Tribute to Lifelines 4 Gaza

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja
Proram Terbaru Untuk Pembangunan UMMAH

Friday, October 30, 2009

Sindrom Shaiful Melanda IPT....

1 comments


Bilangan pelajar lelaki jenis "lembut" semakin ramai dan mereka ini lebih berjaya dalam bidang pelajaran dan malahan ramai yang berjaya melangkah masuk kemenara gading.

Pelajar lelaki yang normal dan agak kasar selalunya terkandas dan jadi mat rempit,mat pit atau yang baik jadi askar atau polis.

Suatu hari saya secara tidak sengaja saya masuk ke UITM semasa upacara konvo.Sewaktu mereka sedang beratur dengan jubah untuk ambil "grad" dalam satu barisan yang panjang mereka sempat touch up-touch up dengan lipstik,eye shadow,blusher dengan tidak ada perasaaan malu sambil bertanya "cantik tak? cantik tak?"sesama sendiri dan saya nampak pelajar perempuan pun tak macam tu....

Kalau yang macamtu kira tak kisah lagi sebab agak ketara mereka bersifat mirip perempuan tapi kalau badan tough! macho dalam diam-diam bercinta sesama lelaki ini lebih bahaya kalau mereka buat hubungan sejenis dihostel atau rumah sewa memang tiada siapa yang akan mengsyakinya

Agaknya Si Sepol tu jenis ini tak ? Sebab itu dia dihantar untuk memerangkap Anwar dengan janji-janji ganjaran yang besar

Apakah puncanya gejala ini ?


Wak Cyber Tabib Profesional yang disegani ketika ditemui berkata " Menurut pandangan dari pancaran mata batin Wak,ini berpunca dari pemakanan telur ayam yang terhasil dari suntikan hormon tiruan."Kalau tak percaya tanya mak-mak dan bapak-bapak dio rang mesti suka makan telur separuh masak setiap hari maklumlah kan menu breakfast mat saleh..." kata Wak Cyber.

"Telur ayam ni kalau diletak dibawah perut ayam yang sedang mengeram gerenti tak menetas punya"Kata wak Cyber lagi.

"Wak ni bukanlah pakar tapi cubalah saintis -saintis kat Malaysia ni buat sikit kajian tentang perkara ini"

lagi.....


BERIKAN KOMEN ANDA DISINI
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=63#69316

Thursday, October 29, 2009

Ezam ada bukti Anwar peliwat.

45 comments


Dalam satu ceramah Saudara Ezam Md Noor satu masa dulu beliau ada menceritakan tentang pengalamannya semasa dalam tahanan ISA. Pegawai polis dari cawangan SB cuba bemacam-macam cara untuk menukar pendirian Ezam dan meninggalkan perjuagan REFORMASI bersama mentornya Dato Seri Anwar Ibrahim.

"Kalau betul Anwar melakukan liwat tunjukkan kepada saya buktinya.... sekarang juga saya akan meninggalkan perjuangan saya bersama Anwar!" demikian tegasnya pendirian nya ketika itu "Tidak ada satu bukti pun yang dapat dikeluarkan bagi meyakinkan saya tentang tuduhan mereka!" katanya dengan penuh bersemangat kini beliau telah membuat keputusan unutk tinggalkan perjuangan bersama Anwar.

Adakah kerana telah menemui bukti tabiat buruk bekas bossnya?

Masa baru join UMNO dulu hingga kini masih belum dapat menampilakn bukti...

Yang nyatanya tuduhan Liwat 2 datang dari beliau..

Yang nyatanya tuduhan Liwat 2 telah menaikkan lagi imej Anwar dan memadamkan samasekali tuduhan liwat 1 (1998) Rakyat Malaysia bertambah yakin yang Anwar memang kena fitnah.

Adakah ini memang pemainan politik inteligen yang dimainkan oleh 2 individu pintar ini?

Yang nyatanya Ezam tidak pernah mencaci bekas bossnya secara keterlaluan dan Anwar juga begitu sentiasa cuba mengelak bila ditanyakan mengenai Ezam.

Jadi mari kita lihat siapa yang kenaaa?

Lagi berita yang Selanjutnya klik disini..

Wednesday, October 28, 2009

Laluan Iklan Percuma

0 comments
alhamdulillah pengunjung ramai yang masuk kedalam blog wak,kini ada pulak yang minta wak mengajar buat blog ,cara online lak tu....
tak mengapa selagi wak termampu wak ajarkan dan kini wak buka ruang untuk pengiklanan terbuka dan percuma kepada mereka yang berminat untuk buat duit dengan dapat.com
silalah masuk

http://utusanjamanedan.blogspot.com

Tuesday, October 27, 2009

Shaiful Bukhari Azlan VS Teoh Beng Hock

0 comments


Shaiful Bukhari Azlan dalam blognya meluahkan kerisauan yang amat sangat tentang keselamatan dirinya hingga tak dapat berhari raya dengan keluarga beliau.
beliau takut kerana ada percubaan untuk membunuhnya dari pihak-pihak tertentu yang dikatakan terdesak dan sanggup menggunakan apa cara sekalipun unutk menghalang beliau dari memberi keterangan menentang Ikon pembangkang negara dimahkamah nanti.

"Kemungkinan, tahun ini merupakan tahun kedua saya tidak dapat lagi menyambut syawal bersama keluarga. Tidak mengapa, yang penting, saya masih berada didunia ini, justeru saya perlu sentiasa berwaspada mengenai keselamatan diri kerana lumrah orang yang sedang terdesak, mereka ini sanggup melakukan apa sahaja bagi mengelakkan saya dari memberi keterangan di mahkamah kelak. Tragedi yang menimpa mendiang Teoh Beng Hock perlu dijadikan iktibar" kata beliau dalam blognya.
Beliau mengambil contoh kes kematian Teoh Beng Hock yang dikatakan mati dibunuh kerana cuba membocorkan rahsia penyelewengan peruntukan Kerajaan Negeri Selangor.

Wajarkah beliau risau atas keselamtan dirinya?

Wajarkah beliau membandingkan dirinya dengan Teoh Beng Hock?

Lagi berita yang Selanjutnya klik disini..

Wednesday, October 21, 2009

Kes liwat Anwar Ibrahim :Shaiful akan tampil dengan bukti

0 comments
[Kepada yang sudi membimbing mahupun memberi tips2 persiapan untuk ke Mahkamah, bolehlah menghantar kiriman anda ke alamat email HariKebenaran@gmail.com. Namun, atas faktor keselamatan, saya tidak dapat membalasnya. Harap Maklum. Tk]

Demikianlah rayuan seorang pemuda malang yang telah diliwat oleh ikon pembangkang negara. Marilah kita sama-sama membantu beliau dengan mengirimkan tips-tips yang berguna bagi menghadapai saat saat yang paling sukar sepanjang kehidupan beliau di mahkamah nanti.

Tersentuh hati saya untuk memberi idea supaya dakwaan beliau itu diterima dengan penuh yakin oleh mahkamah lalu menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada tertuduh.

Idea berkenaan saya lakarkan seperti dibawah
0 comments


KD Sri Indera Pura-Kapal pengangkut sokongan yang mampu bertindak sebagai kapal penyelamat kapal selam sedang bersiap sedia untuk belayar ke Teluk Sepanggar terbakar dengan 2.4 juta tan minyak dan segala peralatan Spare Part/Bantuan kapal selam akan ditenggelamkan Kapal ini mesti diganti dengan segera diatas kapasitinya sebagai penyelamat kapal selam,bayangkan jika sekiranya berlaku apa-apa kepada kapal selam kita dan semua alat ganti yang penting dan mahal sangat diperlukan untuk meneruskan misi .Adakah disini bakal bermula siri malapetaka akibat dari doa manusia yang dizalimi? Semoga Allah selamatkan warga TLDM yang berkhidmat dengan Ikhlas...

Kalau ditenggelamkan siapa yang kenyang

Ikan- kerana menjadi tukun tempat ikan bermain bersuka ria dan membiak beranak pinak.

Nelayan - Kerana hasil tangkapan meningkat berlipat kali ganda sepanjang tahun tahap kehidupan mereka meningkat dan anak isteri mereka akan terjamin.

Menteri - Pembelian kapal baru menggantikannya ,Kapal pengangkut yang besar dah tentunya mahal dan komisennya besar hehehe

Monday, October 19, 2009

Al-Fatehah Untuk Along (Mohd Nor Kadis)

0 comments

ALONG

Leader kita Along Atau Mohd Nor Kadis telah pergi meninggalkan kita pagi ini 19/10/2009 saya sempat bergambar untuk kali yang terakhir pada malam perasmian pusat khidmat add4bucks di taman Sentosa Klang 15 okt 2009

Perubahan pada diri beliau sangat menakjubkan beliau telah kehilangan berat badan,tidak seperti yang saya lihat 5 tahun dahulu.

Alhamdulillah saya yakin beliau benar-benar berkeazaman untuk menurunkan berat badan sehingga berjaya seperti itu dan saya yakin beliau sihat.Tapi Allah lebih sayangkan dia,segala-galanya atas kehendak dia untuk memanggil seseorang itu pulang kepadanya tidak perlu disebabkan penyakit.

Satu hari nanti kita pasti akan pergi juga tidak kira apa juga yang menjadi sebabnya dan kita perlu sentiasa bersedia...Wallahu Aklam Al-Fatihah untuk Mohd Nor Kadis leader kita yang dihormati Anda telah memberi inspirasi kepada kami bagi memeruskan nperjuangan mu semoga roh mu dicucuri rahmat dan diredai Allah

untuk gambar-gambar saya bersama Along sila lawati :

http://utusanjamanedan.blogspot.com

Sekian Wasalam.

Belajar Bina Blog hubungi Azha : 0132629106/013-3922552

Sunday, October 18, 2009

Gambar apa ni ?malaikat, jin ,fairy..?

0 comments


Gambar ini diambil pada malam kedua hari raya yang lepas,satu objek
bersayap dan bercahaya dilhat seolah-olah melintas dihadapan lensa
camera saya.Kalau kita selalu melihat video dalam youtube tags:Angel
atau fairy objek seperti ini telah banyak dirakamkan.
Bagi masyarakat barat kewujudan makhluk yang dipanggil fairy telah
ditanam dalam jiwa mereka sejak dari zaman kanak-kanak,malahan banyak
cerita-cerita berkenaan makhluk berkenaan datang memberi pertolongan
diwaktu kecemasan dicatatkan di zaman moden ini.
Semasa saya kecil buku-buku karangan Hans Christian Anderson banyak
diterjemahkan untuk bacaan kanak-kanak.hampir semuanya ada cerita pasal
Fairy ini.
Alhamdulillah kini bahan bacaan mengenai kisah nabi-nabi dan cerita
dari Al-Quran telah banyak diterbitkan.
Apakah hukum kita mempercayai fairy ini...?
Adakah mereka ini malaikat yang didatangkan oleh Allah untuk membantu
manusia?
Bolehkah kita berdoa meminta pertolongan dengan makhluk ini?
Bagi pendapat saya ini adalah syaitan yang cuba merosakkan akidah yang
terlepas selepas dirantai sepanjang bulan ramadhan.
Seperti yang kita tahu syaitan bukan mahu mencuri harta dan kekayaan
kita tetapi mereka mahu mencuri akidah kita supaya kita mati dalam
keadaan tidak beriman kepada Allah.
Awasi bahan bacaan dan tontonan anak-anak kita,selalulah berpesan
kepada mereka sesungguhnya pertolongan dan batuan itu datang
semata-mata dari Allah dan syaitan tidak akan jemu berusaha untuk
merosakkan akidah dan kepercayaan kita . Silalah hantar komen anda
disini untuk kita sama sama bincangkan dan saya akan dedahkan nanti
gambar apa sebenarnya yang kita lihat ini...
Join Komuniti Rezekimaya Network GERGASI Blog Paling Popular1MALAYSIA
lihat video ...KLIK

Friday, October 16, 2009

Isteriku bercinta dengan suami orang..

0 comments



Kemanisan semasa bercinta tentunya menjadi kenangan bila dah mendirikan rumah tangga.Masa berlalu bila dah tinggal serumah tinggal tidur sebantal susah nak untuk mengekalkan perasaan seperti semasa bercinta dahulu itu baik dipihak suami atau isteri.

Masing-masing penat melayan anak-anak atau bekerja sepanjang hari lebih-lebih lagi dizaman ini wanita juga bekerja dan berkerjaya.Ditempat kerja ramai pula kenalan dan rakan sekerja dimana bebas bergaul dan beramah mesra dalam urusan kerja.

Tidak mustahil dalam pergaulan harian ada yang menjadi mesra,intim dan saling rindu-rinduan,Disinilah mungkin terbit kembali perasaan seperti mula-mula bercinta dahulu tapi bukan dengan isteri/suami sendiri tapi dengan suami atau isteri orang.....

Kebanyakan kes berlaku apa bila sering membuat tugasan secara bersama dan mula bercerita tentang problem masing-masing dialam rumah tangga pada mulanya nasihat -menasihati dan memberi idea tapi lama-lama lain pulak jadinya...

apa komen anda tentang perkara ini ?

proton-persona-iri

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=14284&highlight=


0 comments


Jaman Edan” karya popular penyair Indonesia, Ronggowarsito bergema semula di Dewan Merdeka PWTC bagi menggambarkan situasi dan cabaran politik yang dihadapi negara pada masa ini.

Bezanya dahulu ia dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim semasa menjadi Timbalan Presiden UMNO sebagai sindiran kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu, kini ia dialunkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menggambarkan wayang politik yang dimainkan oleh pembangkang.

Walaupun tidak menyebut secara langsung sasarannya, gambaran Jaman Edan atau Zaman Gila yang dilontarkan oleh Ronggowarsito itu dikaitkan oleh Muhyiddin dengan keadaan politik sekarang yang segalanya sudah menjadi terbalik.
0 comments

NAJIB BIDAS PIHAK TIDAK SABAR TALKINKAN UMNO – berita hairan

Najib Razak membidas pihak yang tidak sabar "mentalkinkan" Umno sedangkan parti itu akan bangkit kembali sebagai organisasi yang lebih kuat dan berpadu selepas menghadapi cabaran.

INI BATU NISAN


Najib berkata, sejak selepas pilihan raya umum ke-12 lalu, musuh politik Umno telah mula meramalkan kejatuhan parti berkenaan tetapi perkara itu bukan pertama kali berlaku.

"Kata mereka, Umno sudah nazak dan hanya menanti waktu.”


INI BELUM DI KEBUMIKAN

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH..

woit… APA LAH KAU ORANG INI…. KENAPA BUAT SIBUK NAK TALKINKAN GEROMBOLAN…kah kah kah…

woit… SILAP WOI… SILAP…. BUKAN TALKIN TETAPI KENDURI ARWAH…kah kah kah…

woit… KENAPA NAK TALKINKAN..... GEROMBOLAN NI DAH MATI TAHUN 1987 DULU…. kah kah kah…

kah kah kah… YANG ADA INI BUKAN GEROMBOLAN…. TAPI GEROMBOLAN EEE MENYAMAR SEBAGAI MELAYU…. kah kah kah…

Thursday, October 15, 2009

Pengajaran Jaman Edan

0 comments



KUALA LUMPUR: Mengambil syair pujangga Ronggowarsito bertajuk Jaman Edan atau Zaman Gila sebagai rujukan, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan perwakilan supaya bersatu hati berdepan ujian getir terutama selepas tsunami politik pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata, gambaran zaman edan dapat dirasakan hari ini apabila rakyat dihidangkan dengan fitnah dan pembohongan sehingga kekeliruan serta kepalsuan menjadi kebiasaan.

“Khabar angin, provokasi, cerita palsu dan berita sensasi direka untuk membangkitkan rasa benci. Masyarakat sukar membezakan antara kebenaran dan kepalsuan, antara kebaikan dan kemungkaran. Akhirnya, yang benar menjadi palsu, yang palsu menjadi benar.

“Ini hasil tangan mereka yang melakukan kerosakan atas nama kebebasan, kesaksamaan, keadilan dan juga atas nama agama. Matlamat menghalalkan cara, walaupun taruhannya sebuah bangsa dan negara,” katanya ketika berucap merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Monday, October 12, 2009

Tongkang Pecah Yu Kenyang

0 comments



Kalau KD Sri Indera Pura ditenggelamkan siapa yang kenyang

Ikan- kerana menjadi tukun tempat ikan bermain bersuka ria dan membiak beranak pinak.

Nelayan - Kerana hasil tangkapan meningkat berlipat kali ganda sepanjang tahun tahap kehidupan mereka meningkat dan anak isteri mereka akan terjamin.

Menteri - Pembelian kapal baru menggantikannya Kapal pengangkut yang besar dah tentunya mahal dan komisennya besar hehehe

Thursday, October 8, 2009

Umno/BN hanya bertahan di semua Pilihan Raya kecil

1 comments




Permatang Pauh- Seluruh dunia yang menyaksikan kempen Pilihan raya kecil yang paling kotor menggunakan taktik menjatuhkan pihak lawan dengan serangan peribadi secara berleluasa dalam semua saluran kempen.Mohd Saiful Bukhari secara tiba-tiba muncul bersumpah telah diliwat sehari sebelum penamaan calon dengan dengan harapan rakyat akan termakan dengan umpan ini lalu menolak calon PKR Dato Seri Anwar Ibrahim dengan cara yang amat memalukan seterusnya membunuh karier politik beliau.Ternyata ia tidak langsung memberi kesan dan tuduhan liwat 2 ini telah menambah keyakinan rakyat bahawa Anwar Ibrahim sememangnya telah difitnah dalam ertikata lain membersihkan nya dari tuduhan liwat yang pertama dulu. Bodoh betul...UMNO Ni..

Kuala Terengganu: Berlaku dinegeri yang pimpinan UMNO bergocoh sesama sendiri dimana ada dua puak yang menyokong dan ada puak yang menentang MB yang dilantik oleh sultan akibatnya jentera pilihan raya tidak lancar dan banyak berlaku unsur-unsur sabotaj dari ahli UMNO sendiri.Akhirnya kerusi yang diduduki oleh umno perpindah ketangan PAS kerana rakyat bosan melihat pertelingkahan mereka merebut kedudukan, wang ,projek dan kuasa .. Padan muka

Bukit Gantang : Berlaku sejurus selepas rampasan kuasa secara tipu helah yang menjijikkan tidak direstui oleh rakyat dan terus menyuarakan protes dengan memberi kemenangan kepada Pemimpin Rakyat Dato Sri Nizar Jamaludin.

Bukit Selambau: Mencatatkan rekod bila disertai oleh paling ramai calon bebas yang entah dari mana datangnya.Disini BN tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana MIC telah hilang pengaruh dan dibenci oleh masyarakat india sendiri cuma mengharapkan peluang menang dengan calon-calon bebas menjadi pemecah undi .PKR menang cemerlang dan calon-calon bebas ada yang hilang wang pertaruhan.desperet betul...

Batang Ai:Perubahan rakyat cukup ketara PKR menang di beberapa buah peti undi tetapi akhirnya dengan muslihat yang licik peti undi tidak diawasi oleh petugas pkr semasa dibawa dengan heli keputusan tidak berpihak kepada PKR.

Penanti:Kesilapan besar telah UMNO/BN lakukan disini bila tidak meletakkan calon. media melaporkan bahawa peratusan keluar mengundi sangat berkurangan ini menunjukkan yang tidak keluar mengundi adalah penyokong UMNO/BN contohnya : media melaporkan hanya 38% sahaja keluar mengundi bermakan 62% yang tidak keluar mengundi adalah penyokong UMNO/BN "alahai bodohnya kalau tidak letak calon kita boleh menang" Reputasi jatuh habis malu malu.

Manek Urai: Menyedari kesilapan bodoh diPenanti ,Manek Urai digagahi juga walaupun kubu kuat PAS namun setelah berhempas pulas dengan perbelanjaan MEGA dengan segala jentera kerajaan digunakan akhirnya kalah tipis saja eee geram betul...

Permatang Pasir : Tersilap meletakkan calon bekas peguam yang pernah dituduh pecah amanah dan tak mengaku berpoligami terpaksa menjawab dan mempertahankan calon dengan media tak sempat langsung nak cerita tentang kebajikan rakyat.Akhirnya kalah lagi.

Bagan Pinang : Tersilap meletakkan calon bekas MB UMNO yang pernah dihukum kerana politik wang dan terpaksa menjawab dan mempertahankan calon dengan media tak sempat langsung nak cerita tentang kebajikan rakyat.Akhirnya kalah lagi.(copy paste je dari yang atas)Bertahan je lah harapkan undi tentera .Calon dikatakan mendapat sokongan penduduk Bagan Pinang tapi sebenarnya yang menyokong pencalonan Isa Samad adalah ahli-ahli UMNO yang pernah terhutang budi yang akan mengundi nanti adalah semua rakyat Bagan Pinang melayu,india dan cina,Anggota tentera pun kini dah celik politik mereka bukan lagi askar yang suka mabuk-mabuk di mes-mes pegawai minum arak tapi mereka kini memenuhi masjid-masjid memenuhi tuntutan amr makruf nahi mungkar.Takbir "Allah hu Akbar"

Wednesday, October 7, 2009

Ganjaran RM1,000 jika ada foto Azeez ditumbuk

1 comments


Sebuah NGO menawarkan ganjaran RM1,000 kepada sesiapa yang boleh menunjukkan bukti bergambar ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk penyokong PAS.

Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) akan membayar sejumlah wang itu serta-merta kepada sesiapa yang menyerahkan gambar tersebut, lapor akhbar web rasmi PAS Harakahdaily.net hari ini.

Timbalan Presiden NGO itu Mohd Dzohir Hamid dilaporkan berkata mesyuarat ahli majlis eksekutif PEMBELA semalam mengambil keputusan menawarkan wang kepada pihak yang memiliki atau mahu menjual gambar insiden tersebut - kini menjadi isu menyerang PAS.

Bekas exco Pemuda Umno itu mendakwa ditumbuk oleh penyokong pembangkang pada hari penamaan calon pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Sabtu lalu, sehingga terpaksa dirawat di hospital.

Mohd Dzohir juga dipetik berkata PEMBELA membuat tawaran itu untuk mendapatkan kepastian berhubung dakwaan Abdul Azeez itu.

"PEMBELA harap ada pihak yang merakam gambar tersebut sudi menjual kepada pihaknya dengan tawaran harga yang diberikan, sekali gus membolehkan pihaknya membuat tindakan lanjut di atas dakwaan Datuk Azeez berkenaan," katanya.

Pihak yang berminat dengan tawaran itu boleh menghubungi pemimpin PEMBELA itu di talian 019-49 80 230 pada bila-bila masa.

Abdul Azeez dilaporkan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak kelmarin setelah cedera teruk di muka, leher dan tengkuk.

Sementara itu, dalam laporan berasingan, Harakahdaily.net semalam pula memuatkan tiga keping foto yang tidak menunjukkan Abdul Azeez dipukul sewaktu berjalan kaki dekat kumpulan penyokong pembangkang.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan ketua penerangannya Idris Ahmad dipetik berkata dakwaan Abdul Azeez itu sebagai "pembohongan" berdasarkan tiada kesan lebam atau calar di bahagian badannya dan juga rakaman tiga foto berkenaan.

Tuesday, October 6, 2009

SisWA 2 Alam

0 comments

Seorang guru lelaki menyatakan kerisauannya tentang gejala kekeliruan identiti dikalangan pelajar ketika ini.

Katanya bilangan pelajar jenis "lembut" semakin ramai dan mereka ini lebih berjaya dalam bidang pelaran dan malahan ramai yang berjaya melangkah masuk kemenara gading.Pelajar lelaki yang normal dan agak kasar selalunya terkandas dan jadi mat rempit,mat pit atau yang lebih baik jadi askar dan polis.

"Hai apalah yang nak jadi" keluh cikgu itu.

perkara ini saya dapat lihat sendiri bila secara tidak sengaja saya masuk ke UITM semasa upacara konvo.Sewaktu mereka sedang beratur dengan jubah uuntuk ambil "grad" dalam satu barisan yang panjang mereka sempat touch up-touch up dengan lipstik,eye shadow,blusher dengan tidak ada perasaaan malu sambil bertanya "cantik tak? cantik tak?"sesama sendiri dan saya nampak pelajar perempuan pun tak macam tu....

Apakah puncanya gejala ini ?

Wak Cyber Tabib Profesional yang disegani ketika ditemui berkata " Menurut pandangan dari pancaran mata batin Wak,ini berpunca dari pemakanan telur ayam yang terhasil dari suntikan hormon tiruan."Kalau tak percaya tanya mak-mak dan bapak-bapak dio rang mesti suka makan telur separuh masak setiap hari maklumlah kan menu breakfast mat saleh..." kata Wak Cyber.

"Telur ayam ni kalau diletak dibawah perut ayam yang sedang mengeram gerenti tak menetas punya"Kata wak Cyber lagi.

"Wak ni bukanlah pakar tapi cubalah saintis -saintis kat Malaysia ni buat sikit kajian tentang perkara ini"

Siapa sambut Najib di Paris

0 comments


Dr. Shaaribu telah dijemput oleh badan Hak Asasi untuk datang ke Paris untuk membuat laporan polis terhadap kes pembunuhan anaknya Siti Aminah Abdullah. Ini adalah kenyatan Dr. Shaaribu.

Adakah beliau benar-benar seorang bekas agen KGB ?
Apa motif beliau menarik balik saman terhadap kerajaan Malaysia ?

Monday, October 5, 2009

0 comments



NAJIB TIBA DI PARIS LAWATAN 4 HARI - berita hairan

Najib Razak tiba di sini untuk lawatan rasmi empat hari ke Perancis yang turut merangkumi pertemuan dengan pemimpin tertinggi negara berkenaan.


AS PM FLIES INTO PARIS, ALTANTUIYA STATEMENT SURFACES – malaysian mirrior

As Prime Minister Najib Abdul Razak flies into France for a four-day official visit, an organization calling itself the Altantuya Shaariibuu Foundation has issued a statement in an apparent bid to embarrass the Malaysian leader.

The statement published in the Malaysia Today website did not contain any new information but was mainly a rehash of the high-profile Altantuya murder case.

It also mentioned the commission allegedly paid out to Najib’s associate Abdul Razak Baginda for three French submarines bought by Malaysia during Najib’s tenure as Defence Minister.

"What was omitted from mainstream reports in Malaysia and France is that Najib since assuming Premiership in March 2008 is easily the most controversial Prime Minister since political independence in 1957 as he has been linked, through two policemen in charge of his protection and according to the statutory declaration of a private investigator, to a murder case," the statement alleged.

"And we are not talking of any “normal” murder case but the gruesome murder of a beautiful Mongolian woman Altantuya Shaariibuu connected to the purchase of French submarines worth a billion euros."

ISA JADI EXCO KEMUDIAN MB

0 comments


ISA JADI EXCO KEMUDIAN MB

Mat Hassan yang sedang duduk di kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan telah mula mengelabah.

Apabila di tanya oleh wartawan adakah Isa Samad akan di lantik sebagai exco ini jaswapan nya :

"I don't want to comment. Wait for (Isa to) win first," he said when met after officiating a function at a school in Siliau.

Orang-orang kuat, macai dan kroni Mat Hassan sedang bertungkus lumus untuk memastikan ISA dimansuhkan.

Pemansuhakan Isa ini akan memastikan kerusi Mat Asan selamat.

Kini slogan telah muncul di Bagan Pinang dikalangan penyokong Mat Asan : Mansuhkan Isa dan selamatkan Mat Asan.
[img]http://kitniaga.net/jamanedan/isa_kitarsemula2_tn2.gif[/img]
klik untuk lihat adegan kartun seterusnya dalam
http://utusanjamanedan.blogspot.com/

Sunday, October 4, 2009

Anwar Ibrahim calon kitar semula : Isa Samad

0 comments


Calon BN, Tan Sri Isa Samad menolak tanggapan pembangkang bahawa beliau adalah calon 'kitar semula' tetapi sebaliknya berkata, label itu lebih sesuai untuk pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pada 2008, saya tidak bertanding dalam pilihanraya umum. Beliau (Anwar tidak bertanding lebih enam tahun, dia telah hancur," kata Isa yang juga calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Isa memberitahu pemberita demikian selepas proses penamaan calon di Pejabat Perbandaran Port Dickson pagi tadi.

Pembangkang mensasarkan rekod Isa yang pernah digantung keahlian dalam Umno selepas didapati bersalah terbabit dalam politik wang dalam pemilihan parti pada 2004.

Ekoran itu, pihak pembangkang mendakwa BN 'mengkitar semula' Isa yang berusia 59 tahun itu untuk bertanding di kubu kuat Umno itu.

Saturday, October 3, 2009

0 comments


DARI BAGAN PINANG

Dua orang lagi calon bebas telah
diberitakan akan juga bertanding
dipilihanraya kecil Bangan Pinang.

Berita hangat sedang tersebar bahawa
seorang lelaki muda dan seorang anak gadis sunti
telah menyatakan hasrat untuk bertanding.

Mereka ini dini dikatakan di tajur oleh Saharuddin Hameed
tuan punya Hameed Nasi Kangkang.
0 comments


Ketua Penerang Umno, Tan Sri Muhamad Muhd Taib mengatakan Umno mesti menangani sendiri masalah dalaman parti termasuk masalah "hulur wang". Masalah "hulur wang" ini bukan rasuah bagi Umno, tetapi sekadar politik wang. Bagi Umno, politik wang dengan rasuah tak sama. Bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang mengamuk terhadap orang Umno, rasuah dan politik wang adalah sama. Siapa yang betul?

Elok juga kalau semua bentuk "hulur wang" dalam politik dikategorikan sebagai politik wang, bukan rasuah maka tak adalah "rasuah politik". Maka Malaysia satu-satunya negara yang bebas daripada rasuah politik. Boleh masuk Guinness Book of Records. Negara tanpa rasuah politik. Boleh ke gitu?

Saiful Tidak Diliwat:HKL

1 comments

Oleh: DZULKARNAIN TAIB
mLaporan pemeriksaan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa beliau diliwat merangkumi bukti DNA yang mencurigakan di samping mengesahkan secara rasmi bahawa tidak ada bukti klinikal menunjukkan bekas pembantu Anwar Ibrahim itu diliwat.
Pemeriksaan mendapati wujudnya dua sampel DNA lelaki berlainan pada tubuh Saiful, namun pemeriksaan klinikal tidak menyokong dakwaan Saiful bahawa beliau diliwat.
Laporan forensik klinikal itu yang disahkan oleh tiga pakar HKL daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Pembedahan dan Jabatan Perubatan Forensik membuat kesimpulan bahawa tidak ada bukti konklusif menunjukkan tusukan atau kesan luka pada dubur Saiful.
Ketiga-tiga doktor pakar berkenaan mengesahkan dalam laporan mereka bahawa pesakit yang diperiksa adalah Mohd Saiful berdasarkan nama, nombor kad pengenalan, umur dan bangsa beliau serta nama pegawai polis yang menyiasat kes iaitu DSP Judy Blacious a/l A.F. Pereira.
"Lelaki Melayu berumur 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh seorang tokoh masyarakat terkenal sejak tempoh dua bulan. Kejadian terbaru berlaku pada tengah hari 26 jun 2008," menurut laporan itu. Salinan laporan itu dikemukakan oleh peguam pembela Anwar dalam afidavit untuk membatalkan pertuduhan terhadap Anwar diperolehi oleh Suara Keadilan.
Laporan H-K-l menimbulkan kecurigaan terhadap bukti DNA yang dibawa oleh pendakwa dan menguatkan lagi tanggapan bahawa Anwar sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik. Perbicaraan Anwar bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rabu ini.
Dakwaan konspirasi terhadap Ketua Pembangkang itu diperkuatkan dengan pembabitan langsung dua tokoh utama yang terlibat secara terus dalam kes 1998 dan 2009 iaitu Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan Peguam Negara, Abdul Gani Patail.
Laporan perubatan itu disediakan oleh tiga pakar berkenaan berasaskan pemeriksaan komprehensif terhadap Saiful merangkumi penelitian fizikal dan ujian makmal.
Pemerikasaan fizikal meliputi bahagian kepala dan tengkok, dada, belakang badan, perut, bahagian luar kemaluan, bahagian luar dan dalam dubur.
"Pemeriksaan kemaluan dan bahagian dubur:sekeliling dubur lembab, bahagian luar dubur tidak menunjukkan kesan parut, melecet atau luka baru, kelembapan normal, kemutan baik, tidak ada lendir, tidak ada kesan koyak atau luka, sedikit buasir tahap pertama pada sebelah kanan," laporan itu membuat penemuan.
Pakar-pakar HKL juga membuat ujian makmal ke atas sampel swab yang diperolehi daripada Mohd Saiful.
Ini termasuk daripada bahagian tonsil, bawah lidah, bahagian keliling dubur, bahagian atas dan bawah dubur untuk tujuan analisis air mani serta kanan dan kiri puting dan sekelilingnya, badan, kemaluan bagi analisis air liur.
Ujian juga dijalankan ke atas sampel darah bagi profil DNA, alkohol serta toksikologi.
"Semua spesimen dilabel dan ditutup rapat oleh pakar dari Jabatan Perubatan Forensik dan diberi kepada DSP Judy Blacious a/l A.F. Pereira pada 29 Jun 2008 pada pukul 12.35 pagi untuk analisis makmal," kata laporan itu lagi.
Hasil ujian kimia diterima oleh jabatan yang sama pada 11 Julai 2008 yang mendapati antara lain:
* keberadaan air mani pada swab B5, B7, B8 dan B9
* tidak ada sumber DNA pada swab B, B1, B2, B3, B4 dan B6
* Campuran DNA lelaki pada swab B5
* Keberadaan DNA daripada dua individu lelaki pada swab B7, B8 dan B9.
"Keberadaan DNA lelaki pada swab B5, B7, B8 dan B9 hendaklah ditafsir sebaik-baiknya dengan identifikasi sampel yang diambil daripada bahagian lokasi sampel tersebut," jelas laporan itu.
Menurut seorang pakar perubatan hospital swasta yang tidak mahu dikenali laporan tersebut jelas menunjukkan Mohd Saiful tidak diliwat sebagaimana yang didakwa beliau.
Ini berdasarkan kepada pemeriksaan fizikal pada bahagian-bahagian sulit beliau yang tidak mempunyai petanda atau kesan beliau diliwat.
"Beliau kata kali terakhir beliau diliwat adalah pada 26 Jun tetapi sampel hanya diperolehi pihak hospital pada 29 Jun iaitu tiga hari kemudian.
"Dalam tempoh tiga hari tersebut bermacam perkara boleh berlaku. Saiful sudah tentu mandi dan membersihkan badan beliau dan tidak mustahil juga melakukan persetubuhan.
"Hanya ini sahaja boleh menjelaskan mengapa ada kesan air mani pada beberapa swab yang diambil doktor, kecualilah air mani itu diletakkan kemudian," terang pakar perubatan.
Pakar itu berkata lazimnya jika seseorang yang mengalami buasir diliwat, beliau akan menunjukkan tanda-tanda kecederaan namun HKL tidak menemui kesan luka seumpama itu pada Saiful.
Laporan berkenaan ditandatangani ketiga-tiga pakar HKL pada 13 Julai 2008.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijangka mendengar sebutan 15 Julai ini untuk tarikh bagi permohonan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen dari pihak pendakwa bagi membantu kes pembelaannya.
Mahkamah juga akan menetapkan tarikh baru bagi sebutan kes bagi satu lagi permohonan Anwar untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.
Menurut Hakim Mohamad Zabidin Mohamad Diah sehingga kedua-dua permohonan itu selesai, mahkamah tidak boleh memulakan perbicaraan.

akan datang : Rajuk Bagan Pinang

0 comments

Friday, October 2, 2009

Bas Percuma Untuk Anggota Tentera Di Port Dickson

0 comments

Apa yang anggota tentera dapat dengan pengishtiharan bandar Port Dickson sebagai bandar Tentera Darat ?

Perkhidmatan bas percuma?

Penginapan di mana-mana hotel dan resort percuma di bandar pelancungan Port Dickson?

Atau apa-apa aje?

mintaklah mada ni kalau nak dapatpun?

Saksikan kartunnya dalam
http://utusanjamanedan.blogspot.com/

Thursday, October 1, 2009

Anggota Tentera Pasti Beri Undi Pada Bulan

0 comments






Sekiranya anda dahagakan perubahan hidup, sekiranya anda ingin menguji Pakatan Rakyat, maka berilah undi pos anda kepada Pakatan Rakyat di Bagan Pinang. Kami akui kemenangan PAS di sini tidak akan memenangkan Kerajaan Persekutuan kepada kami, tetapi ia boleh menjadi ISYARAT MAYDAY bahawa UMNO dan BN akan tumbang dalam Pilihanraya ke-13 yang akan datang.

Sekiranya Pakatan Rakyat tidak memberikan atau mengotakan janji gaji minima selepas Pilihanraya ke-13 nanti, anda masih lagi boleh mengundi semula BN yang selama 52 tahun selepas kemerdekaan masih lagi meletakkan pejuang keselamatan negara sebagai 'Rakyat Kelas ke-2'.

Marilah kita bersama-sama jadikan Bagan Pinang sebagai 'Perang Waterloo' bagi UMNO dan BN. Kemenangan PAS di sini akan menjadi titik-tolak kehancuran UMNO dan BN termasuk politik memperkayakan kroni dan famili. Airmata Napoleon Bonaparte akan menjadi airmata Najib Razak. Marilah kita bersama-sama menunjukkan protes kita terhadap layanan buruk BN dan UMNO terhadap pasukan Polis dan Tentera agar isyarat jelas dapat dinyatakan: KAMI BUKAN RAKYAT KELAS KEDUA! KAMI PEJUANG NEGARA!

Saksikan Kesudahan episod setrusnya dalam
http://utusanjamanedan.blogspot.com/

Download Nasyid UNLIMITED !!! Lonjakkan ekonomi UMMAH

Related Posts with Thumbnails