Tribute to Lifelines 4 Gaza

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja
Proram Terbaru Untuk Pembangunan UMMAH

Tuesday, April 13, 2010

Hisham, AG jamin Pornthip selamat

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (bawah, kiri) hari ini memberi jaminan keselamatan kepada Dr Pornthip Rajanasunand jika pakar patologi Thailand itu kembali ke negara ini bagi memberi keterangan pada inkues Teoh Beng Hock.

Beliau juga meminta Pornthip membekalkan pihak berkuasa Malaysia, segala maklumat berhubung dakwaannya bahawa dia berdepan dengan 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia untuk menghentikan keterangan beliau dalam inkues itu.

“Kami akan beri jaminan keselamatan kepada semua, rakyat Malaysia, rakyat asing, pelancong dan sesiapa sahaja yang berada di bumi Malaysia. Adalah tugas kami bagi melindungi dan menjamin keselamatan mereka,” katanya.

Pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Hishamuddin berjanji yang polis akan menyiasat dakwaan Pornthip dan memintanya tampil memberi maklumat.

“Kita selalu menjamin keselamatan rakyat asing tetapi mereka mesti membekalkan butirannya, maklumat dan segala yang berkaitan. Buat masa ini, kami hanya ada tuduhan umum yang beliau kuathir dengan keselamatannya. Bagaimana kami bergerak daripada itu?”

Katanya, pihak berkuasa akan menyiasat dari dua aspek - Pornthip (kanan) ditekan dan beliau bimbang akan keselamatannya.

“Saya menggesanya untuk datang memberikan maklumat agar kami dapat menjalankan siasatan terperinci. Saya tidak ada apa-apa untuk disembunyikan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (bawah, kiri) berkata tidak ada sebab bagi pakar patologi Thailand itu risau mengenai keselamatannya.

“Bagi say
a, kedatangannya adalah dialu-alukan. Saya mahu dia ke mari dan memberi keterangan dengan aman dan tenang....

"Saya akan pastikan bahawa pihak berkuasa membekalkan kawalan keselamatan. Tiada masalah,” katanya di lobi Parlimen.

Timbalan Menteri Luar Negara, A Kohilan Pillay juga mahu Porntip mendedahkan nama orang yang mengugutnya supaya kerajaan boleh menyiasat.

"Biarkan dia berikan nama kepada kami supaya siasatan boleh dijalankan,” katanya sambil menambah bahawa kerajaan tidak akan menghentikan sesiapa daripada memasuki negara ini secara sah.

Semalam, Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

0 comments:

Download Nasyid UNLIMITED !!! Lonjakkan ekonomi UMMAH

Related Posts with Thumbnails