Tribute to Lifelines 4 Gaza

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja
Proram Terbaru Untuk Pembangunan UMMAH

Monday, November 30, 2009

1 comments
Papadom Afdlin Ke Hollywood


Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

AFDLIN bersama tiga anugerah yang dimenanginya menerusi filem Papadom pada Festival Filem Malaysia Ke-22 di Sabah, Ogos lalu.

JIKA semuanya berjalan lancar, filem Papadom arahan Afdlin Shauki akan diterbitkan dalam versi Tamil dan menembusi pasaran Kollywood iaitu industri perfileman Tamil di India. Ternyata berita itu cukup mengujakan Afdlin dan dia sendiri sudah tidak sabar lagi untuk turun semula ke lokasi bagi mengarahkan Papadom versi Tamil. Baginya, ia adalah satu cabaran baru baginya sebagai seorang pengarah dan Afdlin sendiri mengakui dia suka melakukan perkara baru yang mampu mencabar kredibilitinya sebagai seorang pengarah.

Buat masa ini, katanya, pihak Tayangan Unggul Sdn. Bhd. sedang meneliti beberapa aspek sebelum projek filem tersebut diteruskan. "Ia merupakan permintaan oleh pihak atasan Astro yang amat menyukai jalan ceritanya dan berpendapat ia berpotensi untuk dibawa jauh ke peringkat antarabangsa. "Saya melihat berita ini mampu membuka lembaran baru dalam profil seni saya dan saya hanya mengharapkan agar filem ini nanti akan mencipta kejayaan sama seperti filem asal," katanya penuh mengharap.

Afdlin berkata demikian sewaktu majlis gala tayangan filem terbaru arahannya, My Spy terbitan KRU Studios di MidValley, baru-baru ini. Menyambung bicara, jelas Afdlin, masih terlalu awal untuk dia mengumumkan barisan pelakonnya tetapi apa yang boleh dikatakan, berkemungkinan besar ia mungkin menggabungkan pelakon tempatan dan juga India. Begitu juga dengan skrip filem tersebut, kata Afdlin yang masih belum diputuskan siapakah yang bakal memegang portfolio tersebut.

"Semuanya masih lagi dalam perancangan dan saya sendiri tidak sabar serta teruja untuk turun semula ke lokasi untuk mengarahkan filem ini. "Saya juga tidak melihat faktor bahasa akan menjadi kekangan kerana karyawan yang bekerja dengan saya juga kebanyakannya daripada kaum India yang saya pasti akan membantu saya. "Jika tiada aral melintang, filem ini akan mula menjalani penggambaran sekitar awal atau pertengahan tahun depan bergantung kepada kepantasan skripnya dihasilkan," ujar Afdlin panjang lebar.

Tidak dinafikan filem Papadom memang begitu dekat dengan masyarakat di negara ini dan maklum balas yang diterima semuanya positif. Maka tidak hairanlah, sejak ditayangkan pada 8 Oktober lalu, filem itu telah berjaya mencatatkan kutipan tiket sebanyak RM3.5 juta selepas 26 hari tayangan. Malah, filem itu juga merupakan filem arahan Afdlin paling laris dari segi kutipan tiket sejak dia menduduki kerusi pengarah pada tahun 2004. "Saya percaya Papadom diterima dengan baik oleh masyarakat dan penonton tempatan kerana jalan ceritanya yang memuatkan elemen drama dan komedi itu.

"Bukan itu sahaja, saya melihat sebelum ini pun agak jarang filem bercorak kekeluargaan diterbitkan dan saya cuba menongkah arus dengan menghasilkan filem ini. "Kalau kita lihat, ada filem bercorak seperti ini gagal menarik perhatian penonton ke pawagam tetapi saya menyambut cabaran itu dan hasilnya benar-benar memeranjatkan saya," katanya dalam nada cukup gembira. Filem Papadom yang diterbitkan dengan kos RM1.4 juta itu membariskan Afdlin sendiri sebagai teraju utama selain Liyana Jasmay, Que Haidar, Vanidah Imran, Scha Al-Yahya, Farid Kamil dan ramai lagi.

Tambah bapa kepada dua orang cahaya mata ini lagi, rezeki filem itu sebahagian besarnya terletak pada kejayaan Papadom yang merangkul lima anugerah utama pada Festival Filem Malaysia Ke-22 di Kota Kinabalu, Sabah, Ogos lalu. Biarpun ketika itu, ia belum ditayangkan namun berupaya memenangi Filem Terbaik, sedikit sebanyak ia menyuntik keinginan penonton untuk ke pawagam dan menonton Papadom. "Selain itu juga, impak kejayaan Papadom juga berpunca daripada buah mulut orang ramai yang mempromosikan filem itu.

"Semua maklum balas ini saya peroleh daripada peminat menerusi akaun Facebook saya dan apa yang saya lakukan adalah untuk memberikan santapan baru kepada penonton di negara ini," ujarnya yang mengakui industri perfileman di negara ini ketandusan filem bercorak kekeluargaan. Dalam masa yang sama, Afdlin turut berkongsi cerita tentang perancangan untuk menghasilkan filem sekuel Papadom. Ujarnya, jalan cerita sudah mula berlegar di mindanya dan dalam filem itu nanti, ia akan mengetengahkan kisah serta pergolakan antara watak Saadom (Afdlin) dan anak perempuannya, Miasara (Liyana).
Profil Berkaitan

Papadom My Spy Tayangan Unggul Sdn. Bhd. KRU Studios Sdn. Bhd. Afdlin Shauki Liyana Jasmay Que Haidar Vanidah Imran Farid Kamil Scha
http://utusanjamanedan.blogspot.com




[img]http://www.sinemamalaysia.com.my/images/paper/utusan20091130-4.jpg[/img]

Penyanyi 'Janji Manismu' menang saman EMI

0 comments


Setelah 10 tahun, penyanyi Aishah hari ini akhirnya berjaya mendapatkan penghakiman dari Mahkamah Tinggi terhadap syarikat EMI (Malaysia) Sdn Bhd yang disamannya kerana memungkiri perjanjian rakaman album pada 1996.

Hakim Datuk Tee Ah Sing memerintahkan syarikat rakaman itu membayar Aishah, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin, ganti rugi am, yang jumlahnya akan akan ditaksirkan kemudian oleh mahkamah, serta ganti rugi nominal sebanyak RM100.

"Bagaimanapun tuntutan ganti rugi khas ditolak mahkamah atas alasan Aishah gagal mengemukakan bukti terhadap tuntutan tersebut," kata peguam Hasnal Rezua Merican, yang mewakili Aishah, ketika ditemui media di luar mahkamah.

Peguam itu juga memberitahu tuntutan balas EMI bagi mendapatkan ganti rugi sebanyak RM93,071 daripada penyanyi tersebut turut ditolak dengan kos oleh mahkamah.

Penghakiman bertulis Hakim Tee itu dibacakan Timbalan Pendaftar Hilmiah Yusof dalam kamarnya pagi tadi.

Aishah, 44, penyanyi yang popular dengan lagu 'Janji Manismu' itu telah memfailkan saman terhadap EMI pada 6 Dis 1999 bagi menuntut ganti rugi RM406,000, termasuk ganti rugi am, pembayaran royalti, kos dan faedah kerana mendakwa EMI telah memungkiri kontrak yang dibuat antara kedua-dua pihak.

Royalti minyak: Nik Aziz pertahan isu doa

0 comments


Royalti minyak: Nik Aziz pertahan isu doa
Nov 29, 09 6:37pm
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah dari segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat itu sebagai tidak masuk akal.

Katanya, perbuatan itu sebenarnya menggambarkan kelemahan dalam pemerintahan Nik Aziz sekaligus menunjukkan perpecahan kritikal di dalam PAS.

"Kita di dalam Umno bukan mahu mendoakan PAS berpecah tetapi kita bersyukurbkerana apa yang PAS tuduh, akhirnya perkara itu terkena tempias kepada mereka (PAS) sendiri.

"Mereka (PAS) tuduh Umno menimbulkan perkara yang boleh pecah belahkan PAS, kita (Umno) yang lagakan pemimpin mereka, tetapi bila kita sabar dalam cara kita bawa diri kita, akhirnya tuhan tunjukkan mereka yang terkena tempias mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis korban Umno Bahagian Sembrong dan pembasmian kemiskinan Giat Mara, di Kampung Contoh, dekat Kahang, di Kluang hari ini.- Bernama

Tuesday, November 24, 2009

spesifikasi MPV Perodua Alza

0 comments
Hari ini perlancaran model MPV pertama dan terbaru dari Perodua. sebelum ini telah tersebar gambar Perodua MPV tersebut. Tapi nama, harga dan juga spesifikasi model tersebut masih tidak diketahui lagi.

Aku rasa ada baiknya aku kongsikan disini. Mana tau ada yang tengah berhajat atau berkira² untuk memiliki MPV ini. Maklumlah saiz keluarga makin bertambah, MPV pula pada zaman sekarang sudah menjadi keperluan.

Ia diberi nama ALZA. Bunyinya hampir sama dengan AVANZA.

Berikut ialah spesifikasi dan harga.



Convenient, Affordable, Stylish compact MPV
Engine spec:
Horsepower : 107.2hp
Max power output : 80Nm-2/6000rpm
Torque power : 141Nm-2/4,400rpm
Engine type :3SZ-VE ( same as used in Rush , Avanza 1.5cc)
Suspension : Front - Mcpherson Strut type
Rear - Rear Axle beam
Tyre :185/55R15


Attractive features :
-Meter panel located at dashboard centre (flat shaped)
-Multi info display meter provide :
1) range - distance can go at balance fuel bar with certain speed
2) average fuel consumption - a warning when u reach reserve fuel
- Foot brake for auto transmission
- Improved condenser and blower for better air cond flow
- unique exterior and interior design
- all 7 seats can be fold full flat, semi flat mode with no hassle
- spacious legroom for all seats
- spacious luggage
1) at 83L (normal)
2) 353L (3rd row flat mode)
3) 884L (2nd row & 3rd row flat mode)
- audio control at steering
- Laminate 91% green glass




mpv perodua
GAMBAR)MPV Perodua, Akan Keluar November Ini
Ini adalah gambar terbaru yang kami terima.

Sumber mendakwa ini adalah model MPV keluaran Perodua yang bakal
di’lancarkan November depan.




Tiada sebarang spesifikasi khas di’keluarkan namun dari
gambar-gambar di’bawah, MPV Perodua tampak lebih boleh di’percayai
berbanding MPV keluaran Proton, Exora.


Khabar angin yang mengatakan Perodua MPV ini di’bina berdasarkan
Toyota Passo Sette memang benar belaka. MPV yang belum mempunyai nama
ini mirip hampir 100% rekaan luar & dalaman Toyota Passo
Sette.Sekali imbas, gambar MPV Perodua nie sebijik macam Myvi. Cuma
ianya dipanjangkan lagi saiznya untuk dijadikan MPV. Mungkin nak jimat
kos kot. Lagipun Myvi memang terbukti terjual dengan banyaknya.


Di hari Sabtu yang cerah ini, inginlah kami berkongsi
gambar-gambar MPV Perodua. Dari sumber-sumber yang tak boleh
dipercayai, katanya Perodua MPV ini akan keluar di pasaran bulan
November 2009.


Sekali imbas, gambar MPV Perodua nie sebijik macam Myvi. Cuma
ianya dipanjangkan lagi saiznya untuk dijadikan MPV. Mungkin nak jimat
kos kot. Lagipun Myvi memang terbukti terjual dengan banyaknya.


Untuk makluman, kami dah pun pergi tengok Proton Exora di
showroom, memang nampak cantik. Interior pun lawa. Siap ada TV lagi kat
dalam. Memang mengancam la orang kata.


Persoalannya di sini ialah, yang mana lagi cun? Proton Exora
atau MPV Perodua? Kalau tengok dari gambar saja memang susah nak buat
perbandingan kan? Apa pendapat anda?


Lagi gambar-gambar Perodua MPV dengan membaca artikel ini
sepenuhnya:-



mpv perodua


mpv perodua


mpv perodua


mpv perodua


mpv perodua


mpv perodua


mpv perodua

Jadilah yang terawal memilikinya : call me Maria

017 623 6806












...spesifikasinya dan hargonya;



Perodua Alza 1.5 (Compact MPV):

MANUAL TRANSMISSION:

1. Manual (Standard) - Basic

Harga : RM55,990,
Downpayment : Zero
Bulanan1 : RM693 x 9thn @ 3.75%
Bulanan2 : RM836 x 7thn @ 3.65%
Bulanan3 : RM1096 x 5thn @ 3.5%

2. Manual (Premium) - Basic + Accessories*

Harga : RM60,990,
Downpayment : Zero
Bulanan1 : RM755 x 9thn @ 3.75%
Bulanan2 : RM912 x 7thn @ 3.65%
Bulanan3 : RM1194 x 5thn @ 3.5%

3. Manual (Advanced) - Basic + Accessories* + Extra Accessories**

Harga : RM67,146
Downpayment : RM6,746
Bulanan1 : RM748 x 9thn @ 3.75%
Bulanan2 : RM903 x 7thn @ 3.65%
Bulanan3 : RM1183 x 5thn @ 3.5%


AUTO TRANSMISSION:

1. Auto (Standard) - Basic

Harga : RM58,990
Downpayment : Zero
Bulanan1 : RM730 x 9thn @ 3.75%
Bulanan2 : RM882 x 7thn @ 3.65%
Bulanan3 : RM1155 x 5thn @ 3.5%


2. Auto (Premium) - Basic + Accessories*

Harga : RM63,990
Downpayment : Zero
Bulanan1 : RM793 x 9thn @ 3.75%
Bulanan2 : RM957 x 7thn @ 3.65%
Bulanan3 : RM1253 x 5thn @ 3.5%

3. Auto (Advanced) - Basic + Accessories* + Extra Accessories**

Harga : RM70,146
Downpayment : RM7,046
Bulanan1 : RM782 x 9thn @ 3.75%
Bulanan2 : RM944 x 7thn @ 3.65%
Bulanan3 : RM1236 x 5thn @ 3.5%


Specifications:

1. Basic
- 15" Alloy Rims
- Door Visor
- Reverse Sensor
- Underseat Tray
- Carpet Mat
- Anti Slip Mat
- Safety Triangle
- License Plate Holder
- Radio CD Player with MP3/WMA, Multi Info Display
- UV Protected Glass (All Glass)


2. * Accessories
- USB & Bluetooth Stereo,
- Seat Height Adjuster,
- Dual Airbag,
- ABS with EBD &
- Rear Spoiler

3. **Extra Accessories
- Bodykit,
- Leather Seat,
- GPS with Reverse Camera &
- Tinted Film

*Harga di atas adalah utk Model Metallic Color. Pilihan color2 akn diberitahu kelak.

Thursday, November 19, 2009

Nostalgia Proton Saga

0 comments



Tahun 1985, satu sejarah baru telah termaktub didalam catatan pembangunan negara apabila Malaysia telah berjaya mengeluarkan kereta nasional buatan tempatan. Seluruh negara merasa gah dengan pencapaian baru rakyat Malaysia yang pada masa itu rata-rata mereka memiliki Toyota, Nissan, Mitsubishi dan model-model kereta buatan Jepun yang lain. Proton, Perusahaan Otomotif Nasional, telah dibangunkan dengan pengeluaran model sulungnya, Proton Saga. Satu kereta yang diolah dari model asal Mitsubishi Lancer Fiore, adalah satu titik mula usahasama antara Protondan Mitsubishi Motor Corporation, MMC Jepun. Dengan harga yang berpatutan, kereta pertama negara yang dilancarkan pada masa itu dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Dr. Mahathir Mohamad, mendapat sambutan yang begitu hangat dari masyarakat di Malaysia.

Enjin yang dikeluarkan dari dua siri 1300cc dan 1500cc itu mencapai jualan yang amat menggalakkan. Dikeluarkan dari dua jenis potongan cesi Sedan dan Aeroback (Knight). Kini, setelah lebih dari 20 tahun

dikeluarkan, model asas saga ini telah menjalani begitu banyak perubahan dan peningkatan. Dari model berasaskan enjin Orion buatan MMC, bertukar kepada Enjin

Magma pada 1987 dan dipertingkatkan lagi kepada Magma Megavalve 12 yang lebih berkeupayaan tinggi. Bertulangkan cesi Saga, model ini mendapat perubahan awalnya kepada model Iswara yang lebih cantik dan menawan. Kini cesi Saga ini masih terus utuh dengan pengeluaran model LMST yang lebih aerodinamik. Model ini terus mendapat sambutan sehingga kini.

Update:23 April 2008. Kini Saga telahpun melangkau satu lagi tapak kehadapan. Dengan nama Saga, Proton telahpun mengeluarkan model Base Line Saga generasi baru yang 100% berbeza daripada ruba bentuk 'kekotakkan' yang diwarisi sejak zaman berzaman daripada model Lancer Fiore. Kini nama baru Saga dikeluarkan dengan model yang lebih aerodinamik, berbadan lebih 'bulat' dan bercirikan citarasa terkini. Dikenali dengan nama Saga BLM, model ini mendapat sambutan menggalakkan dengan pengeluaran mencecah 8000 unit sebulan. Rata rata kelab Saga dan Iswara yang banyak bertapak didalam negara sejak dahulu menerima baik kehadiran model baru ini kedalam keahlian kelab mereka, ini kerana model ini masih lagi mengekalkan nama 'Saga'.

Monday, November 16, 2009

AKIBAT KEMELESETAN EKONOMI....... BANK GHAIB: BETULKAH ADA?

2 comments




Krisis kewangan yang melanda dunia kini ternyata memberi kesan negatif terhadap ekonomi kebanyakan Negara,
Sehingga menyebabkan kehidupan rakyat turut sengsara dan menderita.Namun di Negara jiran kita,Indonesia,dikatakan ada bank ghaib yang boleh memberikan pinjaman dengan mudah dan jumlah yang besar.
Ramai orang teruja dengan khabar angin tersebut.
Menurut cerita,ada yang berjaya memperolehi pinjaman setelah syarat membuka akaun di bank ghaib dan kad kreadit dipersetujui oleh pihak bank ghaib.
Menurut beberapa pakar ilmu mistik di sana,bank ghaib memang benar-benar wujud. Namun, untuk membuat pinjaman di “bank” itu,syaratnya cukur ketat. Mereka yang meminjam wang dari bank ghaib perlu memberikan wang itu dalam bentuk imbalan, sesuai denagn dengan penjanjian yang disepakati antara peminjam dengan penguasa bank ghaib. Yang pastinya bank hanya memberi pinjaman kepada mereka yang benar-benar memerlukannya dan mereka yang terdesak.
Contohnya Nendra, Melalui jasa seorang spiritual yang berasal dari Tudung Agung, pengusaha dari Jakarta ini memilih untuk mendapatkan wang dengan segera, dengan tujuan untuk memulihkan perniagaan yang diancam krisis.
Beliau mengaku bahawa jalan yang diambilnya itu memang berunsur sesat. Tetapi dengan dana segera dari “dunia” lain ini beliau berharap dapat menyelamatkan perniagaannya dan menjadi sediakala.
Menurut Nendra, langkah awal untuko mendaftar diri di bank ghaib ini tidaklah sesukar yang dikatakan orang.Cukup hanya dengan membawa tiga jenis bunga , iaitu mawar, kenanga serta melati.
Kenapa mesti tiga jenis bunga tersebut? Nendra menjelaskan , tiga jenis binga ini melambangkan keharuman serta kesucian alam yang dikurniakan Allah ke atas hambanya.Jadi, bunga bunga ini sudah “mewakili”Nendra untuk meminta kepada pemimpin bank ghaib melalui Sang Pencipta.
Setelah semua persiapannya siap, Nendra dengan dibantu pakar spiritual itu melakukan ritual. Menurut Nendra lagi, ketika ritual itu dimulakan, hanya terdapat sebuah peti besar dalam keadaan terbuka dan kosong di ruangan tempat pemujaan itu. Ia juga tidak diadakan di tempat keramat, seperti di dalam gua atau di gunung yang jauh dari perkampungan penduduk.
Ketika itu Nendra hanya disuruh ikut meng’aminkan semua doa sang pawang yang melakukannya. Seiring tubuh sang pawing bergetar dengan tangannya mengepak setinggi dada, dan setelah di’ aminkan ‘kan olehNendra, lebih kurang dalam 15 minit kemudian, tiba-tiba di ruangan yang hanya diterangi bara api dari arang kemenyan, ‘muncul’ wang yang amat banyak jumlahnya, yang Nendra sendiri tidak tahu dari mana datangnya wang tersebut
Tiga bulan kemudian Nendra mendapat sedikit hasil daripada perniagaannyya.
Esoknya Nendra pergi ke tempat dia pergi ke gunung tersebut untuk memulangkan wang yang dipinjam ke Sang Pawang. Seperti biasa Nendra perlu meng ‘amin’ kan doa sahaja.Selepas itu Nendra rasa sangat gembira kerana perniagaannya semakin maju. Nendra bersyukur kepada Allah
Kerana membantunya.

Di Petik dari Majalah Tabloid Kisah Benar

Thursday, November 12, 2009

Real Madrid tewas dengan kelab tercorot

0 comments

MADRID: Gergasi Sepanyol, Real Madrid dipalit kecewa apabila tersingkir daripada kejuaraan Piala Raja Sepanyol selepas kecundang 1-4 kepada kelab divisyen tiga, Alcorcon di atas perkiraan agregat, kelmarin.

Sementara itu, juara bertahan, Barcelona ceria selepas mudah membelasah Cultural Leonesa 5-0 buat menerbitkan lagi rasa cemburu musuh tradisi mereka itu.

Rafael Van der Vaart berjaya mendapatkan jaringan ditunggu Real minit ke-81 dalam perlawanan di Santiago Bernabeu bagi kemenangan 1-0, tetapi jaringan lewat itu tidak cukup membantu mereka mara ke pusingan berikut selepas tewas 0-4 pada perlawanan pertama.

“Kami mengadakan parti di bilik persalinan,” kata jurulatih Alcorcon, Juan Antonio Anquela. “Kami mencapai impian. Menewaskan Real adalah suatu mimpi.”

Di Camp Nou, pemain muda Bojan Krkic menjaringkan dua gol manakala satu gol masing-masing daripada Pedro Rodriguez, Lionel Messi dan Xavi Hernandez dalam separuh masa kedua menjadikan kedudukan 7-0 secara agregat buat Barca ke atas kelab divisyen tiga itu.

Di Bernabeu, sekalipun menurunkan bintang Brazil Kaka, semuanya bagai tidak menjadi buat kelab yang menghabiskan jutaan euro musim ini itu dan jurulatih Manuel Pellegrini menerima cacian peminat supaya meletakkan jawatan terutama selepas dia mengeluarkan pemain tengah, Lassana Diarra pada minit ke-70.

“Peminat marah selepas Diarra dikeluarkan. Saya faham...dia bermain cukup baik,” kata jurulatih berasal dari Chile itu. “Untuk tewas kepada kelab divisyen tiga tidak boleh dianggap kejayaan.”

Sebelum perlawanan ini juga, Presiden Real, Florentino Perez sudah mengeluarkan kenyataan sekiranya Real gagal menjulang sebarang kejuaraan di La Liga mahupun Liga Juara-juara, jawatan Pellegrini akan berakhir musim ini. -

Wednesday, November 11, 2009

MPV terbaru dari Perodua kini siap untuk tempahan

0 comments



mpv perodua
GAMBAR)MPV Perodua, Akan Keluar November Ini
Ini adalah gambar terbaru yang kami terima.

Sumber mendakwa ini adalah model MPV keluaran Perodua yang bakal
di’lancarkan November depan.




Tiada sebarang spesifikasi khas di’keluarkan namun dari
gambar-gambar di’bawah, MPV Perodua tampak lebih boleh di’percayai
berbanding MPV keluaran Proton, Exora.


Khabar angin yang mengatakan Perodua MPV ini di’bina berdasarkan
Toyota Passo Sette memang benar belaka. MPV yang belum mempunyai nama
ini mirip hampir 100% rekaan luar & dalaman Toyota Passo
Sette.Sekali imbas, gambar MPV Perodua nie sebijik macam Myvi. Cuma
ianya dipanjangkan lagi saiznya untuk dijadikan MPV. Mungkin nak jimat
kos kot. Lagipun Myvi memang terbukti terjual dengan banyaknya.


Di hari Sabtu yang cerah ini, inginlah kami berkongsi
gambar-gambar MPV Perodua. Dari sumber-sumber yang tak boleh
dipercayai, katanya Perodua MPV ini akan keluar di pasaran bulan
November 2009.


Sekali imbas, gambar MPV Perodua nie sebijik macam Myvi. Cuma
ianya dipanjangkan lagi saiznya untuk dijadikan MPV. Mungkin nak jimat
kos kot. Lagipun Myvi memang terbukti terjual dengan banyaknya.


Untuk makluman, kami dah pun pergi tengok Proton Exora di
showroom, memang nampak cantik. Interior pun lawa. Siap ada TV lagi kat
dalam. Memang mengancam la orang kata.


Persoalannya di sini ialah, yang mana lagi cun? Proton Exora
atau MPV Perodua? Kalau tengok dari gambar saja memang susah nak buat
perbandingan kan? Apa pendapat anda?


Lagi gambar-gambar Perodua MPV dengan membaca artikel ini
sepenuhnya:-



mpv perodua


mpv perodua


mpv perodua


mpv perodua


mpv perodua


mpv perodua


mpv perodua

Jadilah yang terawal memilikinya : call me Maria

017 623 6806











Kes Liwat : Shaiful tampil dengan bukti.

0 comments
Kes liwat Ikon pembangkang negara kian hampir ini merupakan kali yang kedua bagi beliau, cuma "Star Witness" pihak pendakwaan kali ini adalah seorang pelajar pintar yang sengaja tidak lulus peperiksaan kerana salah pilih jurusan. beliau sebenarnya nak jadi juruterbang.

Diharapkan kali ini jangan sampai Star Witness ini [b]mengaku tidak diliwat[/b] dan tidak memberitahu bahawa polis yang menyuruh beliau [b]menukar keterangan[/b].

Persediaan kali ini cukup rapi kerana semua bahan bukti telahpun di "SEALED" sehingga salinannya pun tidak dapat diberi kepada pasukan pembelaan kalau nak membela mangsa yang teraniaya macam Shaiful tu biarlah betul-betul meyakinkan supaya beliau mendapat keadilan yang didam-idamkan

Jangan sampai jadi bahan ketawa diseluruh dunia.

Jangan sampai seluruh rakyat bertindak menjadi hakim dalam pilihan
raya 13 nanti.

Sebagimana permintaan shaiful dalam blognya yang memohon suntikan semangat dan tips-tips berguna dalam perbicaraan nanti bolehlah kita hantarkan
e-mel
(HariKebenaran@gmail.com)
kepada beliau.

Tuesday, November 10, 2009

Semakin jelas PKR adalah agen Yahudi...

2 comments


Oleh Pusaka Ayahanda

Pada Hari Ahad 8 November 2009 telah berlangsung satu Konvensyen Keadilan Negeri Pulau Pinang yang bertempat di Dewan Tunku Komtar. Konvensyen tertutup ini telah dihadiri oleh 1200 Ajk dari seluruh cabang negeri P.Pinang.

Cuba lihat dan perhati betul-betul kain penghias belakang pentas (backdrop) tersebut. Bukankah ianya iras-iras logo kumpulan yahudi iaitu FREEMASON. Ia secara tak langsung menjelaskan keakraban hubung kait di antara parti itu dengan organisasi Yahudi tersebut.
- Berita ini dipetik dari sebuah laman web anti Anwar

Semakin jelas PKR adalah agen Yahudi...

Dr Asri sedia cebur politik kerana dakwah

0 comments
KOTA BHARU: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata beliau sedia menyertai politik sebagai jalan terakhir jika usahanya untuk menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan dengan halangan.

Katanya, beliau memang tidak bercadang menyertai politik dan lebih menumpu kepada usaha menyebarkan pemikiran Islam yang luas kerana Islam adalah agama untuk semua.

"Tapi jika semua pintu tertutup dan saya tidak boleh bercakap melainkan boleh bercakap dalam pentas politik, terpaksa berfikir lain. Saya harap ini tidak akan berlakulah," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di sini hari ini.

Mohd Asri ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor baru-baru ini kerana didakwa berceramah tanpa tauliah di negeri itu. Beliau kemudian dihadapkan ke Mahkamah Syariah tetapi tidak ada pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Sambil menafikan pertemuannya dengan Nik Aziz sebagai usaha ke arah mendekati politik, beliau berkata ia adalah sebagai tanda hormat kerana Nik Aziz sebelum ini turut memberi sokongan kepadanya dalam gerakan dakwah. - Bernama

Sunday, November 8, 2009

KUTU WANGPOS HARAM ?

1 comments
PROGRAM KUTU WANG POS: PANDANGAN DARI SUDUT FIQH ISLAMProgram kutu secara wang pos sudah agak
menular dan popular pada masa ini. Mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan melihat program ini dapat
membantu mereka menyelesaikan kemelut kewangan mereka. Bagi pihak yang berwang pula, berhasrat untuk
membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang berada dalam kesusahan dengan menamakan mereka sebagai
penerima wang pos berkenaan. Persoalannya, adakah program ini berjalan tanpa terdapat apa-apa unsur haram
sehingga program ini benar-benar menjamin kebaikan sebagaimana yang dijanjikan. Tetapi jika program ini
mengandungi unsur-unsur haram, maka kegelapan dan kerugian sepastinya akan menemui peserta-pesertanya atau
sebahagian daripada peserta-pesertanya.
UNSUR-UNSUR HARAM YANG DAPAT DIKESAN Setelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos,
didapati ianya mengandungi beberapa unsur haram.
Antaranya:

1. Unsur GhararJika dikaji berkenaan program ini
didapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah 'auto placement' yang menjadikan orang bawah atau peserta
baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program 'auto placement' ini berhenti berpusing.Oleh itu,
setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan
wang apabila program ini terhenti.Setiap sesuatu pastinya ada permulaan dan pastinya juga ada titik penamatnya. Pada
waktu tersebut, pastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh
orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu
dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).


2. RibaProgram ini sebenarnya bersifat 'money game' yang
mendedahkan pesertanya kepada riba. Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat
mendapatkan pulangan.Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM100, maka ia mengharapkan pulangan
lebih. Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan
atau khidmat di dalam program ini.


3. JudiDalam program ini terdapat unsur judi kerana sepastinya ada pihak yang
mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian. Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini
berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang
berada di line bawah mendapat kerugian. BEBERAPA JAWAPAN KEPADA KEKELIRUANMereka yang menyertai
program ini melihat ianya adalah harus dari sudut syariat dengan alasan-alasan berikut:


1. Sumbangan atas alasan hibah

Antara alasan yang sangat luas dijadikan hujah membolehkan ialah sumbangan setiap peserta adalah hibah.
Sebenarnya alasan ini adalah alasan yang tidak boleh diterima syariat kerana hibah tidak mensyaratkan keuntungan dan
tidak mensyaratkan pulangan.Tetapi program ini jelas berbentuk permainan wang (money game) dalam bentuk pusingan
'auto placement'.
Justeru itu, hibah bersyarat jika tidak kena caranya boleh menjerumuskan kepada riba sebagaimana
sabda Nabi S.A.W. : CD B16 ,1I FA9' AGH 1('Maksudnya: "setiap pinjaman yang mensyaratkan manfaat adalah riba".
Dalam masa yang sama bayaran yang dianggap hibah tersebut adalah dalam bentuk tetap dan dijanjikan pulangan
sebagaimana dalam iklan yang disiarkan.Maka setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah
tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya. Kaedah fiqh menyebut:'D9(1) AJ 'D9BH/ DDEB'5/ H'DE9'FJ D'
DD#DA'8 H'DE('FJMaksudnya: "Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan
susunan kalimat".

2. Sumbangan mestilah ikhlas membantu. Alasan kedua yang biasa digunakan ialah sumbangan itu
ikhlas membantu sahabat-sahabat seagama yang susah.Menurut syariat, apabila sesuatu transaksi di dapati haram,
maka ikhlas tidak akan merubahnya menjadi halal. Sebagaimana tiga orang berjudi dan setiap seseorang
mempertaruhkan wang RM 10. Sekalipun setiap seseorang berniat derma ikhlas untuk si pemenang ia tetap haram
kerana ia adalah judi dan ikhlas tersebut tidak boleh mengharuskan perkara yang haram.Ikhlas atau lebih tepat tidak
dipaksa adalah syarat sah jual beli dan segala jenis transaksi yang harus. Firman allah swt : %D' #F *CHF *,'1) 9F *1'6
EFCEMaksudnya: "melainkan ia adalah perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu". Ayat ini
menunjukkan reda dan ikhlas menyertai perniagaan yang halal, bukan menjadi syarat sah kepada transaksi yang haram.


3. Kias kepada belanja kawan makan atau minum di kedai.Kias adalah adalah kias yang salah kerana ia mempunyai
perbezaan yang sangat ketara. Antaranya, belanja kawan di kedai makan tidak melibatkan pusingan wang. Dalam
program ini ia melibatkan wang dengan wang yang sepastinya mendedahkan kepada riba. Tambahan pula setiap
pesertanya disyaratkan menaja dan ditaja. PENUTUP DAN KESIMPULANSememangnya setiap transaksi hukum
asalnya adalah harus sehinggalah ia dicemari oleh unsur-unsur haram. Setelah diteliti program wang pos ini, didapati
program ini adalah haram disebabkan unsur-unsur yang disenaraikan di atas. Justeru itu, umat islam digesa supaya
tidak terlibat dengan program ini kerana ia membazirkan wang disamping keharaman yang disebutkan. Majlis
Perundingan Dan Penyelidikan Hukum (MPPH)
Dewan Ulamak PAS Pusat

BERI KOMEN ANDA DISINI....(KLIK LINK DIBAWAH)
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=69827#69827

Download Nasyid UNLIMITED !!! Lonjakkan ekonomi UMMAH

Related Posts with Thumbnails