Tribute to Lifelines 4 Gaza

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja
Proram Terbaru Untuk Pembangunan UMMAH

Thursday, April 29, 2010

Tahniah Ezam !

1 comments
Salam 1Malaysia. Jiko korang ingat artikel den yang terdahulu, Ezam dikatakan akan menjadi calon BN di Hulu Selangor. Dari sumber lain, Ezam melobi untuk menjadi calon di Hulu Selangor. Tetapi Ezam bersabar dan berundur dari melobi bilo pimpinan BN sebulat suara melantik P Kamalanathan sebagai calon BN di Hulu Selangor. Oleh kerana Ezam ni seorang yang patuh dan setio dengan Najib, mako Najib dengan rela hati melantik Ezam menjadi Senator. Begitu jugo dengan Datuk G. Palanivel. Najib kiro mengonang budi jugak orangnya. Semoga Ezam berjaya dalam kariernya yang baru sebagai Senator.
ditapis dari baganutama.blogspot.com

Monday, April 26, 2010

Menyelam Ke Dasar Batin

0 comments

Saat Terbaik adalah saat ini

Setiap hari adalah awal untuk menjadi manusia baru, setiap detik adalah saat
yang tepat untuk mengalahkan diri sendiri.

Waktu dapat membentuk watak, menyelesaikan pekerjaan, dan… memupuk pahala
kebajikan.

Hidup adalah apa yang dilakukan oleh setiap orang sepanjang usianya. Karenanya
berpaculah dengan waktu, jangan biarkan ia melewatimu.

Setiap detik, berjuanglah demi kebaikan.

Di saat-saat kita bebas melakukan sesuatu, seringkali kita tertipu oleh
kebebasan itu, dan membuang-buang waktu tanpa sadar.

Orang bijaksana menggunakan waktu seperti permata berharga. Tapi bagi orang
bodoh, waktu tak ubahnya segenggam tanah liat yang tak berharga.

Hidup ini tak ubahnya nafas. Manusia tidak dapat
mengatur panjang-pendek hidupnya, atau menghindar dari kematian. Dan karena
hidup ini hanya sementara, kita harus menghargainya. Gunakanlah ia, kembangkan,
dan tunjukkan nilainya yang sejati, pancarkanlah kebaikan dan keindahannya.

Justeru karena hidup ini amat singkat, ia jadi sangat berharga. Dan karena
sulit untuk terlahir sebagai manusia, kita harus bertanya pada diri sendiri,
adakah kita telah mengembangkan potensi kemanusiaan kita dan tidak hanya
mengejar kekayaan dalam hidup ini?

Orang harus sigap dalam melakukan perbuatan baik, dan harus sampai tuntas.
Seperti memasak air ; sebelum ia mendidih apinya jangan dipadamkan, kalau tidak
mau mengulanginya lagi dari awal.

Didorong oleh rasa takut akan berlalunya hari, kita cenderung menghabiskan
energi memikirkan berbagai cara untuk mengisi waktu. Akibatnya kita malah
kehilangan banyak waktu, dan tetap tidak menghasilkan apa-apa.

Banyak orang terpesona oleh kemampuan duniawi dan terobsesi olehnya. Waktu
atau umur yang panjang tidak ada gunanya bagi orang-orang seperti itu, karena
mereka tidak akan pernah mencapai kemajuan batin.

Dalam tahapan-tahapan hidup yang singkat ini, waktu untuk menjadi dan
menunaikan tugas sebagai manusia yang sempurna amatlah sedikit. Pekerja paling
keras sekalipun hanya akan mencapai sepertiga dari apa yang dicapainya.

Bila tidak ada yang dapat dilakukan, kita biasanya membiarkan waktu lewat
dengan percuma; kehidupan terus berjalan sementara kita tidur bermalas-malasan.
Begitu pula, orang yang membiarkan batinnya tertidur sepanjang hidupnya pantas
dijuluki “si pemalas”.

Selidikilah makna yang hakiki dari hidup ini dengan arif. Aturlah penggunaan
waktu dalam hidupmu dengan kekuatan ikrar ketetapan hati.

Karena hidup ini tidak kekal, kita harus mempercepat langkah dan terus maju.
Kita tidak sedang berjalan di atas lumpur – kebingungan, gamang, dan tidak
mantap – ketika sebelah kakimu telah menginjak tanah di depan, kakimu yang
sebelah lagi masih takut dan ragu-ragu melepaskan pijakannya. “Setelah satu kaki
melangkah, kaki yang lain menyusul.” Artinya kita harus melepaskan hari kemarin,
dan memusatkan perhatian pada apa yang sedang dikerjakan sekarang.

Ciri orang bijaksana adalah bahwa ia bisa mengatur waktunya.

Betapapun derita dan kesulitan yang harus ditempuh untuk mencapai sesuatu,
jangan biarkan pikiranmu terikat pada hasil-hasil yang pernah kau capai.
Betapapun kita telah banyak memberi kepada orang lain, janganlah menuntut balas
atau ganjaran.

Kita tidak dapat menggenggam masa lalu, ataupun memastikan yang akan dating.
Jadi, hiduplah pada hari ini, saat ini.

Jika berpegang pada hari kemarin, maka niscaya akan muncul pikiran-pikiran
keruh dari batin yang ternoda. Dengan demikian masa lalu, sedikit demi sedikit
penderitaan, kemarahan, sakit-hati, dan kebencian akan bertambah.

Yang akan dating adalah mimpi di siang hari, masa lalu adalah kenangan palsu.
Kita harus memperhatikan batin sejati yang hadir saat sekarang, dan dengan
seksama menyelesaikan semua tugas.

Dalam hidup ini, tidak setiap permainan dapat dilakukan dengan baik, tapi
dengan latihan dan disiplin yang keras, seorang pemain dapat melakukannya dengan
cemerlang.

Khall makanan sunnah

0 comments

KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN

Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM

Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.

Sunday, April 25, 2010

Apa itu Khall

0 comments
KHALL (300ml)
Dengan Khall, Madu, Minyak Kelapa Dara, Habbatus sauda dan Kismis
Sesuai untuk golongan yang mempunyai masalah penyakit seperti Diabetes, Darah Tinggi, Masalah Jantung dan Buah Pinggang.
Baik untuk membuang / memotong Kolestrol dan Lemak dalam badan.
Membaiki fungsi-fungsi saluran jantung dan buah pinggang
Penambah Tenaga (Energy Booster) serta membantu mengatasi keletihan dan kelesuan badan.
Meningkat dan menguatkan daya ingatan
HARGA:RM 55.90 (SM) RM65.90 (SS)

LATEST UMNO UNBELIEVABLE SWING!!!

0 comments
6.48 pm PKR 5969 BN 5026

6.45 pm PKR 5673 BN 4853

6.42 pm PKR 5176 BN 4682

6.35 pm PKR 4364 BN 3868

6.32 pm PKR 4204 BN 3592

6.30 pm PKR 3934 BN 3518

6.28 pm PKR 3729 BN 3334

PKR 3190 BN 3184

undi pos:
BN: 767
PKR: 120


Latest updated BN UNBELIAVABLE swing!!
Latest unofficial:

14,258 BN,

12,305 PKR

Kampung Orang Asli dikepung,IC dirampas : Elizabeth Wong

0 comments
Kampung orang asli dikawasan Parlimen Hulu Selangor dikenakan sekatan jalan raya kearah laluan keluar untuk ke pusat mengundi,beberapa penduduk orang asli juga melaporkan didatangi oleh orang-orang yang tidak dikenali dan mengambil kad pengenalan mereka,Terdapat dua perkampungan orang asli yang masing-masing mempunyai kira-kira 60 hingga 80 pengundi berdaftar-
Terima kasih Tranungkite.net .Beri Komen Anda Disini-
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=506304#506304dirampas.html

Bas Bawa Keluar ‘Pengundi Hantu’ Dari IKBN?

0 comments
Bas Bawa Keluar ‘Pengundi Hantu’ Dari IKBN?
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Agenda Baru, Aktiviti, Anwar, Demokrasi, Hebahan, Islam, Isu Semasa, KeADILan, Media, Pakatan Rakyat, Pilihanraya, Politik, Propaganda, Selangor, Sidenotes and Umno
0 Comments

Dari Harakah Daily

Beberapa bas telah membawa keluar penyokong Umno/BN dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pertak kira-kira jam 3.00 pagi tadi.

Bas yang sebahagiannya penuh dengan penumpang yang dipercayai ‘pengundi hantu’ itu berjaya disekat keluar dari IKBN oleh petugas Angkatan Muda Keadilan.

Keadaan menjadi kecoh dan hampir mencetuskan pergaduhan apabila penyokong Umno/BN tiba di kawasan itu, disusuli pasukan polis tidak lama kemudian.

Walaupun begitu, bas-bas berkenaan akhirnya bergerak keluar meninggalkan kawasan itu kira-kira jam 6.00 pagi dengan diiringi pihak polis ke destinasi yang tidak diketahui.

Harakahdaily difahamkan, selain bas, berbelas buah kereta juga digunakan untuk membawa ‘pengundi hantu’ dari IKBN.

Dipercayai, mereka dihantar ke beberapa daerah mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang sudah mulai dibuka sejak jam 8.00 pagi tadi.

Sementara itu, Suara Keadilan online melaporkan, Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa berkata, sebanyak lima buah bas kilang didapati diparkir di luar IKBN Pertak sejak pukul 3 pagi tadi.

“Apabila kami sampai sebanyak 15 buah kereta keluar dari IKBN dan kesemua kereta mempunyai antara lima hingga enam orang.

“Kita tidak tahu sejak pukul berapa mereka melakukan operasi membawa pengundi hantu tetapi kami percaya ramai yang telah dibawa keluar,” kata Fariz.

Fariz berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan tetapi sehingga kini tidak ada respons.

Ezam sedia jadi saksi

0 comments

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Nor bersedia tampil sebagai saksi utama kes tuntutan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha membuktikan siri pengkhianatan yang pernah dilakukan oleh Penasihat PKR itu.

Katanya, beliau bersedia berbuat demikian kerana mahu bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan lebih banyak lagi tindakan khianat Anwar terutama terhadap orang Melayu.

Sebagai contoh beliau berkata, Anwar pernah menghina Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan mendapatkan semaksimum undi kaum Cina serta India dalam satu mesyuarat yang turut dihadirinya.

''Akhirnya saya keluar dari PKR apabila melihat Anwar sanggup menghina DEB iaitu sebuah institusi bagi orang Melayu. Saya tidak sangka dia bertindak sebegini rupa hanya semata-mata untuk mendapatkan undi Cina dan India.

''Memang tidak salah untuk kita mengkritik tetapi apa yang dilakukan oleh Anwar ini sudah sampai ke tahap menghina dan sebagai seorang Islam dan seorang Melayu saya tidak boleh terima apa yang berlaku,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahad lalu, Muhyiddin dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading membidas Anwar sebagai pengkhianat perjuangan Melayu.

Berikutan kenyataan tersebut, Anwar menerusi peguamnya menghantar surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM100 juta kepada Muhyiddin dan Utusan Malaysia.

Selain Utusan Malaysia, kenyataan Muhyiddin itu turut disiarkan oleh New Sunday Times dan Berita Harian.

Ezam berkata, sepatutnya amalan politik Anwar itu ditolak kerana ia telah menjadi penyebab kepada wujudnya banyak pihak khususnya bukan Melayu yang semakin berani mempertikaikan hak istimewa orang Melayu.

''Anwar sebenarnya telah tersilap menafsir keadilan. Keadilan bukan kesamarataan tetapi keadilan itu ialah meletakkan sesuatu itu pada haknya,'' katanya.

Beliau berkata, satu lagi siri pengkhianatan Anwar adalah terhadap Islam apabila pemimpin pembangkang itu dengan jelas mahu memperkenalkan amalan kesamarataan di dalam PKR.

Katanya, amalan tersebut amat bertentangan dengan prinsip politik Rasulullah kerana di dalam Islam tidak ada konsep kesamarataan.

''Rasulullah tidak pernah berkompromi dalam soal ini. Maksudnya dalam apa jua keadaan sekalipun Islam mesti menjadi dominan. Islam wajib diutamakan berbanding perkara-perkara lain,'' katanya.

Beliau menambah, dalam prinsip politik Islam, orang bukan Islam yang bernaung di bawah pemerintah Islam tidak akan mendapat hak sama rata sebaliknya akan menerima hak mereka seperti mana dipersetujui.

Dalam pada itu Ezam berkata, kerajaan sedia ada tidak pernah menzalimi rakyat bukan bumiputera sebaliknya mereka memperoleh nikmat yang melimpah ruah jika dibandingkan dengan orang Melayu dan bumiputera.

''Ini merupakan satu fakta dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Oleh itu, saya amat berharap orang Cina, India dan sebagainya tidak mudah tertipu dengan permainan politik Anwar,'' jelasnya.
Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Nor bersedia tampil sebagai saksi utama kes tuntutan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha membuktikan siri pengkhianatan yang pernah dilakukan oleh Penasihat PKR itu.

Katanya, beliau bersedia berbuat demikian kerana mahu bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan lebih banyak lagi tindakan khianat Anwar terutama terhadap orang Melayu.

Sebagai contoh beliau berkata, Anwar pernah menghina Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan mendapatkan semaksimum undi kaum Cina serta India dalam satu mesyuarat yang turut dihadirinya.

''Akhirnya saya keluar dari PKR apabila melihat Anwar sanggup menghina DEB iaitu sebuah institusi bagi orang Melayu. Saya tidak sangka dia bertindak sebegini rupa hanya semata-mata untuk mendapatkan undi Cina dan India.

''Memang tidak salah untuk kita mengkritik tetapi apa yang dilakukan oleh Anwar ini sudah sampai ke tahap menghina dan sebagai seorang Islam dan seorang Melayu saya tidak boleh terima apa yang berlaku,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahad lalu, Muhyiddin dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading membidas Anwar sebagai pengkhianat perjuangan Melayu.

Berikutan kenyataan tersebut, Anwar menerusi peguamnya menghantar surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM100 juta kepada Muhyiddin dan Utusan Malaysia.

Selain Utusan Malaysia, kenyataan Muhyiddin itu turut disiarkan oleh New Sunday Times dan Berita Harian.

Ezam berkata, sepatutnya amalan politik Anwar itu ditolak kerana ia telah menjadi penyebab kepada wujudnya banyak pihak khususnya bukan Melayu yang semakin berani mempertikaikan hak istimewa orang Melayu.

''Anwar sebenarnya telah tersilap menafsir keadilan. Keadilan bukan kesamarataan tetapi keadilan itu ialah meletakkan sesuatu itu pada haknya,'' katanya.

Beliau berkata, satu lagi siri pengkhianatan Anwar adalah terhadap Islam apabila pemimpin pembangkang itu dengan jelas mahu memperkenalkan amalan kesamarataan di dalam PKR.

Katanya, amalan tersebut amat bertentangan dengan prinsip politik Rasulullah kerana di dalam Islam tidak ada konsep kesamarataan.

''Rasulullah tidak pernah berkompromi dalam soal ini. Maksudnya dalam apa jua keadaan sekalipun Islam mesti menjadi dominan. Islam wajib diutamakan berbanding perkara-perkara lain,'' katanya.

Beliau menambah, dalam prinsip politik Islam, orang bukan Islam yang bernaung di bawah pemerintah Islam tidak akan mendapat hak sama rata sebaliknya akan menerima hak mereka seperti mana dipersetujui.

Dalam pada itu Ezam berkata, kerajaan sedia ada tidak pernah menzalimi rakyat bukan bumiputera sebaliknya mereka memperoleh nikmat yang melimpah ruah jika dibandingkan dengan orang Melayu dan bumiputera.

''Ini merupakan satu fakta dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Oleh itu, saya amat berharap orang Cina, India dan sebagainya tidak mudah tertipu dengan permainan politik Anwar,'' jelasnya.

Saturday, April 24, 2010

Video:Kamu boleh hukum saya tapi...

0 comments

Skandal Altantuya dan Scorpene

0 comments
MEDIA Kenyataan SEBARAN UNTUK SEGERA
23 April 2010

Perdana Menteri Najib Razak harus berhenti memberi gambaran buruk pada karakter dan Parti Keadilan Rakyat melalui taktik licik, termasuk menggunakan jentera kerajaan untuk menyebarkan kebohongan dan fitnah. Dia harus berhenti membuat sindiran untuk menyesatkan orang-orang.

Jika Najib mempunyai sesuatu untuk dikatakan, maka ia harus cukup jantan untuk mengatakannya. Hal ini sangat merendahkan bagi seorang pemimpin parti politik, apalagi Perdana Menteri bersembunyi di balik turncoats seperti Zahrain dan Zulkifli.

Saya telah secara terbuka menuduh Najib menjadi tercemar dengan skandal rasuah Scorpene dan kegagalan untuk mengatasi semua soalan yang belum terjawab dalam pembunuhan Altantuya, belum lagi masalah lain yang mengganggu bangsa dan orang-orang. Najib perlu menjawab mereka alih-alih terlibat dalam gosip keji dan rumor mongering.

Anwar Ibrahim
Pemimpin Parti Keadilan
Pemimpin pembangkang Malaysia

Terimakasih kepada yang posting gambar-gambar kelakau betul muahaahahahaha
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=17169#502843

Thursday, April 22, 2010

Senarai tokoh UMNO yang mempunyai saham syarikt judi

0 comments
Berikut adalah senarai pembabitan pemimpin Umno dulu dan sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini:
Saham dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
Bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj memiliki 1,900,000.
Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari memiliki saham sebanyak 40,843 dan 6,666 saham dalam Magnum 4D.
Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman memiliki 1,666,666 saham.
Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib memiliki 680,334 saham.
Saham dalam Genting Berhad
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.
Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin.Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.
Saham dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir MohamadPengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memegang 3.5 juta saham dalam Sports Toto melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees.
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport TotoDatuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor adalah Pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 292,336,584 dalam Sports Toto.Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.
Dipetik daripada buku ‘Malaysia, Darul Kasino’ oleh Datuk Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Tok Guru Nik Aziz Akan Turun Berkempen Di Hulu Selangor

0 comments
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang baru pulang dari menunaikan umrah di tanah suci mengesahkan akan ke Hulu Selangor untuk berkempen dalam pilihan raya kecil di kawasan Parlimen itu. Ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, malam tadi Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu, petang Jumaat ini (esok) beliau akan berlepas ke sana.
Menurutnya, beliau akan terus berdakwah serta berkempen dalam pilihan raya itu nanti, memandangkan ianya adalah tugas setiap umat Islam.
Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor menyaksikan calon Pakatan Rakyat daripada PKR, Datuk Zaid ditentang calon BN, Kamalanathan.
Tuan Guru kelihatan ceria dan sihat selepas berada di tanah suci untuk menunaikan umrah selama dua minggu.
Ketika diminta mengulas berhubung perjalanannya sewaktu di sana, beliau bersyukur dapat menunaikan ibadat itu dengan baik walaupun cuaca begitu panas.
“Memang sewaktu saya melakukan ibadat itu saya menggunakan kerusi roda sebab nak jaga tenaga agar tidak mudah letih,”ujarnya lagi.
Katanya, ibadat umrah perlu dilakukan kerana ia tuntutan Islam di samping dapat menjejaki sejarah peninggalan para nabi.
Tambahnya, dengan menunaikan ibadat itu secara tidak langsung juga dapat meningkatkan keimanan diri kepada Allah.
Beliau bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak berlepas ke tanah suci dua minggu lalu untuk menunaikan umrah.
Turut mengiringi mereka berdua, Setiausaha Sulitnya, Ahmad Shargowi.
0 comments
Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh, dan Salam Sejahtera.

Firman Allah SWT (al-An'am 6:162),

Maksudnya, "Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."

Sesungguhnya, segala puji-pujian yang tidak terhingga kepada Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Puji-pujian juga yang teramat tinggi kepada Nabi Muhammad Pesuruh Allah, Nabi pengakhir zaman.
Didoakan kepada semua pengundi bagi pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor berada di dalam keselamatan dan kesejahteraan hendak-Nya.

Tuan-puan, dan saudara-saudari yang dihormati sekalian.
Bersempena dengan musim kempen pilihan raya ini, sukacita saya mengingatkan diri saya dan menyampaikan ingatan sama kepada sidang pengundi sekalian yang bakal mengundi pada hari Ahad, 25 April 2010 nanti.

Jadilah ingatan ini sebagai panduan utama untuk sidang pengundi sekalian menjadi seorang yang berhak mengundi, menunaikan tanggungjawab mengundi dan memangkah kertas undi dengan pasangkan niat , "sesungguhnya aku mengundi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat."

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Perkara pertama kita kena tahu, betapa Umno telah menghancurkan simbol Bulan Bintang yang dipakai oleh PAS pada tahun 1971. Sedangkan pada PAS, Bulan Bintang itu mempunyai makna yang besar dari segi mendidik rakyat kepada cara hidup beragama. Pertama, Bulan Bintang itu dipakai di atas menara masjid-masjid –– rumah Allah Tuhan yang Maha Kuasa. Kedua, Bulan Bintang adalah simbol bagi PAS untuk menghidup dan menghayati serta melaksanakan falsafah hidup beragama (muslim sejati) berteraskan doa iftitah yang selalu dibaca ketika permulaan sembahyang. Doa yang dimaksudkan ialah "sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi 'alami)." Oleh sebab itu, melalui simbol Bulan Bintang apabila dilihatnya, maknanya seseorang diajak untuk mengingati tanggungjawab beragama –– sembahyang dan beribadat, serta memikirkan soal hidup dan mati. Dengan cara itu, harapan PAS supaya rakyat sentiasa berada di dalam kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni.

Akibat daripada larangan penggunaan simbol Bulan Bintang itulah dapat dilihat hari ini, bila mana rakyat hari ini begitu bercelaru amalan hidupnya –– terbabit dengan segala amalan maksiat dan kerosakan akhlak serta berlaku amalan hidup yang berlawanan dengan apa yang ucapkan di dalam solat. Di samping berlaku tingkah laku yang di luar daripada sifat kemanusiaan seperti membuang bayi dan pembunuhan sesama insan.

Perkara kedua yang perlu diingati ialah tindakan pemimpin Umno yang telah menghapuskan penggunaan tulisan jawi. Tulisan jawi juga dihapuskan dalam pendidikan di sekolah. Ia berlaku zaman Almarhum Khir Johari, menghapuskan pengajaran dan penggunaan tulisan jawi itu.

Kesannya ramai orang Melayu, khususnya generasi sekarang tidak pandai membaca dan menulis jawi. Sedangkan jawi adalah tulisan dan bahasa al-Quran, dan ia adalah warisan ilmu orang Melayu zaman berzaman. Maka, ia bukan sekadar menghapuskan budaya ilmu yang menjadi medium pendidikan utama orang Melayu, malah orang Melayu kini amat dangkal dengan pengetahuan al-Quran kerana mereka sudah tidak pandai membaca al-Quran. Inilah bahananya dasar Umno.

Rakyat kena persoalkan, kemana Umno nak bawa rakyat. Nak kata Umno nak bawa ke jalan agama, jelas Umno sudah buat banyak perkara yang bercanggah dengan kehendak Islam seperti melarang guna Bulan Bintang dan tulisan jawi.
Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Pekara ketiga, layak juga dipersoalkan kepada pemimpin Umno, apakah tujuan sebenar Umno lawan sangat PAS ini? Sedangkan PAS sudah diakui sebagai parti yang berjuang untuk Islam, demi untuk melaksanakan pentadbiran dan mengamalkan sistem masyarakat Islam di Negara ini. Boleh jadi, Umno lawan PAS atas dasar demokrasi.

Jika begitu, kaedah demokrasi sebenarnya mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak. Apabila bertanding dalam pilihan raya, hendaklah mengamalkan pilihan raya yang adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok. Jika PAS menang, kena terima itu mandat rakyat dan perlu dihormati. Persoalannya, apa pasal pula Umno begitu gah kononnya berjuang ikut demokrasi, tetapi prinsip demokrasi tidak sedikit pun dipatuhi?

Tengok saja atas isu wang royalti petroleum. Sekian lama negeri Terengganu di bawah kuasa BN, royalti minyak dibayar kepada kerajaan negeri . Tetapi bila saja PAS menang di Terengganu tahun 1999, setahun selepas itu royalti sudah ditarik dan ditukar pula kepada wang ihsan. Itupun sudah tidak diberi kepada kerajaan negeri. Ia disalur terus kepada Umno bahagian. Semuanya adalah bukti Umno sendiri tidak hormat, malah melakukan perkara yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Benarlah Umno yang mendakwa berpegang dengan prinsip demokrasi, hakikatnya Umno tidak mematuhi prinsip demokrasi.

Cuba kita renungkan sedikit, bagaimana Islam pula mengajar umatnya berjuang. Sesungguhnya Islam adalah lebih bertamadun berbanding demokrasi, kerana demokrasi tidak mengajar soal dunia dan akhirat. Namun, Islam dikatakan lebih bertamadun kerana mengajar kita dengan prinsip bahawa 'apa saja yang kita perjuangkan, semuanya akan disoal oleh Allah SWT di akhirat.' Prinsip seumpama ini adalah selari dengan prinsip 'sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku, semuanya kerana Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.' Barang ini (prinsip ini) tidak ada dalam perjuangan Umno.

Sebab itulah kita berani katakan bahawa perjuangan Umno adalah perjuangan sekular. Lebih-lebih lagi, Umno dilihat lebih mengutamakan pembangunan berteraskan kebendaan semata-mata. Maka, tidak ada bezanya perjuangan Umno itu dengan perjuangan parti politik di Barat yang mementingkan pembangunan dan kemajuan semata-mata. Sebab itulah, perjuangan Umno mengasingkan prinsip agama dengan politik. Maka jadilah Umno sebagai parti sekular, iaitu sebuah parti yang mengamalkan politik suku, agama suku. Ia memberi makna, semacam kerja politik tiada kaitan dengan dosa dan pahala lagi. Sebab itulah ada pemimpin Umno berani melakukan segala amalan politik yang bercanggah dengan ajaran agama. Mereka mengamalkan politik wang, politik ugut dan politik paksa. Sedangkan kesemuanya itu bercanggah dengan ajaran Islam dan dilarang keras oleh Nabi Muhammad SAW.

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi yang dikasihi sekalian.

(Akhirnya), perkara keempat mengenai perjuangan Umno ialah amalan salah Umno yang sentiasa mengasing-asingkan rakyat dengan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum. Akibat amalan salah Umno itu, akhirnya orang Melayu dibeza-bezakan dengan bukan Melayu. Dan paling salah membeza-bezakan antara Melayu yang sokong Umno sebagai Melayu-Umno dan yang sokong PAS sebagai Melayu-PAS.

Kemudian berlaku pula pengasingan antara hak Melayu dengan hak bukan-Melayu, diikuti pula hak Melayu-Umno dengan hak Melayu-PAS. Paling teruk juga, orang Melayu-PAS telah dibeza-bezakan dari segi jawatan dan kenaikan pangkat, subsidi dan bantuan, dan hak-hak antara negeri diperintah Umno-BN dengan negeri diperintah PAS-Pakatan Rakyat. Seperti juga berlaku pada akhir-akhir ini, bila mana persoalan wang royalti petroleum untuk Kelantan sendiri tidak diberikan kepada kerajaan negeri, sedangkan kepada kerajan negeri Sabah dan Sarawak terus diberi. Apa yang berlaku, 'royalti' ditukar kepada 'ihsan' dan pemberian ihsan pula adalah kepada Umno bahagian.
Demikianlah, buruknya amalan membeza-bezakan itu. Ia telah mendera rakyat Kelantan, kerana kerajaan negeri Kelantan hari ini adalah dipilih atas hak dan kehendak rakyat. Amalan Umno sebegitu telah menepikan langsung nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Sekaligus bertentangan dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun adalah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS.

Oleh itu, kembalilah kita kepada ajaran Islam dan mengamalkan cara hidup beragama. Sesungguhnya sistem Islam adalah benar dan adil untuk semua kaum. Ingatlah, firman Allah (surah Ali-Imran 3:102-103),

Bermaksud, "wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai ."

Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Menolak perjuangan Umno sudah pasti membebaskan diri kita daripada segala-gala amalan salah.

Sehubungan itu, saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi Hulu Selangor yang budiman lagi bijaksana, undilah calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dari parti KeADILan. Saya penuh yakin dan percaya di atas pengalamannya selaku bekas ahli parlimen dan menteri kabinet, sesungguhnya beliau mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk membela dan menunaikan harapan rakyat di parlimen Hulu Selangor. Keluarlah mengundi beramai-ramai, jangan hiraukan ugutan Umno-BN dan selamat mengundi.

Semuga tuan-puan, dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

"Harapan Baru Malaysia"
*** PAS UNTUK SEMUA ***

Sekian.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Mursyidul Am PAS

Terkini Video Kempen Anwar Ibrahim Di Ulu Selangor

0 comments
0 comments

Dato Siti Nurhaliza penyanyi IKON Malaysia telah melalui proses transformasi selepas menempuh gerbang perkahwinan dengan muncul dikhalayak ramai dengan bertudung...ramai yang gembira dan positif dengan perkembangan ini.
Namun setelah menjadi pengeluar produk kosmetik tiba-tiba muncul dalam iklan dengan tidak bertudung ini agak memeranjatkan!
Adakah atas nilai komersial maka terpaksa mengundur kebelakang?
Pertemuan singkat dengan pasangan penghibur Akhil Hayy dan Waheeda Wassini dalam satu majlis menandatangani perjanjian Ust Akhil Hayy dengan pengeluar siri produk NRBASHIRAH Waheeda muncul dengan berpurdah ramai yang mengatakan ini adalah satu peningkatan dari yang baik kepada yang lebih baik diharap dapat dikekalkan dan jangan mengundur kebelakang.

Siti Nurhaliza keluar produk kosmetik
2010/03/31 KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kini beralih tumpuan menjadi ahli perniagaan apabila melancarkan rangkaian produk kosmetik dan penjagaan kulit jenama sendiri, SimplySiti.
Produk yang di formula menggunakan kepakaran teknologi nano dan diproses di Korea khusus untuk keperluan wanita tempatan itu turut diiktiraf halal serta selamat digunakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Monday, April 19, 2010

Apa khabar ust Akil Hayy dan Wahida Wassini ? dilantik jadi DUTA?

0 comments







Sejak menempuh gerbang perkahwinan bersama sudah jarang kedengaran lagi..?
Apa khabar agaknya gerangan mereka..?

Alhamdulillah kami berkesempatan bertemu dengan mereka pada satu majlis menandatangani perjanjian sebagai duta siri Produk terbaru keluaran 100% bumiputera muslim "NRBashirah"

Dalam komen ringkasnya dimajlis itu Ustaz Akil Hayy berkata : Dalam kita sibuk-sibuk memulaukan barangan keluaran dari Yahudi dan Amerika ,adakah kita mempunyai Alternatif sebagai memenuhi keperluan produk kesihatan yang diperlukan bagi mencapai cara hidup sihat didunia dan akhirat,kesediaan saya untuk menjadi duta produk NRBashirah adalah lahir dari kesedaran bahawa kita perlu tampil kehadapan dengan produk kita sendiri yang halal lagi suci bagi memenuhi keperluan mukmin muslim diseluruh dunia.

Jenama NRBashirah ialah suatu rangkaian produk kesihatan yang berasaskan bahan-bahan khall, kurma, habbatus sauda’, kismis, madu, prun dan bahan-bahan yang mempunyai kandungan khasiatnya yang unggul seperti mana yang terdapat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Produk ini sesuai diamalkan oleh seisi keluarga kerana ia dapat mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, migrain, mengawal kolestrol, asma dan sebagainya. InsyaAllah, jika mengamalkan meminum produk ini kemungkinan penyakit yang diidapi akan dapat dicegah.

Produk yang dihasilkan dari kilang Islamic Manufacturing Practice (IMP),yang mana pengasasnya Ustaz Haji Ahmad Tajuddin bersama team beliau yang banyak membantu dan menyumbang idea dan kepakaran di segi pengeluaran dan khidmat nasihat.

Pengasas PUSRATU (Pusat Rawatan Tanpa Ubat), iaitu Tabib Nur juga turut serta bersama keluarganya berganding bahu dengan MB Global Marketing sebagai rangkaian pemasaran kkeseluruh negara maupun dunia dalam masa terdekat ini.

Tabib Nur sebagai seorang pakar yang berpengalaman dalam perubatan alternatif dan pemakanan sunnah berasa yakin yang produk jenama ini akan mendapat tempat di hati para pengguna dan menjadi pilihan seisi keluarga.

Gambar sekitar majlis

>>>PELUANG MENJADI PENGEDAR KLIK DISINI>>>
Komen dan Beri pendapat disini

Friday, April 16, 2010

Video : Zaid Ibrahim: Barisan Nasional An Arrogant Government

0 comments




2 Kenyataan Ezam yang boleh membuatkan Pakatan tersungkur di Hulu Selangor

0 comments
PERTAMA
Keyakinan rakyat kepada pembangkang kian pudar - Ezam

TEMERLOH 15 April - Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menawan semula kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil, 25 April ini berikutan keyakinan rakyat kepada pembangkang semakin pudar.

Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd. Nor berkata, perubahan yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian berasa bimbang sokongan rakyat terhadap mereka. - Utusan

Lapuran pertama di atas ni kira masih suam-suam juga lagi, tapi kalau yang bwah ni, fuhh panas gila .... tersungkur lah PR nanti ... wakakakakah.

KEDUA
Anwar arah jaja isu 6 kotak - Ezam

TEMERLOH 15 April – Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor hari ini mendedahkan beliau diarah Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya `menjaja' isu enam kotak yang kononnya membabitkan isu rasuah pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) beberapa tahun lalu.

Katanya, beliau sendiri sebenarnya tidak pernah melihat isi kandungan enam kotak yang dijadikan modal ceramah politiknya ketika bersama PKR dahulu. - Utusan
STONE: Punya lah nak kenakan pembangkagn macam ni punya kenyataan remeh temeh ni pun boleh hangpa nak jadikan berita. Rentikan lah utusan wei ... bab-bab cerita kotak ni orang dah tak mau dengar dah, dah basi macam mana basinya ezam sendiri. orang dah tak nak ambik kisah lagi dah .... dan lagi berapa kerat manusia bodoh yang masih mempercayai si ezam katak ni?
Klik Link Dibawah untuk komen
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=475295#475295

Wednesday, April 14, 2010

Video Gempar !!! : Malaikat ? Jin ? Fairy ?

0 comments

Gambar ini diambil pada malam kedua hari raya yang lepas,satu objek
bersayap dan bercahaya dilhat seolah-olah melintas dihadapan lensa
camera saya.Kalau kita selalu melihat video dalam youtube tags:Angel
atau fairy objek seperti ini telah banyak dirakamkan.

Bagi masyarakat barat kewujudan makhluk yang dipanggil fairy telah
ditanam dalam jiwa mereka sejak dari zaman kanak-kanak,malahan banyak
cerita-cerita berkenaan makhluk berkenaan datang memberi pertolongan
diwaktu kecemasan dicatatkan di zaman moden ini.

Semasa saya kecil buku-buku karangan Hans Christian Anderson banyak
diterjemahkan untuk bacaan kanak-kanak.hampir semuanya ada cerita pasal
Fairy ini.

Alhamdulillah kini bahan bacaan mengenai kisah nabi-nabi dan cerita
dari Al-Quran telah banyak diterbitkan.
Apakah hukum kita mempercayai fairy ini...?
Adakah mereka ini malaikat yang didatangkan oleh Allah untuk membantu
manusia?

Bolehkah kita berdoa meminta pertolongan dengan makhluk ini?

Bagi pendapat saya ini adalah syaitan yang cuba merosakkan akidah yang
terlepas selepas dirantai sepanjang bulan ramadhan.
Seperti yang kita tahu syaitan bukan mahu mencuri harta dan kekayaan
kita tetapi mereka mahu mencuri akidah kita supaya kita mati dalam
keadaan tidak beriman kepada Allah.

Awasi bahan bacaan dan tontonan anak-anak kita,selalulah berpesan
kepada mereka sesungguhnya pertolongan dan bantuan itu datang
semata-mata dari Allah dan syaitan tidak akan jemu berusaha untuk

merosakkan akidah dan kepercayaan kita . Silalah hantar komen anda
disini untuk kita sama sama bincangkan dan saya akan dedahkan nanti
gambar apa sebenarnya yang kita lihat ini...

Join RezekiMaya creative GIANT NETWORKER "creativity makes the world move.."

Tuesday, April 13, 2010

0 comments
0 comments
Hisham, AG jamin Pornthip selamat

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (bawah, kiri) hari ini memberi jaminan keselamatan kepada Dr Pornthip Rajanasunand jika pakar patologi Thailand itu kembali ke negara ini bagi memberi keterangan pada inkues Teoh Beng Hock.

Beliau juga meminta Pornthip membekalkan pihak berkuasa Malaysia, segala maklumat berhubung dakwaannya bahawa dia berdepan dengan 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia untuk menghentikan keterangan beliau dalam inkues itu.

“Kami akan beri jaminan keselamatan kepada semua, rakyat Malaysia, rakyat asing, pelancong dan sesiapa sahaja yang berada di bumi Malaysia. Adalah tugas kami bagi melindungi dan menjamin keselamatan mereka,” katanya.

Pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Hishamuddin berjanji yang polis akan menyiasat dakwaan Pornthip dan memintanya tampil memberi maklumat.

“Kita selalu menjamin keselamatan rakyat asing tetapi mereka mesti membekalkan butirannya, maklumat dan segala yang berkaitan. Buat masa ini, kami hanya ada tuduhan umum yang beliau kuathir dengan keselamatannya. Bagaimana kami bergerak daripada itu?”

Katanya, pihak berkuasa akan menyiasat dari dua aspek - Pornthip (kanan) ditekan dan beliau bimbang akan keselamatannya.

“Saya menggesanya untuk datang memberikan maklumat agar kami dapat menjalankan siasatan terperinci. Saya tidak ada apa-apa untuk disembunyikan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (bawah, kiri) berkata tidak ada sebab bagi pakar patologi Thailand itu risau mengenai keselamatannya.

“Bagi say
a, kedatangannya adalah dialu-alukan. Saya mahu dia ke mari dan memberi keterangan dengan aman dan tenang....

"Saya akan pastikan bahawa pihak berkuasa membekalkan kawalan keselamatan. Tiada masalah,” katanya di lobi Parlimen.

Timbalan Menteri Luar Negara, A Kohilan Pillay juga mahu Porntip mendedahkan nama orang yang mengugutnya supaya kerajaan boleh menyiasat.

"Biarkan dia berikan nama kepada kami supaya siasatan boleh dijalankan,” katanya sambil menambah bahawa kerajaan tidak akan menghentikan sesiapa daripada memasuki negara ini secara sah.

Semalam, Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

Monday, April 12, 2010

Penyeludupan Zionis Ke Malaysia Kerja Mahathir

0 comments

1968, Dr M sudah JOIN International Seminar, Harvard Business School tajaan Henry Kissinger….sila baca biografi Dr Henry Kissinger oleh Walter Isaacson….(masuk site Amazon.com). International Seminar ni ada ramai yang masuk….akhirnya masing2 dapat NAIK pegang jawatan penting negara masing2….Lee Kuan Yew ( PM Singapore), Yasuhiro Nakasone (jadi PM Jepun), Bulent Ecivit (jadi PM Turki), Dr M (naik jadi PM Malaysia selepas 13 tahun!)….dan ramai lagi saya sudah lupa….[Yahudi sudah ada peranan ‘menentukan’ SIAPA pemimpin Negara MANA?]

Bila DAPAT naik jadi PM….terus Dr M buat perjanjian keselamatan dengan USA….(maka rahsia negara abis terbarai?)….sejak masa tu…kalu tak silap, 1983 lagi….[Adakah ini payback time?...terikat dengan janji?]

sepanjang 1990an…USA mula memainkan api kemarahan memburukkan orang2 Arab/agama Islam….[Yahudi menanam di dalam minda dunia bahawasanya bangsa Arab DAN agama Islam adalah jahat dan merbahaya!]

Kita lihat insiden2 ini…..

1994 (Oklahoma City – Federal Building Bombing)….saya di USA….live telecast….[rumusannya, bangsa Arab/Islam DIPERSALAHKAN oleh media barat!]…..tapi sebenarnya Timothy Mc Veigh, seorang whiteman didapati bersalah kemudiannya!…

1996 (New York – Pesawat terhempas diluar pantai…en route ke Paris)….[Bangsa Arab di USA dan Islam jugak dipersalahkan!]…..saja digemparkan secara live reporting….. seorang Pak Arab dari Chicago di tahan di Heathrow Airport, London yang dikatakan ingin melarikan diri!….maka nama2 beberapa ‘terrorism expert’ pun keluarlah….ditemuramah dalam studio….menerangkan bahawa ianya SAMA dengan modus operandii pengeboman pesawat Pan Am oleh Libya!….abis rumah mamat Arab ni kena baling batu! (pun ada live reporting!)….saya masih di USA masa tu….CNN ada buat live coverage masa tu (guna stesyen TV lain)…saya ikut berita2 itu sehingga pukol 4 pagi….ada BEBERAPA SAKSI yang tinggal di tepi pantai serta nelayan telah nampak 3 letupan….pertama DARI aras laut!….kedua dan ketiga di udara….apa citer?….sebenarnya pada waktu yang sama ada satu LATIHAN TENTERA LAUT USA di kawasan itu!…..[dari beberapa saksi ini, nyata tentera laut USA tembak kapal terbang itu?]……lapuran itu terhapus keesokan harinya….saya menyaksikan wayang ini!……

berminggu selepas itu, ‘mayat’ pesawat itu masih tak timbul2….pemberita resah, tumpuan penduduk USA nyata terpaku kepada punca musibah…pengarah FBI New York marah ketua turus Navy dalam sidang akhbar apabila jawapan beliau atas asakan pemberita ‘membuka’ sesuatu possibility!!….maka tiap2 hari pengarah FBI New York itu ‘BERSILAT’ buat berbagai helah!….(dia ni berbangsa Yahudi)

akhirnya, nak larikan citer terdesak ni….maka timbullah citer pengeboman di taman Olympic Park!….seorang security guard yang ‘dikatakan marah’ kerana tak dapat jadi polis telah DIKHABARKAN membuat kecoh itu….maka tiap2 hari citer ni hot kat TV PULAK, pemberita BERKAMPUNG depan apartmennya!….maka citer ‘mayat’ pesawat yang masih belum timbul tu pun reda dan dilupakan oleh media…dan rakyat USA!…dan DUNIA!…

[citer backgroundnya Arab dan Islam adalah jAHAT!]…..

Jadi bila peristiwa September 11, 2001 TERjadi, maka sedaplah Islam dan Arab dipersalahkan….tanpa soal, masyarakat dunia MENERIMA kata2 dan LABEL bahawa “Islam adalah agama Terroris”…. (PM kita, Dr M telah tambah kicap bagi sedap citer terroris ni dengan MENAMBAH bahawa budak2 Palestin yang letupkan diri di Israel jugak adalah teroris!)……

Jika kita kaitkan kesemua peristiwa2 ini dengan Pengeboman World Trade Centre oleh ‘Pengikut2′ Sheikh Abdul Rahman yang buta (dia ke USA katanya untuk mengubati matanya dan kerajaan USA katanya amat bersimpati dan ingin membantu!)….pulak tu, timbul citer kemudiannya, seorang Kolonel tentera Mesir, seorang yang mengaku rakan karib Pres Hosni Mubarak telah buat press Conference (kalu tak silap di London)…..’Saya ingin membakar jambatan dengan Pres Hosni Mubarak!….dan saya ingin bersama HERO sebenar saya…iaitu Sheikh Abdul Rahman….di USA’ (USA terus beri dia suaka politik!)…..

Apabila Sheikh telah ditangkap dan kemudian di dalam perbicaraan Sheikh, mamat kolonel ini dijadikan SAKSI UTAMA kerajaan USA …….dia telah membuat PERAKUAN yang menyatakan DAN mensabitkan tanpa keraguan bahawa pengikut2 Sheikh Abdul Rahman memang terlibat!….(siap gambar dan video beb!)…..

[Ingat....Sheikh ni berbangsa ARAB dan beragama ISLAM!]

Pengeboman WTC ni telah menyebabkan US Senate luluskan ‘World Terrorism Act 1′…..

Kemudian, pengeboman pesawat di luar pantai New York telah menyebabkan US Senate luluskan ‘World Terrorism Act 2′…….

masa ini, budget telah dikeluarkan dalam masa 1 bulan sahaja untuk buat rangkaian seluruh dunia bagi US intelligence Network Centres…..yang akan dikendalikan oleh CIA dan FBI!…..matlamatnya, katanya, untuk USA mengetuai dunia ‘tracking’ rangkaian teroris!…….adakah kita tahu bahawa selepas Sept 11 2001, satu pusat itu telah terbina di Port Dickson?!……..maka bertambah mudahlah USA dapat rahsia pertahanan kita?…….

Namun APCO ni amende?…..ia sekadar pelengkap urusan saja!…..

itu saja!

The MIND!!!

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=461871#461871


Sunday, April 11, 2010

Mesin Atm Perompak Duit Rakyat

0 comments

Tahun 2007 setiap transaksi ATM MAYBANK dikenakan caj 50sen sedangkan bank lain adalah percuma. Dengan Maybank hanya 4 transaksi pertama adalah percuma. Transaksi selepas itu dikenakan caj 50sen per transaksi. Hu.hu.hu. Siapa yang selalu kuar duit tu nasib la. NUBE mendakwa sebab itulah keuntungan Maybank pada suku pertama dalam lebih dari [b]RM1 bilion[/b].

Mereka mengenakan caj caj tanpa kita sedari. Itu adalah dakwaan NUBE la. Susah jugak kalo nak boikot kalo kebanyakan duit dok dalam Maybank. Lagi tanpa Maybank, perniagaan internet di Malaysia akan merudum kerana pengguna Maybank adalah pembeli terbanyak secara online".

Kini semua bank mengenakan cas RM1.00 setiap transaksi masuk atau keluar kecuali pertanyaan baki , berapa agaknya keuntungan mereka dalam sehari ? sebulan ? setahun ?

SETUJU>Kerana setiap penggguna ATM tidak menyedari atau merasakan bahawa mereka telah dirompak bayangkan kalau kita buat transaksi 100 kali dalam sebulan bermakna kita kehilangan RM100 yang sangat berguna untuk makanan anak isteri,minyak kereta dan lain2 keperluan lebih2 lagi yang makan gaji RM 100 banyak tu...

TIDAK SETUJU> Cas yang dikenakan adalah berpatutan kerana menyediakan perkhidmatan canggih untuk kemudahan 0rang ramai segala-galanya jadi mudah kirim wang kpd anak, bayar hutang rumah, kereta dll sistem begini emestinya mahal apalagi melibatkan keselamatan kalau sayang duit gaji jgn guna ATM beratur jer tunggu giliran pakai buku.

Join infinitydownline kini RM50 sahaja dapat 200% TAK PAYAH CARI ORANG sistem autudowline TERBARU klik here...

Thursday, April 8, 2010

Zahrain , Zull the "New Assasin"

0 comments

Perkataan Assasin dalam bahasa inggeris bermaksud pembunuh upahan professional sebenarnya diambil dari perkataan arab "HASHISH"

selalu juga disebut "character assasination" bukan bermaksud bunuh dengan ertikata sebenarnya tetapi membunuh karier politik dengan cara fitnah dan tuduhan.

Dalam sejarah pemerintahan khalifah-khalifah islam para assasin adalah terdiri dari mereka yang rapat dengan pemimpin yg menjadi target mereka mereka menyamar sebagai pegawai istana,pembantu peribadi,anak angkat dan mempunyai dendam peribadi dengan pemimpin itu contohnya khalifah itu pernah membunuh ayahnya maka dia akan cuba meresap dengan apa cara sekalipun hingga dapat menjadi pembantu khalifah dan sanggup tunggu bertahun-tahun hingga berjaya melakukan misinya.iaitu membunuh Khalifah itu.

Satu ciri yang sama pada semua assasin itu mereka semua adalah penagih "Hashish"

Adakah Zahrain dan Zul ini the "New ( Charactrer )Assasin"
kalau Assasin zaman dulu penagih Hashish mereka penagih apa?

Apakah agaknya misi mereka membunuh karektor Anwar Ibrahim atau ........?

Adakah mereka dimasukkan untuk membantu dan menyelesaikan tugas the "Old Assasin" yang dimasukkan sebelum ini?

Awas UMNO!!!!

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=15430#451695

Usrah Rasa Hati - Bersama Kita Menghayati

0 comments
Program popular usrah rasa hati telah 2 minggu tidak keudara diradio ikim, rancangan radio yang bercorak forum yang menjemput ahli panel yang yang terdiri berbagai golongan professional,usahawan ,ulama dan membuka ruang untuk pendengar melontarkan pandangan mendapat rating yang paling tinggi sewaktu keudara setiap hari rabu.

Kini dikatakan atas tekanan pihak2 tertentu program popular itu perlu kepada penaja atas alasan apa tidaklah diketahui sedangkan setiap ahli panel tidak menerima ganjaran atau hadiah saguhati dari radio ikim atau dari mana-pihak , semua yang terlibat telah berjanji akan memberi perkhidmatan secara percuma.

Ini agaknya yang menjadi sebab program ini sangat berkesan dan diminati ramai .Nama-nama seperti Tabib Nur penceramah bebas yang pandangannya sering memberi kesan yang mendalam kini semakin popular dikalangan pendengar kini tidak kedengaran lagi.


Diharapkan kepada semua pecinta-pecinta usrah dapat bersatu suara memohon dan berdoa supaya program ini dapat dikeudarakan semula kalau perlu kita bersatu menyuarakan hasrat kita diruangan forum ini.

bagi mereka yg rindu bolehlah melawat





http://usrahrasahati.blogspot.com
dan
http://usrahrasahati.com


http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=15378#448289

Download Nasyid UNLIMITED !!! Lonjakkan ekonomi UMMAH

Related Posts with Thumbnails