Tribute to Lifelines 4 Gaza

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja
Proram Terbaru Untuk Pembangunan UMMAH

Monday, May 17, 2010

anwar salah guna bukti

8 comments

Saturday, May 15, 2010

0 comments

Gempar dialog sulit Ezam-Saiful terdedah.

8 comments





Ezam menceritakan bahawa pada malam pertemuan itu beliau menasihatkan Saiful supaya berjumpa ulamak untuk dapatkan nasihat dari sudut Islam. ” Saya kata ini aib bagi dirinya dan keluarga Anwar Ibrahim…kata Saiful boleh bang jumpa ulamak…tapi bang saya kena jumpa doktor dulu sebab ada barang dalam badan saya yang kena buat medical checkup .” Menurut Ezam, Saiful memberitahunya dia nak pergi buat pemeriksaan doktor itu esoknya. Namun katanya seperti sedia maklum selepas membuat pemeriksaan itu polis ambil keterangan dan selepas itu ia menjadi kes polis. Katanya selepas itu mereka tidak bersua lagi.” Itu saja episod saya dengan saudara Saiful,” ujarnya.




sumber anwaraidc.com






Wednesday, May 12, 2010

Rakyat di minta "Jangan Sokong Anwar Ibrahim"

8 comments
Fitnah dan aniaya kes liwat 2 Anwar Ibrahim juga dari Najib bila dia berdolak-dalik dalam hal mengenai pertemuannya dengan Star Witness Mohd Shaiful Bukhari Azlan.

Kini Najib sukar untuk mendapat kerjasama dari organ-organ kerajaan bila pecubaan untuk menangkap Anwar gagal kerana ada anggota kerajaan yang bersimpati dgn Anwar bertindak membocorkan segala rancangan jahat Najib.

Tak lupa juga para doktor yang memberi laporan post mortem "Star Witness" yang sebenar tidak diliwat seperti Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, hakim mahkamah seysyen Hakim SM Komathy Suppiah , Bekas SB Bala ,Imam Ramlang Porigi dan yang lain-lain juga mula enggan memberi kerjasama terhadap rancangan jahat Najib walaupun secara senyap seperti surat tanpa nama dari pegawai SPRM tentang pengelibatan Khir Toyo dan Ketua Sprm Selangor .

Wahai seluruh rakyat Malaysia! Ketua-ketua POLIS, Para Hakim , Pegawai-Pegawai Kerajaan, Imigresen,Pegawai TENTERA,JURU AUDIT Negara,

Tampillah kehadapan dengan berani menyatakan kebenaran jangan diharapkan dengan sedikit keuntungan didunia kita menjadi lemah lalu terus tenggelam dalam kebusukan Rasuah dan dosa besar.

Dunia adalah sementara akhiratlah kehidupan yang sebenar sayangilah anak isteri,keluarga dan negara Kerana ALLAH Semata2.

Dan kalau kita serentak mahukan perubahan pasti akan berlaku seperti REVOLUSI Di Iran , Bila semua organ kerajaan terutama PENGAWAL DiRAJA SHAH bertukar arah menentang kezaliman SHAH IRAN dengan sokongan padu seluruh rakyat jentera kerajaan akhirnya SHAH IRAN terbuang ke LUAR Negara.

Ini juga boleh berlaku di Malaysia tak perlu tunjuk perasaan atau demontrasi jalanan apa lagi pertumpahan darah.


Samada kita sebagai Hakim,Polis,Doktor, Peguam,Pendakwa Raya,Tentera,Pegawai-pegawai kerajaan dan semua warga Malaysia bertindak dengan adil kebenaran pasti akan terserlah.

Tidak perlu menyebelahi atau menyokong ANWAR IBRAHIM katakan sahaja apa yang BENAR InsyAllah ,Allah PASTI bersama dengan kita.

artikel Sumbangan

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=560739#56073
9

Wednesday, May 5, 2010

Saksi kes Aminulrashid berfantasi ?

0 comments
Saksi kes remaja yang mati ditembak polis begitu seronok bercerita dengan wartawan tentang pengalaman yang dilaluinya bagaikan hero dia bercerita dibelasah oleh 5 orang anggota polis dan dapat melepaskan diri dan cuma cedera sikit je disiku kerana jatuh longkang....
-
Berhati-hati dik , patutnya kisah ini jadi teladan kepada remaja yang lain supaya jangan berani-berani curi kereta mak bapak macam-macam kemungkinan boleh terjadi..

Polis takkan nak ambil risiko dengan berlembut dan bersopan santun dengan orang yang memecut bila dikejar dah tentu takkan kena tembak kalau berhenti dan mengaku salah...
abis kuatpun kena hantar balik rumah mak bapak dan masuk sekolah jahat.
Tak payah lah nak politikkan sangat isu ini nanti jadi satu macam galakkan pulak kepada remaja lain supaya larikan kereta mak bapak ,
dan polis yang tarik picu itu pun pasti menyesal yang amat sangat kerana yang disangka penjenayah merbahaya itu sebenarnya budak remaja yang larikan kereta mak ayah dia.
isu panas!!! untuk beri komen klik disini

Tuesday, May 4, 2010

MLM Islamik ? Apa pendapat anda ?

0 comments
Dalam forum TKO ini begitu ramai yang anti-MLM pantang ada thread tajuk MLM pasti berjela-jela reply yang menghentam.

Tapi tak per ,,,nama pun forumkan ?
Sejak kebelakangn muncul pula web-web program affilliate yang berkonsepkan islam, kebajikan dan dakwah banyak istilah-istilah seperti hijrah,sedekah,jariah,fitrah dan macam-macam lagi di gunakan tapi konsepnya sama keluar modal dan ajak orang join dapat bonus.
Ada yang boleh diterima kerana dikatakan ada jualan produk seperti e-book,software dan download lagu-lagu nasyid.
ada juga yang menolak mentah2 dengan terus melabelkan haram,sistem yahudi piramid dan sebagainya.
namun begitu ramai juga blogger yang mengamalkannya kerana kalau blogger sepenuh masa apa sumber pendapatan mereka ? lainla kalau bloggers UMNO dapat beribu-ribu...
harap income dari iklan berapa la sangat kan ?



Maut selepas Minum-Tajuk Berita Harian mencurigakan.

0 comments
Peristiwa kematian Arwah Aminurasyid yang ditembak polis dalam insiden kejar mengejar di Shah Alam baru-baru ini menjadi tajuk utama semua akhbar utama pagi ini bila saksi utama tampil dalam satu sidang akhbar semalam.

Tapi paling tidak bijak adalah berita harian (atau boleh dikatakan bodoh juga laa) kerana tajuknya menggambarkan Arwah mati ditembak ketika sedang duduk-duduk minum.

Atau ada percubaan tertentu untuk mencemar nama baik arwah dengan cuba menimbulkan tanggapan bahawa arwah baru lepas "Minum" sebagai istilah yang selalu dikaitkan "Minum" itu minum arak?

Rasanya banyak lagi pilihan tajuk-tajuk yang yang sesuai dan sensasi boleh digunakan kalau BH mempunyai pengalaman luas dan Ketua pengarang yang kreatif kenapa tajuk seperti itu dipilih ?
Download lagu-lagu nasyid Unlimited

Nasyid Rock ?

0 comments
Nasyid rock!

Oleh Shanon Shah


NASYID rock? Itulah label yang digunakan oleh kumpulan Algebra untuk menerangkan konsep muzik mereka. Mengambil nama sempena cabang ilmu hisab yang diterokai oleh sarjana Islam, al-Khawarizmi, Algebra mengaku orang ramai mungkin merasa janggal jika melihat mereka buat pertama kali.
Siap dengan berserban, vokalis Ahnaf Jamal mengaku, "Kami tak segan dengan imej yang ditonjolkan. Lagipun apa yang kami mahu tunjuk ialah Algebra adalah kumpulan band yang membawakan lagu-lagu dakwah."
Algebra (Sumber: algebra.nasyeed.my)
Lima remaja anggota Algebra berhasrat menyampaikan mesej dakwah melalui muzik beriringan gitar, drum, dan keyboard. Kemunculan Algebra sekaligus memeriahkan arena nasyid tanahair, yang sudah biasa dengan artis hebat seperti Raihan, Rabbani, Yasin dan Waheeda, yang rata-ratanya berminat bereksperimen dengan genre nasyid.
Saya tertarik dengan pelbagai aspek tentang kumpulan Algebra.
Pertamanya, mereka bermain instrumen sendiri. Ini bukannya asing bagi industri muzik tanahair, tetapi merupakan satu ciri yang unik untuk kumpulan nasyid. Ada pendapat di kalangan ulama Islam bahawa bermain muzik adalah haram sama sekali, kerana ia dikaitkan dengan pekerjaan yang melalaikan umat. Instrumen muzik seperti gitar, piano, dan biola adalah haram dimainkan sama sekali.
Ada pula pendapat yang mengatakan bahawa bermain dan mendengar muzik sebenarnya halal asalkan ia tidak membawa mudarat kepada insan dan umat. Oleh itu, pendapat ulama golongan ini menegaskan di dalam keadaan tertentu, muzik boleh diharamkan, tetapi ini tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.
Jadi, jelasnya kumpulan Algebra sedang mengambil satu pendirian yang penting tentang mesej mereka dan cara penyampaiannya.
Saya juga kagum kerana Algebra membawa beberapa buah lagu hasil pena bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Lagu Asri juga dirakamkan oleh kumpulan Kopratasa, tetapi baru-baru ini salah sebuah lagu tersebut, Aku Bukan Musuh Harta, digam oleh pihak RTM. RTM menegaskan bahawa lagu tersebut bukannya diharamkan, tetapi dianggap tidak sesuai untuk diputarkan di udara. Pelik tetapi benar.
Dan akhir sekali, saya tertarik dengan konsep nasyid rock itu sendiri. Ya, saya pernah menulis tentang fenomena hip-hop versi Islam, tetapi saya mulanya menganggap budaya tersebut hanya tertumpu kepada komuniti Islam di Barat. Akan tetapi, inilah kali pertama saya sendiri mendengar tentang kumpulan muzik tempatan yang terang-terang melabelkan muzik mereka nasyid rock.
Saya masih ingat lagi apabila kerajaan negeri Kedah yang diterajui oleh PAS mengumumkan pengharaman sebarang konsert pop, rock, reggae, dan dangdut. Kerajaan PAS mendakwa muzik tersebut boleh membawa kepada keruntuhan akhlak. Bagi saya, mungkin ulama atau ahli politik PAS yang membuat kenyataan sedemikian sebenarnya tidak mendengar atau mengkaji muzik.
Jadi saya teringin untuk melihat apa yang akan terjadi jika kumpulan Algebra mahu membuat persembahan untuk ulama PAS. Adakah Algebra akan diharamkan kerana membawa muzik rock, atau dialu-alukan kerana menyampaikan mesej dakwah?

download lagu-lagu nasyid UNLIMITED !

Download Nasyid UNLIMITED !!! Lonjakkan ekonomi UMMAH

Related Posts with Thumbnails