Tribute to Lifelines 4 Gaza

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja
Proram Terbaru Untuk Pembangunan UMMAH

Thursday, April 22, 2010

Tok Guru Nik Aziz Akan Turun Berkempen Di Hulu Selangor

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang baru pulang dari menunaikan umrah di tanah suci mengesahkan akan ke Hulu Selangor untuk berkempen dalam pilihan raya kecil di kawasan Parlimen itu. Ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, malam tadi Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu, petang Jumaat ini (esok) beliau akan berlepas ke sana.
Menurutnya, beliau akan terus berdakwah serta berkempen dalam pilihan raya itu nanti, memandangkan ianya adalah tugas setiap umat Islam.
Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor menyaksikan calon Pakatan Rakyat daripada PKR, Datuk Zaid ditentang calon BN, Kamalanathan.
Tuan Guru kelihatan ceria dan sihat selepas berada di tanah suci untuk menunaikan umrah selama dua minggu.
Ketika diminta mengulas berhubung perjalanannya sewaktu di sana, beliau bersyukur dapat menunaikan ibadat itu dengan baik walaupun cuaca begitu panas.
“Memang sewaktu saya melakukan ibadat itu saya menggunakan kerusi roda sebab nak jaga tenaga agar tidak mudah letih,”ujarnya lagi.
Katanya, ibadat umrah perlu dilakukan kerana ia tuntutan Islam di samping dapat menjejaki sejarah peninggalan para nabi.
Tambahnya, dengan menunaikan ibadat itu secara tidak langsung juga dapat meningkatkan keimanan diri kepada Allah.
Beliau bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak berlepas ke tanah suci dua minggu lalu untuk menunaikan umrah.
Turut mengiringi mereka berdua, Setiausaha Sulitnya, Ahmad Shargowi.

0 comments:

Download Nasyid UNLIMITED !!! Lonjakkan ekonomi UMMAH

Related Posts with Thumbnails