Tribute to Lifelines 4 Gaza

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja
Proram Terbaru Untuk Pembangunan UMMAH

Sunday, November 8, 2009

KUTU WANGPOS HARAM ?

PROGRAM KUTU WANG POS: PANDANGAN DARI SUDUT FIQH ISLAMProgram kutu secara wang pos sudah agak
menular dan popular pada masa ini. Mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan melihat program ini dapat
membantu mereka menyelesaikan kemelut kewangan mereka. Bagi pihak yang berwang pula, berhasrat untuk
membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang berada dalam kesusahan dengan menamakan mereka sebagai
penerima wang pos berkenaan. Persoalannya, adakah program ini berjalan tanpa terdapat apa-apa unsur haram
sehingga program ini benar-benar menjamin kebaikan sebagaimana yang dijanjikan. Tetapi jika program ini
mengandungi unsur-unsur haram, maka kegelapan dan kerugian sepastinya akan menemui peserta-pesertanya atau
sebahagian daripada peserta-pesertanya.
UNSUR-UNSUR HARAM YANG DAPAT DIKESAN Setelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos,
didapati ianya mengandungi beberapa unsur haram.
Antaranya:

1. Unsur GhararJika dikaji berkenaan program ini
didapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah 'auto placement' yang menjadikan orang bawah atau peserta
baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program 'auto placement' ini berhenti berpusing.Oleh itu,
setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan
wang apabila program ini terhenti.Setiap sesuatu pastinya ada permulaan dan pastinya juga ada titik penamatnya. Pada
waktu tersebut, pastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh
orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu
dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).


2. RibaProgram ini sebenarnya bersifat 'money game' yang
mendedahkan pesertanya kepada riba. Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat
mendapatkan pulangan.Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM100, maka ia mengharapkan pulangan
lebih. Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan
atau khidmat di dalam program ini.


3. JudiDalam program ini terdapat unsur judi kerana sepastinya ada pihak yang
mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian. Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini
berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang
berada di line bawah mendapat kerugian. BEBERAPA JAWAPAN KEPADA KEKELIRUANMereka yang menyertai
program ini melihat ianya adalah harus dari sudut syariat dengan alasan-alasan berikut:


1. Sumbangan atas alasan hibah

Antara alasan yang sangat luas dijadikan hujah membolehkan ialah sumbangan setiap peserta adalah hibah.
Sebenarnya alasan ini adalah alasan yang tidak boleh diterima syariat kerana hibah tidak mensyaratkan keuntungan dan
tidak mensyaratkan pulangan.Tetapi program ini jelas berbentuk permainan wang (money game) dalam bentuk pusingan
'auto placement'.
Justeru itu, hibah bersyarat jika tidak kena caranya boleh menjerumuskan kepada riba sebagaimana
sabda Nabi S.A.W. : CD B16 ,1I FA9' AGH 1('Maksudnya: "setiap pinjaman yang mensyaratkan manfaat adalah riba".
Dalam masa yang sama bayaran yang dianggap hibah tersebut adalah dalam bentuk tetap dan dijanjikan pulangan
sebagaimana dalam iklan yang disiarkan.Maka setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah
tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya. Kaedah fiqh menyebut:'D9(1) AJ 'D9BH/ DDEB'5/ H'DE9'FJ D'
DD#DA'8 H'DE('FJMaksudnya: "Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan
susunan kalimat".

2. Sumbangan mestilah ikhlas membantu. Alasan kedua yang biasa digunakan ialah sumbangan itu
ikhlas membantu sahabat-sahabat seagama yang susah.Menurut syariat, apabila sesuatu transaksi di dapati haram,
maka ikhlas tidak akan merubahnya menjadi halal. Sebagaimana tiga orang berjudi dan setiap seseorang
mempertaruhkan wang RM 10. Sekalipun setiap seseorang berniat derma ikhlas untuk si pemenang ia tetap haram
kerana ia adalah judi dan ikhlas tersebut tidak boleh mengharuskan perkara yang haram.Ikhlas atau lebih tepat tidak
dipaksa adalah syarat sah jual beli dan segala jenis transaksi yang harus. Firman allah swt : %D' #F *CHF *,'1) 9F *1'6
EFCEMaksudnya: "melainkan ia adalah perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu". Ayat ini
menunjukkan reda dan ikhlas menyertai perniagaan yang halal, bukan menjadi syarat sah kepada transaksi yang haram.


3. Kias kepada belanja kawan makan atau minum di kedai.Kias adalah adalah kias yang salah kerana ia mempunyai
perbezaan yang sangat ketara. Antaranya, belanja kawan di kedai makan tidak melibatkan pusingan wang. Dalam
program ini ia melibatkan wang dengan wang yang sepastinya mendedahkan kepada riba. Tambahan pula setiap
pesertanya disyaratkan menaja dan ditaja. PENUTUP DAN KESIMPULANSememangnya setiap transaksi hukum
asalnya adalah harus sehinggalah ia dicemari oleh unsur-unsur haram. Setelah diteliti program wang pos ini, didapati
program ini adalah haram disebabkan unsur-unsur yang disenaraikan di atas. Justeru itu, umat islam digesa supaya
tidak terlibat dengan program ini kerana ia membazirkan wang disamping keharaman yang disebutkan. Majlis
Perundingan Dan Penyelidikan Hukum (MPPH)
Dewan Ulamak PAS Pusat

BERI KOMEN ANDA DISINI....(KLIK LINK DIBAWAH)
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=69827#69827

1 comments:

Jasa Pembuatan Ijazah said...

ANDA BUTUH IJAZAH UNTUK MENCARI KERJA / MELANJUTKAN KULIAH / KENAIKAN JABATAN ?!?!
KAMI JASA PEMBUATAN IJAZAH SIAP MEMBANTU ANDA UNTUK MEMENUHI KEBUTUHAN IJAZAH UNTUK BEKERJA ATAU MELANJUTKAN SEKOLAH / KULIAH.
BERIKUT INI MERUPAKAN JASA YANG KAMI SEDIAKAN.

-SMU:4.000.000
-D3:6.000.000
-S1:8.000.000

* AMAN, LEGAL, TERDAFTAR DI UNIVERSITAS / KOPERTIS / DIKTI, BISA UNTUK MASUK(PNS, TNI, POLRI).

JUGA MELAYANI PEMBUATAN SURAT SURAT PENTING SEPERTI:SIM, STNK, KTP, REKENING BANK, SURAT TANAH, AKTE KELAHIRAN.BPKB, N1, SURAT NIKAH, DLL.

SYARAT:KTP/SIM,FOTO BERWARNA DAN HITAM PUTIH,UNIVERSITAS YANG DITUJU,IPK YANG DIMINTA(MAX 3,50),TAHUN KELULUSAN YANG DIMINTA,ALAMAT PENGIRIMAN YANG DIMINTA.KIRIM KE:arief_gagah@yahoo.com

BERMINAT?

HUB: +6285736927001.

(HANYA UNTUK YANG SERIUS SAJA)

Nb:Semua manusia berhak meiliki pekerjaan dan pendidikan yang layak,entah dari kalangan atas,menengah dan bawah.Maka dari itu kami ada untuk anda yang mebutuhkan ijazah atau surat-surat penting lainnya.

Download Nasyid UNLIMITED !!! Lonjakkan ekonomi UMMAH

Related Posts with Thumbnails