Tribute to Lifelines 4 Gaza

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja
Proram Terbaru Untuk Pembangunan UMMAH

Tuesday, March 23, 2010

Fatwa Yusof Qardawi : Menipulasi Anwar

Di petik dari theunspinners.blogspot.com

Sunday, January 3, 2010

MYSTERY: Harapan akhir Anwar dengan manipulasi Yusof Qardawi

1. Apa yang dijangka telahpun berlaku. AnWAR memanipulasi sepenuhnya kehadiran Tokoh Ma'al Hijrah negara 1431, Dr. Yusuf Qardhawi. Gambar dan kenyataan Yusuf Qardhawi sedang bertebaran sekarang bagi mengelirukan pemikiran masyarakat tentang kes liwat AnWAR yang bakal dibicarakan Januari depan.


2. Satu perkara yang perlu kita sedar ialah Yusuf Qardhawi menyatakan pendapatnya atas kapasiti seorang rakan kepada AnWAR. Beliau bukan seorang hakim dalam perbicaraan. Pandangan itu adalah pendapat peribadi beliau dan AnWAR memanipulasi beliau. Umat islam Malaysia jangan terkeliru dengan mainan 'licik' AnWAR.

3. Islam itu adil. Apabila seseorang dituduh melakukan sesuatu, orang yang kena tuduh boleh membalas tuduhan dengan menyatakan si penuduh membuat tuduhan palsu. Selepas itu bermulalah perbicaraan di mahkamah. DAlam kes ini, Saiful sedia dibicarakan di mana-mana mahkamah sekalipun. AnWAR yang sering mengelak.

4. JAngan terpedaya dengan helah AnWAR yang sering mewar-war bahawa beliau akan dibebaskan dengan segera jika perbicaraan berjalan di mahkamah Syariah. Belum tentu! AnWAR menyatakan demikian kerana mahu memesongkan isu dan perbicaraan di mahkamah syariah tidak berjalan sekarang. Jika ada, pasti dikatakan mahkamah syariah juga tidak adil nanti jika ada bukti-bukti yang boleh mensabitkan beliau.

5. Islam itu juga amat adil. Bukan soal saksi sahaja yang menjadi persoalan pokok di mahkamah syariah. Bagaimana dengan prinsip keadilan, Qarinah dan lain prinsip ketelusan dalam islam. Saya percaya, SAiful juga telus, kerana itu beliau berani menyatakan kebenaran. AnWAR hanya minta 4 orang saksi kerana beliau tahu pendakwa tidak dapat menyediakannya. Prinsip keadilan dalam islam lebih luas dari itu.

6. Yusuf Qardhawi juga tidak mempraktikkan kemahiran undang-undangnya di Malaysia. SAtu ilmu yang wajar beliau pelajari kini adalah pelaksanaan undang-undang dan kehakiman syariah di Malaysia. Jangan fikir dengan status yang beliau ada sekarang, beliau telah mahir segalanya. Saya tidak berniat menghinanya, namun sebagai seorang yang tawadhu' serta cintakan kebenaran, beliau wajar menerimanya sebagai satu teguran yang membina.

7. Jika dalam keadaan sekarang, Yusuf Qardhawi tidak layak pun menjadi peguam AnWAR dalam perbicaraan mahkamah syariah di Malaysia. Peguam Syar'ie di Mala ysia perlu lesen praktik di sini selain kemahiran undang-undang negara. AnWAR tahu itu, maka itulah beliau memanipulasi pemikiran rakyat dengan menggunakan Yusuf Qardhawi. Tidak semua fatwa Yusuf Qardhawi diterimapakai di negara ini!

Maka itu, sementara kita menghormati ulama' besar seperti Yusuf Qardhawi, kita juga harus mempunyai ilmu di dada agar kita tahu apa yang kita buat dan siapa yang kita sokong. islam sendiri menganjurkan penambahan ilmu. Jangan biar diri kita diperalat untuk manfaat individu dan mencapai kepuasan diri...
untuk kembalike tranungkite,net dan beri komen sila klik dink dibawah
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=391949#391949

0 comments:

Download Nasyid UNLIMITED !!! Lonjakkan ekonomi UMMAH

Related Posts with Thumbnails