikan pertuduhan liwat terdapanya di mahkamah tinggi hari ini ,oleh itu perbicaraan akan di mulakan pada 24 Febuari 2010 nanti.

Laporan doktor yang mengesahkan Shaiful Bukhari Azlan tidak diliwat tidak boleh dijadikan alasan untuk mahkamah mengetepikan tuduhan tersebut

Barisan peguam Anwar juga didapati gagal meyakinkan mahkamah bahawa tuduhan berkenaan merupakan konspirasi terhapa beliau.

http://utusanjamanedan.blogspot.com

Download Nasyid UNLIMITED !!! Lonjakkan ekonomi UMMAH

Related Posts with Thumbnails