Tribute to Lifelines 4 Gaza

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja
Proram Terbaru Untuk Pembangunan UMMAH

Sunday, March 28, 2010

Dr Mahathir Label Pak Lah 'Mr Corridor'

Dr Mahathir Label Pak Lah 'Mr Corridor'

KUALA LUMPUR 28 Mac - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan pentas Perkasa untuk menghentam penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa merasmikan Mesyuarat Agung sulung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.

Walaupun mantan Perdana Menteri itu sudah bersara daripada jawatan selama setahun namun beliau masih menjadi sasaran lidah tajam Dr Mahathir yang terus mengkritik dasar-dasar pentadbiran Abdullah yang tidak selari dengan pemikiran beliau.

Pada mesyuarat Perkasa tersebut Dr Mahathir menggunakan kesempatan itu untuk memperli kepimpinan Abdullah yang dianggap sebagai kerajaan yang hanya tahu memperkenalkan koridor ekonomi dan bukan pembangunan ekonomi.

Abdullah bersara pada April 2009, setahun selepas Umno-Barisan Nasional mengalami kekalahan yang amat memalukan pada Pilihan Raya Umum 2008 dan digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak.

"Situasi sekarang lebih baik daripada zaman pemerintahan Pak Lah. Semasa Pak Lah menjadi PM, saya langsung tidak boleh bercakap. Saya juga tidak dijemput oleh sesiapa. Dia seorang yang liberal dan demokratik tetapi orang seperti saya tidak dibenarkan bercakap. Tetapi Najib beri saya peluang bercakap maka dia seorang yang baik. Najib mempunyai idea untuk negara.

"Harapan saya untuk Datuk Seri Najib adalah lebih lagi berbanding penyandang, "Mr Corridor". Terlalu banyak koridor tetapi apa yang kamu boleh jumpa dari semua koridor tersebut? Media seharus membuat laporan terhadap semua koridor tersebut sepanjang 5 tahun itu dan apa yang sudah dibuat," kata bekas Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan itu.

Dalam majlis yang menyaksikan adegan mencium keris oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, beliau juga menyalahkan penggantinya itu sebagai penyebab utama situasi ketegangan kaum sekarang dan kononnya Malaysia lebih bersatu semasa 23 tahun di bawah pentadbirannya.

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=411449#411449

0 comments:

Download Nasyid UNLIMITED !!! Lonjakkan ekonomi UMMAH

Related Posts with Thumbnails