Tribute to Lifelines 4 Gaza

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja
Proram Terbaru Untuk Pembangunan UMMAH

Wednesday, March 31, 2010

Kereta sambung bayar : Risiko dan kelebihan

0 comments
Keinginan untuk memiliki kereta sebagai menggambarkan prestij diri telah menyebabkan ada orang meggunakan kaedah sambung bayar kerana nama sudah blacklist.

Perkataan sambung bayar untuk kereta sudah lama kita dengar tapi, tau tak apa risikonya sekiranya sesuatu terjadi dengan kereta sambung bayar siapa yang akan dipersalahkan,tuan punya kereta ataupun orang yang sambung bayar tu ?

Namun kaedah ini tetap popular.


Apakah cara ini dibenarkan mengikut undang-undang?

Apakah pandangan terhadap hukum muamalat nya?

Komen
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=420842#420842



Tuesday, March 30, 2010

MYVI SE 1.5 - Terbaru dari Perodua

0 comments


Pengarah Urusan Perodua Aminar Rashid Salleh ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan tentang pelancaran model itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang spesifikasi serta maklumat terperinci.
“Memang benar Perodua akan melancarkan varian MyVi 1.5 tetapi ia akan dilakukan pada tahun 2011, kemungkinan bulan April dan untuk model SE pula ia akan menampilkan wajah baru yang akan mencipta kejutan kepada para peminat kenderaan di Malaysia pada bulan Jun nanti,” kata beliau.
Aminar yang tidak mahu mengulas lanjut tentang model itu, percaya MyVi terbaru itu akan menjadi taruhan Perodua untuk kekal sebagai pengeluar kereta nombor satu di Malaysia selama empat tahun berturut-turut.

Dalam pada itu, Aminar Rashid juga berkata, Perodua tidak bercadang untuk memperkenalkan model kereta hibrid ke pasaran tempatan.
Ini kerana katanya, pelaburan untuk model seumpama itu amat tinggi, lagipun model-model Perodua ketika ini telah terbukti mampu menawarkan penjimatan penggunaan bahan api.

“Kebanyakan pengeluar kereta memperkenalkan hibrid untuk menjimatkan penggunaan bahan api supaya lebih efisien dan mesra alam tetapi apa yang kami keluarkan telah memenuhi kehendak pasaran selain enjin kami tidak berkapasiti besar,” katanya.
Beliau berkata, model-model Perodua sememangnya cukup efisien dari segi penggunaan bahan api serta mesra alam dan pengenalan model hibrid tidak akan dilakukan pada masa depan.
Bagaimanapun, Aminar Rashid tidak menolak sebarang kemungkinan yang wujud pada masa depan kerana perkara sedemikian adalah di luar kawalannya selain berdasarkan permintaan pasaran atau faktor-faktor lain.
BELI KERETA BARU PROTON /PERODUA CALL MARIA 0176236806
klik utk komen
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=14578#416419





Sunday, March 28, 2010

Dr Mahathir Label Pak Lah 'Mr Corridor'

0 comments

Dr Mahathir Label Pak Lah 'Mr Corridor'

KUALA LUMPUR 28 Mac - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan pentas Perkasa untuk menghentam penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa merasmikan Mesyuarat Agung sulung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.

Walaupun mantan Perdana Menteri itu sudah bersara daripada jawatan selama setahun namun beliau masih menjadi sasaran lidah tajam Dr Mahathir yang terus mengkritik dasar-dasar pentadbiran Abdullah yang tidak selari dengan pemikiran beliau.

Pada mesyuarat Perkasa tersebut Dr Mahathir menggunakan kesempatan itu untuk memperli kepimpinan Abdullah yang dianggap sebagai kerajaan yang hanya tahu memperkenalkan koridor ekonomi dan bukan pembangunan ekonomi.

Abdullah bersara pada April 2009, setahun selepas Umno-Barisan Nasional mengalami kekalahan yang amat memalukan pada Pilihan Raya Umum 2008 dan digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak.

"Situasi sekarang lebih baik daripada zaman pemerintahan Pak Lah. Semasa Pak Lah menjadi PM, saya langsung tidak boleh bercakap. Saya juga tidak dijemput oleh sesiapa. Dia seorang yang liberal dan demokratik tetapi orang seperti saya tidak dibenarkan bercakap. Tetapi Najib beri saya peluang bercakap maka dia seorang yang baik. Najib mempunyai idea untuk negara.

"Harapan saya untuk Datuk Seri Najib adalah lebih lagi berbanding penyandang, "Mr Corridor". Terlalu banyak koridor tetapi apa yang kamu boleh jumpa dari semua koridor tersebut? Media seharus membuat laporan terhadap semua koridor tersebut sepanjang 5 tahun itu dan apa yang sudah dibuat," kata bekas Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan itu.

Dalam majlis yang menyaksikan adegan mencium keris oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, beliau juga menyalahkan penggantinya itu sebagai penyebab utama situasi ketegangan kaum sekarang dan kononnya Malaysia lebih bersatu semasa 23 tahun di bawah pentadbirannya.

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=411449#411449

Dr Mahathir Label Pak Lah 'Mr Corridor'

0 comments

Dr Mahathir Label Pak Lah 'Mr Corridor'

KUALA LUMPUR 28 Mac - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan pentas Perkasa untuk menghentam penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa merasmikan Mesyuarat Agung sulung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.

Walaupun mantan Perdana Menteri itu sudah bersara daripada jawatan selama setahun namun beliau masih menjadi sasaran lidah tajam Dr Mahathir yang terus mengkritik dasar-dasar pentadbiran Abdullah yang tidak selari dengan pemikiran beliau.

Pada mesyuarat Perkasa tersebut Dr Mahathir menggunakan kesempatan itu untuk memperli kepimpinan Abdullah yang dianggap sebagai kerajaan yang hanya tahu memperkenalkan koridor ekonomi dan bukan pembangunan ekonomi.

Abdullah bersara pada April 2009, setahun selepas Umno-Barisan Nasional mengalami kekalahan yang amat memalukan pada Pilihan Raya Umum 2008 dan digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak.

"Situasi sekarang lebih baik daripada zaman pemerintahan Pak Lah. Semasa Pak Lah menjadi PM, saya langsung tidak boleh bercakap. Saya juga tidak dijemput oleh sesiapa. Dia seorang yang liberal dan demokratik tetapi orang seperti saya tidak dibenarkan bercakap. Tetapi Najib beri saya peluang bercakap maka dia seorang yang baik. Najib mempunyai idea untuk negara.

"Harapan saya untuk Datuk Seri Najib adalah lebih lagi berbanding penyandang, "Mr Corridor". Terlalu banyak koridor tetapi apa yang kamu boleh jumpa dari semua koridor tersebut? Media seharus membuat laporan terhadap semua koridor tersebut sepanjang 5 tahun itu dan apa yang sudah dibuat," kata bekas Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan itu.

Dalam majlis yang menyaksikan adegan mencium keris oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, beliau juga menyalahkan penggantinya itu sebagai penyebab utama situasi ketegangan kaum sekarang dan kononnya Malaysia lebih bersatu semasa 23 tahun di bawah pentadbirannya.

Anwar Ibrahim musuh utama Perkasa

0 comments
Pada hari pelancaran Mesyuarat Agungnya 13 laporan polis dibuat terhadap Anwar Ibrahim, Tajuk Ytama Suratkahbar Mingguan Malaysia hari ini tentang Anwar Ibrahim , Awang selamat ulas kes Anwar Ibrahim
Perkasa ni memperjuangkan apa sebenarnya ? Siapa musuh utama perkasa? Anwar Ibrahim ?

cuba baca petikan Mingguan Malaysia ni...

"Tetapi segelintir pihak kini cuba mengaitkan Perkasa dengan UMNO. Mereka kata Perkasa mahu bersaing dengan UMNO. Kami tidak bersaing kerana Perkasa tidak bertanding dalam pilihan raya.

"Tetapi, parti-parti politik juga tidak boleh bermusuh dengan Perkasa kalau mahu menang pada pilihan raya nanti. Kalau bermusuh, mereka akan rugi," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa kali pertama yang dirasmikan Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini hari ini.

Dalam ucapannya, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut menyarankan kepada UMNO supaya kembali kepada landasan perjuangan yang asal sekiranya parti itu mahu kekal berkuasa.

"UMNO adalah satu-satunya parti Melayu yang memperjuangkan Melayu, maka ia mesti tegas mengenai kepentingan dan tuntutan Melayu," katanya.

Di samping itu beliau berkata, apa yang menyedihkan, terdapat juga parti Islam yang menjual agama demi kepentingan diri sendiri sehingga sanggup diperkudakan.

"Ada pemimpin Melayu yang dianggap hebat, kita tahu siapa orangnya, yang menjadi dalang sehingga menimbulkan masalah sekarang ini dan menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan orang Melayu.
beri komen anda disini..
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=14372#410888

Anwar Ibrahim musuh utama Perkasa

0 comments
Pada hari pelancaran Mesyuarat Agungnya 13 laporan polis dibuat terhadap Anwar Ibrahim, Tajuk Ytama Suratkahbar Mingguan Malaysia hari ini tentang Anwar Ibrahim , Awang selamat ulas kes Anwar Ibrahim
Perkasa ni memperjuangkan apa sebenarnya ? Siapa musuh utama perkasa? Anwar Ibrahim ?

cuba baca petikan Mingguan Malaysia ni...

"Tetapi segelintir pihak kini cuba mengaitkan Perkasa dengan UMNO. Mereka kata Perkasa mahu bersaing dengan UMNO. Kami tidak bersaing kerana Perkasa tidak bertanding dalam pilihan raya.

"Tetapi, parti-parti politik juga tidak boleh bermusuh dengan Perkasa kalau mahu menang pada pilihan raya nanti. Kalau bermusuh, mereka akan rugi," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa kali pertama yang dirasmikan Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini hari ini.

Dalam ucapannya, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut menyarankan kepada UMNO supaya kembali kepada landasan perjuangan yang asal sekiranya parti itu mahu kekal berkuasa.

"UMNO adalah satu-satunya parti Melayu yang memperjuangkan Melayu, maka ia mesti tegas mengenai kepentingan dan tuntutan Melayu," katanya.

Di samping itu beliau berkata, apa yang menyedihkan, terdapat juga parti Islam yang menjual agama demi kepentingan diri sendiri sehingga sanggup diperkudakan.

"Ada pemimpin Melayu yang dianggap hebat, kita tahu siapa orangnya, yang menjadi dalang sehingga menimbulkan masalah sekarang ini dan menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan orang Melayu.
beri komen anda disini..
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=14372#410888

Proton Kereta yang Selamat..

0 comments


PROTON –Perjalanan yang Selamat.
Teknologi Proton menggunakan bahan-bahan yang kuat untuk chassis dari Lotus engineering.Ini penting bagi Proton bahawa dalam kes kemalangan atau perlanggaran Proton penumpang selamat dalam perlindungan sel keselamatan yang dimasukkan ke dalam setiap kereta.Proton juga dilengkapi dengan kereta dengan alat penggera dengan immobiliser Proton.

Mari kita berkongsi pendapat di sini.Adakah anda berbangga sebagai pemilik PROTON?

Untuk melambangkan keteguhan, kekuatan, kuasa, serta kualiti maka kereta nasional generasi kedua ini dipanggil dengan nama 'PROTON WIRA'. Proton generasi baru ini lebih aero-dinamik, berciri moden, canggih dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk penumpang. Saya pasti PROTON WIRA setaraf dengan kereta yang sama kelas dengannya di pasaran antarabangsa dan sudah tentu memberikan 'top value for money'.-Mahathir Bin Mohamad semasa pelancaran model baru Proton.

back to
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=409741#409741
0 comments
PROTON –Perjalanan yang Selamat.
Teknologi Proton menggunakan bahan-bahan yang kuat untuk chassis dari Lotus engineering.Ini penting bagi Proton bahawa dalam kes kemalangan atau perlanggaran Proton penumpang selamat dalam perlindungan sel keselamatan yang dimasukkan ke dalam setiap kereta.Proton juga dilengkapi dengan kereta dengan alat penggera dengan immobiliser Proton.

Mari kita berkongsi pendapat di sini.Adakah anda berbangga sebagai pemilik PROTON?

Untuk melambangkan keteguhan, kekuatan, kuasa, serta kualiti maka kereta nasional generasi kedua ini dipanggil dengan nama 'PROTON WIRA'. Proton generasi baru ini lebih aero-dinamik, berciri moden, canggih dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk penumpang. Saya pasti PROTON WIRA setaraf dengan kereta yang sama kelas dengannya di pasaran antarabangsa dan sudah tentu memberikan 'top value for money'.-Mahathir Bin Mohamad semasa pelancaran model baru Proton.

[img]http://1.bp.blogspot.com/_jtmeVWbHU1c/S660SzPRAyI/AAAAAAAAARk/D0VLCuEx0tk/s400/wiraeksmall.jpeg[/img]

Saturday, March 27, 2010

MENGAPA PROTON? 10 ALASAN MENGAPA ANDA HARUS MEMBELI Proton ..

0 comments

Gambar yang menjadi bukti ProtonWira mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mampu menyelamatkan penumpang ketika kemalangan dan perlanggaran
http://jfnhazard.wordpress.com/







MENGAPA PROTON? 10 ALASAN MENGAPA ANDA HARUS MEMBELI Proton ..

Hari ini kita mau membawakan beberapa topik menarik yang boleh anda membincangkan dan memberikan pendapat .anda yakin bahawa penggemar Proton ada peminatnya sendiri.ada yang akan memberikan komen positif dan ada yang negatif
Seperti yang kita semua tahu, Proton merupakan pengeluar kereta terbesar Malaysia .Kisudah ada Proton MPV pertama, iaitu Exora.Proton Proton Exora adalah titik tolak bagi Proton untuk meningkatkan dan menjadi seperti salah satu kwnderaan yang terkenal di dunia itu adalah janji Proton yang dibina dengan semangat dan jiwa, kita boleh membantu Proton untuk meningkatkan reputasi dan membantu mereka yang sependapat dengan anda sehingga boleh menimbulkan minat dan tahu apa rakyat Malaysia inginkan daripada pengeluar kereta nasional .

Di bawah ini adalah 10 alasan mengapa anda harus memilih Proton.

1. PROTON HARGA KOMPETITIF.
Semua Proton baru datang dengan harga yang kompetitif. ini bermakna pelanggan tidak perlu bimbang tentang urusan jualbeli.Membeli kereta adalah sebuah keputusan besar dan mereka ingin memastikan semua urusan jualbeli dipermudahkan tanpa ada cukai-cukai tambahan disamping kemudahan berurusan bank tempatan.

2. MUTU PROTON.
Kini Proton dicipta untuk kualiti.pwncapaian tertinggi pada tahun 2003 Proton mencapai ISO: 9001:2001 Standard daripada Kualiti.Tambahan pula semua Proton baru dibina untuk sertifikasi standard tinggi dan menerapkan prosedur perbaikan terus-menerus seperti Proton Satria-neo-dan Proton Satria Neo CPS

3. PROTON Mudah dikendalikan
Perkongsian teknologi dengan Lotus yang terkenal menghasilkan kereta yang mudah umtuk kendalikan. anda boleh dapat merasakan pada setiap peringkat perjalanan jauh atau dekat dikampung atau Bandar ternyata memandu proton memang menyeronokkan

4. PROTON MENGUTAMAKAN R & D.
kemampuan untuk mempertahankan keunggulan yang kompetitif memberi makna yang besar kepada kejayaan dan kegagalan .Sejak dari tahun 1997, Proton mula mempersiapkan diri untuk masa depan dengan mengutamakan Penyelidikan & Pembangunan .Hari ini berkat usaha secara intensif R & D, Proton menjadi matang serta mampu merancang dan mengeluarkan kereta diatas platform sendiri sama badan dan enjinnya
5. PROTON MEMENUHI STANDARD YANG DIKEHENDAKI PELANGGAN.
Proton memenuhi kehendak dan ciri-ciri keperluan pengguna. Kebanyakan pengeluar menawarkan cirri-ciri tambahan dengan tambahan kos.Tambahan ini boleh dibandingkan ciri-ciri standard pesaing Proton dan anda akan melihat nilai luar biasa kenderaan Proton dengan wang yang ditawarkan.

6. KEMAMPUAN UNTUK MENGILANGKANPROTON.
Hanya 11 negara daripada 146 ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia dapat me-rekabentuk dan menghasilkan kenderaan sepenuhnya dengan teknologi terkini, Dalam tahun 2002, Malaysia menjadi negara ke-11. Proton juga dalam kelas berasingan, selepas memperoleh reputasi global dengan Lotus yang membekalkan teknologi, penyelidikan dan pembangunan yang terbaik diantara 10 pengeluar kereta.

7. KEJUTERAAN BERSEPADU Proton.
Proton mempunyai kemudahan canggih WHISH yang menawarkan perkhidmatan kejuruteraan berterintegrasi sepenuhnya, Proton mampu mencipta konsep-konsep baru dan memasukkan konsep awal mereka melalui proses yang disokong sepenuhnya dari rekacipta produk, pembangunan, prototaip dan ujian, sampai ke produksi besar-besaran

8. PROTON - KEBOLEHPERCAYAAN YANG TINGGI
Semua Proton yang baru datang dengan “GUARANTEE” yang kompetitif untuk menambah keyakinan anda

9. MAINTENANCE RENDAH Proton.
Kadar penjimatan yang tinggi -contohnya memandu Proton Savvy ia hanya menggunakan hanya 5,7 liter untuk perjalanan 100 km samada jalan bandaran atau lebuhraya.

10. PROTON –Perjalanan yang Selamat.
teknologi Proton menggunakan bahan-bahan yang kuat untuk chassis dari Lotus engineering.ia adalah penting bagi Proton bahawa dalam kes kemalangan atau perlanggaran Proton penumpang selamat dalam perlindungan sel keselamatan yang dimasukkan ke dalam setiap kereta.Proton juga dilengkapi dengan kereta dengan alat penggera dengan immobiliser Proton.
Mari kita berkongsi pendapat di sini.Adakah anda berbangga sebagai pemilik PROTON?

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=14296#409582

Friday, March 26, 2010

Lelaki lebih sayang kereta daripada isteri

0 comments
Hantar Lelaki lebih sayang kereta daripada isteri Balas dengan kutipan


LONDON 4 Ogos – Satu kajian di England mendapati tiga peratus daripada pemandu lelaki di negara ini lebih rela meninggalkan isteri atau teman wanita daripada tidak menggunakan kereta mereka.

Kajian organisasi permotoran AA juga mendedahkan hampir 80 peratus rakyat Britain tidak dapat hidup tanpa kereta walaupun mereka dibebani kenaikan harga minyak. Memandu pula bukan tidak mendatangkan masalah kepada mereka.

Perbuatan memandu dengan mengekori kereta lain pada jarak dekat merupakan tabiat tertinggi iaitu sebanyak 30 peratus manakala menggunakan telefon bimbit semasa memandu pula dilakukan oleh kira-kira 26 peratus pemandu di Britain.

“Walaupun berhadapan dengan kenaikan harga minyak yang tinggi, kenaikan cukai jalan atau perbuatan mengekori kereta lain pada jarak dekat, menyalahgunakan telefon serta memonopoli laluan tengah, namun rata-rata pemandu masih tidak boleh membayangkan hidup tanpa berkereta,’’ kata Presiden AA, Edmund King.

“Mesej yang ingin disampaikan kepada kerajaan dan pihak berkuasa tempatan ialah kita perlu belajar untuk hidup dengan berkereta daripada mengehadkan penggunaan kereta,’’ katanya.

Pada masa ini, harga purata bagi satu liter petrol tanpa plumbum di Britain ialah 116.6 pence (RM7.4, naik sebanyak 20 pence berbanding harga beberapa tahun lepas.

Kajian itu dijalankan dari 23 Mei hingga 2 Jun lalu di kalangan 18,547 ahli AA.

komen dan undi klik
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=403265#403265

How to talk a lot but say nothing (Terjemahan dari No Hold barred)

0 comments
Apa yang diperkatakan oleh Zul seolah-olah sindiran yang hanya menambahkan lagi persoalan. Bahkan tidak berani secara terang-terangan dan menjelaskannya. Zul's Sebaliknya,pendedahan-pendedahan yang telah dilakukan lebih banyak menimbulkan persoalan daripada memberikan jawapan.

NO HOLDS Barrerd

Raja Petra Kamarudin

Terkini ! Ahli Parlimen bebas Zulkifli Noordin mengadakan sidang akhbar . Anda boleh melihat video di bawah ini.




Beliau mulai dengan mengatakan bahawa beliau mengadakan sidang akhbar atas permintaan daripada seorang 'teman' daripada media. Dia tidak bermaksud untuk mengatakan apa-apa, kata Zul, tetapi jika ada pertanyaan maka dia akan berusaha untuk menjawab.

Kemudian ia meneruskan dan bercakap non-stop tanpa menjawab pertanyaan apapun. Dan, benar untuk seperti yang telah dijangka, ia bercakap banyak tapi tidak mengatakan apa-apa. Dia tidak pernah mengecam orang-orang yang telah memintanya untuk memfitnah "Pasangan No 1 'untuk dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya.

mungkin ramai yang telah lupa pada tahun 1999 Zul dengan bersungguh-sunggguh mejelajah ke seluruh negeri memberikan ceramah tentang bagaimana Anwar Ibrahim telah diracuni dengan arsenik.

Huraian zul dalam ceramah-ceramah tersebut dengan sangat terperinci kerana beliau sendiri telah bertemu Anwar dan tidak ada keraguan dalam fikirannya bahawa Anwar telah diracuni. Anwar hampir dengan kematian, kata Zul, dihadapan isak tangis dari penonton.

Pada puncak semasa kemuncak perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, Zul menarik sebagai salah seorang peguambela dengan mengatakan bahawa tidak mungkin baginya untuk terus bertindak sebagai peguam mereka kerana tekanan dan campur tangan daripada pihak-pihak tertentu yang beliau hadapi. Dia tidak menjelaskan tekanan dan gangguan apa yang beliau hadapi dan beliau pun tidak menjelaskan siapa pihak yang berkaitan.

Apa yang diperkatakan oleh Zul seolah-olah sindiran yang hanya menambahkan lagi persoalan. Bahkan tidak berani secara terang-terangan dan menjelaskannya. Zul's Sebaliknya,pendedahan-pendedahan yang telah dilakukan lebih banyak menimbulkan persoalan daripada memberikan jawapan.


Namun demikian, Zul telah membuat dua tuduhan yang sangat serius. Salah satunya ialah bahawa beliau diminta oleh pihak-pihak tertentu, yang masih belum diketahui, untuk mencipta bukti terhadap Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor. Kedua, ia menjadi sasaran tekanan dan gangguan yang dihadapi dalam tugasnya sebagai peguam bagi mereka yang dituduh melakukan pembunuhan dan harus menarik diri daripada kes kerana hal ini.

Ini adalah dua kesalahan yang sangat serius tapi Zul menolak untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang orang-orang yang terlibat. Ini bererti Zul sendiri sekarang melakukan jenayah.

Polis sekarang akan tidak punya pilihan selain menyeretnya untuk soal siasat sehingga dapat mengenal pasti penjenayah ini dan mendedahkan dengan cara apa mereka memujuk atau mengugut dia hingga terheret melakukan jenayah yang serius ini iaitu merekacipta bukti. Ada usaha oleh pihak-pihak tertentu untuk campur tangan dalam perbicaraan kes pembunuhan itu dan cuba untuk mengaitkan pihak-pihak yang tidak bersalah dalam jenayah pembunuhan. itu adalah tugas polis untuk menyiasat perkara ni tidak boleh dibiarkan penjenayah tidak boleh terlepas dari hukuman.

Zul mungkin tidak menyedari itu yang dia baru saja membuka Kotak Pandora. Dengan mendedahkan bahawa ada pihak-pihak tertentu yang cuba menghasutnya mencipta bukti, dan pihak-pihak tertentu yang mendesak dan mengganggu tugasnya sebagai peguam bagi seseorang dituduh membunuh, dia telah mengakui,sedar dan mempunyai pengetahuan yang cukup tentang kes pembunuhan itu. Polis mesti memulakan siasatan atau sang petualang akan terlepas tanpa hukuman.

Good luck to Zul. Dia telah meletakkan kepalanya di tali gantung.Pihak Polis mesti memulakan siasatan,kalau tidak ada tindakan yang diambil selepas itu bererti zul berbohong .Adakah anda yakin Zul adalah seorang peguam berkualiti?

Hal lain yang perlu Zul dijelaskan adalah mengapa dia melindungi penjenayah ini bertahun-tahun? Dia tahu apabila satu jenayah telah dilakukan sebagi seorang peguam yang faham undang-undang tidak seharusnya berdiam diri. Namun, dia tetap diam selama bertahun-tahun dan baru sekarang ini dia tampil ke depan untuk membuat pengakuan. Bahkan kemudian dia tidak pula menceritakan secara keseluruhan atau mendedahkan nama-nama mereka yang terbabit.

Mari kita lihat apakah tindakan polis selepas ini. Polis tidak punya pilihan lain kecuali untuk mengambil tindakan. Tapi tindakan apa yang akan mereka ambil?

Saya bersemangat menunggu dan nafas saya seakan terhenti. Aku hanya berharap aku tidak hanya menunggu untuk "hidup dalam "blues".
komen dan kembali ke tranungkite.net

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=403042#403042

Tuesday, March 23, 2010

Fatwa Yusof Qardawi : Menipulasi Anwar

0 comments

Di petik dari theunspinners.blogspot.com

Sunday, January 3, 2010

MYSTERY: Harapan akhir Anwar dengan manipulasi Yusof Qardawi

1. Apa yang dijangka telahpun berlaku. AnWAR memanipulasi sepenuhnya kehadiran Tokoh Ma'al Hijrah negara 1431, Dr. Yusuf Qardhawi. Gambar dan kenyataan Yusuf Qardhawi sedang bertebaran sekarang bagi mengelirukan pemikiran masyarakat tentang kes liwat AnWAR yang bakal dibicarakan Januari depan.


2. Satu perkara yang perlu kita sedar ialah Yusuf Qardhawi menyatakan pendapatnya atas kapasiti seorang rakan kepada AnWAR. Beliau bukan seorang hakim dalam perbicaraan. Pandangan itu adalah pendapat peribadi beliau dan AnWAR memanipulasi beliau. Umat islam Malaysia jangan terkeliru dengan mainan 'licik' AnWAR.

3. Islam itu adil. Apabila seseorang dituduh melakukan sesuatu, orang yang kena tuduh boleh membalas tuduhan dengan menyatakan si penuduh membuat tuduhan palsu. Selepas itu bermulalah perbicaraan di mahkamah. DAlam kes ini, Saiful sedia dibicarakan di mana-mana mahkamah sekalipun. AnWAR yang sering mengelak.

4. JAngan terpedaya dengan helah AnWAR yang sering mewar-war bahawa beliau akan dibebaskan dengan segera jika perbicaraan berjalan di mahkamah Syariah. Belum tentu! AnWAR menyatakan demikian kerana mahu memesongkan isu dan perbicaraan di mahkamah syariah tidak berjalan sekarang. Jika ada, pasti dikatakan mahkamah syariah juga tidak adil nanti jika ada bukti-bukti yang boleh mensabitkan beliau.

5. Islam itu juga amat adil. Bukan soal saksi sahaja yang menjadi persoalan pokok di mahkamah syariah. Bagaimana dengan prinsip keadilan, Qarinah dan lain prinsip ketelusan dalam islam. Saya percaya, SAiful juga telus, kerana itu beliau berani menyatakan kebenaran. AnWAR hanya minta 4 orang saksi kerana beliau tahu pendakwa tidak dapat menyediakannya. Prinsip keadilan dalam islam lebih luas dari itu.

6. Yusuf Qardhawi juga tidak mempraktikkan kemahiran undang-undangnya di Malaysia. SAtu ilmu yang wajar beliau pelajari kini adalah pelaksanaan undang-undang dan kehakiman syariah di Malaysia. Jangan fikir dengan status yang beliau ada sekarang, beliau telah mahir segalanya. Saya tidak berniat menghinanya, namun sebagai seorang yang tawadhu' serta cintakan kebenaran, beliau wajar menerimanya sebagai satu teguran yang membina.

7. Jika dalam keadaan sekarang, Yusuf Qardhawi tidak layak pun menjadi peguam AnWAR dalam perbicaraan mahkamah syariah di Malaysia. Peguam Syar'ie di Mala ysia perlu lesen praktik di sini selain kemahiran undang-undang negara. AnWAR tahu itu, maka itulah beliau memanipulasi pemikiran rakyat dengan menggunakan Yusuf Qardhawi. Tidak semua fatwa Yusuf Qardhawi diterimapakai di negara ini!

Maka itu, sementara kita menghormati ulama' besar seperti Yusuf Qardhawi, kita juga harus mempunyai ilmu di dada agar kita tahu apa yang kita buat dan siapa yang kita sokong. islam sendiri menganjurkan penambahan ilmu. Jangan biar diri kita diperalat untuk manfaat individu dan mencapai kepuasan diri...
untuk kembalike tranungkite,net dan beri komen sila klik dink dibawah
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=391949#391949

Monday, March 22, 2010

Saiful perlu jumpa Qardawi: Ibrahim Ali

0 comments
Liwat II: Saiful dicadang jumpa al-Qaradhawi
Salhan K Ahmad
Mac 22, 10
4:21pm
Ahli parlimen bebas Datuk Ibrahim Ali mencadangkan Mohd Saiful Bukhari yang mendakwa dirinya diliwat oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya bertemu dengan ulama tersohor, Yusuf al-Qaradhawi untuk menjelaskan kes sebenar.

Katanya, perjumpa
an itu perlu memandangkan pembangkang telah bertindak mengedarkan rakaman yang mengadungi fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh ketua pembangkang itu.

"Ini dibuat untuk mencipta pandangan di kalangan rakyat, satu persepsi bahawa ketua pembangkang dizalimi, kononnya ini satu konspirasi kedua oleh kerajaan.

Katanya lagi beliau akan menyerahkan kandungan ucapan Yusuf al-Qaradhawi yang disalahtafsir dan diedarkan ke masjid-masjid di seluruh negara.

“Saya nak minta kementerian dalam negeri supaya menyiasat. Jika ini berterusan, sistem perundangan negara kita akan jadi bahan lawak (mockery).

"Biar Saiful angkat sumpah depan Yusuf al-Qardhawi dan jelaskan perkara sebenar," katanya ketika membahaskan usul junjung kasih ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Ibrahim juga mencadangkan kepada kerajaan supaya Anwar disiasat kerana telah mengambil tindakan merosakkan sistem kehakiman negara.

'Penyokong hak asasi kaum gay dan lesbian'

"Saya melihat tindakan ketua pembangkang dalam menangani kes liwat sudah benar-benar mengancam keselamatan negara.

"Oleh itu, mengambil kira pandangan yang didedahkan Bayan Baru bersabit kegagalan 16 September dan mengambil kira nama Yang di-Pertuan Agong, ketua turus tentera digunakan, saya cadangkan supaya satu suruhanjaya diraja, atau dibuat satu kertas putih, atau dibuat satu inkues, untuk mendedahkan siapa ketua pembangkang ini sebenarnya," katanya.

Menurut Ibrahim, Anwar juga telah menggunakan pengaruh luar untuk meraih sokongan terhadapnya.

Jelasnya, ini dapat dilihat melalui kenyataan ahli parlimen Australia yang mendakwa perbicaraan itu merupakan ciptaan untuk membunuh karier Anwar.

Katanya, Michael Danby yang mengetuai ahli parlimen Australia itu merupakan seorang Yahudi dan penyokong Israel.

"Juga dia seorang penyokong hak asasi kaum gay dan lesbian. Beliau juga mempertikaikan Dr Mahathir mempertahankan Palestin dan mengecam Israel," kata Ibrahim.

Selain itu, Ibrahim turut menamakan beberapa lagi ahli parlimen Australia yang mengutuk pendakwaan ke atas Anwar, termasuk Bob Brown yang menurutnya merupakan wakil gay pertama di negara tersebut yang dipilih ke parlimen.

Surat bantahan ke atas perbicaraan ke atas Anwar itu ditandatangani 60 orang ahli parlimen negara tersebut.

Apa maksud istilah Ikon dan Idola ?

3 comments
Istilah IKON dan IDOLA semakin popular dikalangan melayu muslim para penceramah,motivator,pelajar dan penulis galak menggunakan istilah ini dngan mengaitkan orang popular ,berpengaruh seperti,penghibur,pemimpin politik yang masih hidup atau yang telah mati malahan ada yang mengangkat ulama-ulama dan dikatakan sianu sianu itu sebagai ikon dan idola saya,dialah ikon dalam hidup saya ,menjadi ikon dalam masyarakat,idola kepada manusia dan sebagainya.

Kalaulah kita tahu akan makna IKON dan IDOLA saya pasti kita tidak akan menggunakannya lagi hatta kita sebagai muslim tidak boleh mengangkat sesiapa pun sebagai IKON dan IDOLA kita

Petikan screenshot kamus elektronik makna/maksud perkataan IKON dan IDOLA sila sebarkan
Untuk berikan komen kembali ke tranungkite.net klik link dibawah...
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=388570#388570




Klik link dibawah untuk kembali ke tranungkite.net dan berikan komen
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=388570#388570





The New Persona Elegance...

0 comments
Join RM50 Income sehari RM100 sebulan RM3oK
http://inf.kitniaga.net/index.php?id=rezeki99
Dilancarkan pada
18hb Mac 2010(Khamis) ini.

Seorang pelanggan mendekati Proton Persona Elegance 2010 lalu mengetuk2 side mirror dengan jari telunjuk di showroom semasa hari pelancarannya lalu didekati oleh salesman yang ramah tamah dan menerangkan semua ciri2 terbaru versi proton persona ini tanpa diminta.

" Saya berminat la ....." kata pelanggan

"oh kalau berminat boleh la isi borang dan buat booking" kata salesman.

"oh tak ...saya berminat dengan side mirror nya sahaja kalau saya nak beli side mirror saje berapa harga ?"

Demikian antara reaksi pelanggan dihari pelancaran...mmg tak nampak perubahan yang ketara versi ini dari yang sebelumnya kecuali side mirror

dan untuk maklumat spesifikasi selanjutnya bacalah artikel kat bawah...
untuk merikan komen sila klik link dibawah
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=387821#387821

New Proton Persona 1.6L IAFM has beeen launched on 18th March 2010 by Our MD,Dato Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir.Constumers can view the car at all Proton Showroom..Persona Elegance is the replacement of current Persona with some changes and new future add.The product concept is Enhanced and Elegant Family Sedan.Available in Manual and Auto transmission.


How about Proton Persona 1.6L SE?

Persona SE will be discontinued.Those who still want Persona SE can opt for Persona High Line as most of the Persona SE features are incorporated in High Line such as Body Kit,Leather Seat,Auto Cruise,and Navigation System.

OnTheRoad Price(Peninsular Malaysia)

•Persona Base Line (Manual) : RM46,499.00
•Persona Base Line (Auto) : RM49,499.00
•Persona Medium Line (Manual) :RM52,999.00
•Persona Medium Line (Auto) : RM55,999.00
•Persona High Line (Auto) : RM 59,499.00(Only available in Auto Transmission)

Variants Colour

1.Genetic Silver
2.Tranquility Black
3.Bronze Garnet (New Colour)
4.Chiffon Green (New Colour)
5.Brilliant Red(Only available for model High Line)

What are the change items for Persona Elegance?

1.Styling
•Rear Spoiler ( Medium Line & High Line)
•Rear garnish furnishing
•Head Lamp & LED rear combi lamp
•Front,Rear & side skirting ( Medium Line & High Line)
•Radiator Grill
•Front Fog Lamp ( Medium Line & High Line)
•Door mirror with turn lamp signal
•Door handle furnishing
•Alloy Rim ( Medium Line & High Line)
•Door Handle
•Upholstery : New seat fabric ( Base Line & Medium Line) & Leather seat (High Line Only)
•New Body Colour:Chiffon Green & Bronze Garnet.

1.Specification
•Radio CD & MP3 Player with USB
•Meter combi fascia
•Navigator(Medium Line & High Line)
•Multipurpose container (Medium Line & High Line)
•Luggage Tray ( Medium Line & High Line)


















untuk beri komen sila klik link dibawah
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=387821#387821

Join RM50 Income sehari RM100 sebulan RM3oK
http://inf.kitniaga.net/index.php?id=rezeki99
Dilancarkan pada
18hb Mac 2010(Khamis) ini.

Friday, March 19, 2010

Amaran : Cina akan berkuasa selepas PRU-13

0 comments
KUALA LUMPUR, 8 Mac - kumpulan nasionalis Bahasa Melayu Kuasa mengingatkan bahawa masyarakat Cina akan menggunakan pilihanraya umum berikutnya untuk mengambil alih negara.
Perkasa merasakan bahawa pilihanraya umum akan datang melemahkan Melayu dan memperkuatkan penguasaan masyarakat China.
Kata Dr Zubir Harun, Pengarah 'biro ekonomi, semasa perbincangan meja bulat di Dewan konsultatif Bahasa Melayu (MPM), masyarakat melayu yang tidak bersatu akan lemah dan menjadikan orang cina berkuasa
Demikian menurut delegasi yang turut serta dalam pembentangan itu dan dokumen-dokumen yang diterima oleh The Malaysia Insider, mereka mahu Dasar Ekonomi Baru (NEP) menjadi "roh" kepada Model Ekonomi Baru (NEM).
“Perkasa percaya bahawa perpecahan dikalangan telah melemahkan UMNO, menyebabkan bukan Melayu menjadi lebih vokal dalam tuntutan mereka. Mereka mengatakan bahawa orang Cina juga memaksa kerajaan untuk memenuhi tuntutan mereka dengan mengugut untuk memilih Pakatan Rakyat, "kata salah seorang delegasi.
Zubir juga mengatakan bahawa Perkasa juga bimbang bahawa Model Ekonomi Baru akan mempunyai agenda untuk orang cina.
Orang Cina merasa bahawa pilihanraya umum berikutnya adalah peluang terbaik bagi mereka untuk memperoleh kuasa di negeri ini.

Sila berikan komen untuk artikel ini dengan klik link dibawah
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=380235#380235

Chinese will take over in the next election, warns Perkasa

By Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, March 8 — Malay nationalist group Perkasa warns that the Chinese community will use the next general election to take over the country.

Perkasa feels that the last general election weakened the Malays and empowered the Chinese community.

Dr Zubir Harun, director of Perkasa’ economic bureau, who was at the Malay Consultative Council’s (MPM) round-table discussion, said during his presentation that a divided Malay community will empower the other races.

According to delegates at the discussion and documents received by The Malaysian Insider, Perkasa wants the New Economic Policy (NEP) to be the “spirit” of the New Economic Model (NEM).

“Perkasa believes that disunity among the Malays has weakened Umno, causing the non-Malays to be more vocal in their demands. They say that the Chinese are also blackmailing the government to give in to their demands by threatening to vote for Pakatan Rakyat,” said one of the delegates.

Zubir also said that Perkasa is worried that the New Economic Model will have a Chinese agenda.

“The Chinese people feel that the next general election is the best opportunity for them to gain power in this country.

“This is why Chinese NGOs, such as Ziong Dong and Associated Chinese Chambers of Commerce, are using this chance to make demands of the government. If their demands are not met, then they will vote Pakatan Rakyat who are willing to give everything to the Chinese,” he elaborated in his presentation.

Zubir added that the Malays have “sacrificed” for the country by allowing “the immigrants” to live in Malaysia.

“It must be reminded that the Malay people have sacrificed tremendously since independence with a quid pro quo policy... the Malay race have compromised by allowing foreigners into the country. The Malays endured hundreds of years of colonization and the result is the migration of foreigners into the country. We were forced to accept this policy,” he said.

Zubir also slammed non-Malays and liberal Malays for wanting to rewrite the country’s Constitution and social contract.

Perkasa believes that the NEP is still relevant because it will help the Malay community to counter a market which is dominated by the Chinese.

The Malaysian Insider reported today that the government has decided to incorporate the proposed New Economic Model (NEM) into the 10th Malaysia Plan (10MP) in June, as fine-tuning and tweaks will go beyond its initial end-March launch.

It was learnt the delay came after feedback from various quarters prompted the government to rework its ideas and proposals that will turn Malaysia into a high-income nation based on innovation and creativity.

Among those with reservations about the NEM are the MPM which yesterday demanded it be based on the 1970s-era New Economic Policy (NEP) and should comply with Article 153 of the Federal Constitution that protect Malay and Bumiputera’s special position.

Sila berikan komen untuk artikel ini dengan klik link dibawah
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=380235#380235


Wednesday, March 17, 2010

JANGAN JADI BOMOH SECARA TIDAK RASMI

1 comments
Analisa Tarikh Lahir Tahu Masadepan?
Assalamualaikum, ustaz...... apakah hukum amalan menggunakan nombor-nombor pada tarikh lahir untuk tujuan mentafsir dan menganalisis kehidupan seseorg individu contohnya dapat mengetahui status kewangan, keharmonian keluarga, masalah bakal dihadapi dalam tahun-tahun yang dianalisis. Harap sangat dapat sertakan nas-nas naqli utk menangani isu ini. Wassalam terima kasih.

JAWAPAN

Perlu difahami bahawa, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang seperti yang disebut dalam soalan di atas, mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada tiga sumber sahaja. Iaitu :-

a) Al-Quran

b) Hadith Sohih dan Hasan

c) Fitrah kejadian alam (sunnatullah)

Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya sebagainya firmanNya di dalam surah al-Naml ayat 65 : ertinya :

قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ

Ertinya : " Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" .

Malah Nabi juga bersabda :

"Sesiapa yang menemui tukang tilik atau tenung, lalu mempercayai ramalannya (ghaibnya) maka ia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi SAW"

SUNNATULLAH ( HUKUM ALAM) BOLEH DIPERCAYAI

Maksudnya adalah mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat dari satelit maka di dapati kumpulan awan tebal di atas Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan.

Alah SWT menyatakan : Ertinya : "Andaikata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, niscaya akan rusaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya." (al-Mu'minun: 71)

Inilah yang perlu dimaklumi, bahwa alam ini dikendalikan dengan undang-undang dan hukum yang tetap, tidak pernah berubah dan berganti, sebagaimana telah dinyatakan oleh al-Quran dalam beberapa ayat, antara lain sebagai berikut:

Firman Allah ertinya : "Kamu tidak akan menjumpai sunnatullah itu berganti." (Fathir: 43)

Hasil dari kepercayaan ghaib tanpa didasari oleh tiga asas tadi, maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan aqidah.

Idea tilikan dan pengiraan tarikh lahir untuk mnegetahui hal yang akan datang termasuk status kewangan, keharmonian rumah tangga dan sebagai amat bercanggah dengan hukum Islam. Malah jika ingin digunakan hujah ‘sunnatullah' atau tajribah (percubaan dan analsia) pun ia tidak boleh sama sekali. Kerana analisa yang boleh diterima hanayalah analisa yang boleh dibuktikan melalui bukti-bukti saintifik dan fizikal, seperti ramalan cuaca melalui info lengkap dari kdududkan awan dan angin melalui alatan canggih moden dan visual dari satellite.

Begitu juga khasiat kayu-kayu tertentu untuk mengubati penyakit, menghalau binatang tertentu dan sebagainya ia juga bersifat fizikal. Namun kombinasi tarikh lahir dan kiraan matematik dan seterusnya boleh mencapai kejadian yang akan datang, bukan dari sesuatu bersifat fizikal, tidak juga bersamaan dengan conoth yang kayu dan ramalan cuaca tadi.

NABI PUN TIDAK MENGETAHUI YANG GHAIB

Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.

Justeru itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.

Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:

"Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta." (an-Naml: 65)

Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut:

"Kalau aku dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya aku dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan aku tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain aku hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman." (al-A'raf: 188)

Oleh kerana itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib, termasuk perkara akan datang dan lain-lain, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia banyak.

JANGAN JADI BOMOH SECARA TIDAK RASMI

Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap bahwa Nabi adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini? Maka Nabi menjawab dengan tegas:

"Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka."

Inilah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti meramal dimana boleh dijumpakan orang hilang, dan meramal melalui tarikh lahir, jumlah huruf pada nama seseorang malah adakalanya menyalahgunaan nombor surah al-Quran untuk tujuan ramalan mereka.

Memang tabiat bomoh atau dukun akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut.

Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا

Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :

مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )

Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Muntaqa , 2/791 )

Semoga semua kita terselamat dari kesesatan dan kebahayaan syirik. Perlu diingat, perkara syirik sebegini, sengaja melihat dan menganalisa untuk tujuan ‘suka-suka' juga diharamkan. Ia perlu dijauhi sejauh-jauhnya.



Sekian

dari zaharudin.net
Kembali ke TRANUNGKITE.NET dan beri komen sila klik link dibawah
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=375898#375898

Friday, March 12, 2010

Harga minyak naik mei ini

0 comments


Putrajaya,Jan 8 - Dari bulan Mei 1, bahan bakar akan dipaut RM 3,90 per liter untuk RON97, sementara RON95 akan naik menjadi RM 3,70 per liter.. Namun demikian, harga kenderaan buatan nasional akan diturunkan oleh sekurang-kurangnya 40 peratus. Sebagai contoh, sebuah full spec Proton Persona sedan keluarga mesin 1,6 liter akan kos sekitar RM 23,000.00 jalan tidak termasuk cukai dan insurans. Import cukai dan kastam akan diubah menjadi hanya 30 peratus.
Import kenderaan seperti Toyota Camry yang baru mesin 2,4 liter akan kos sekitar RM 65,000.00 saja.kalau takat R1 celah gigi boleh beli..tapi apa guna? nak rakyat naik minyak ker?

Rakyat DidaHULUkan
Pencapaian DiuTAMAKan

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=12838#361156

Download Nasyid UNLIMITED !!! Lonjakkan ekonomi UMMAH

Related Posts with Thumbnails