Thursday, October 15, 2009
Pengajaran Jaman Edan
Posted by wak.jaman at 9:14 AMKUALA LUMPUR: Mengambil syair pujangga Ronggowarsito bertajuk Jaman Edan atau Zaman Gila sebagai rujukan, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan perwakilan supaya bersatu hati berdepan ujian getir terutama selepas tsunami politik pada pilihan raya umum lalu.
Beliau berkata, gambaran zaman edan dapat dirasakan hari ini apabila rakyat dihidangkan dengan fitnah dan pembohongan sehingga kekeliruan serta kepalsuan menjadi kebiasaan.
“Khabar angin, provokasi, cerita palsu dan berita sensasi direka untuk membangkitkan rasa benci. Masyarakat sukar membezakan antara kebenaran dan kepalsuan, antara kebaikan dan kemungkaran. Akhirnya, yang benar menjadi palsu, yang palsu menjadi benar.
“Ini hasil tangan mereka yang melakukan kerosakan atas nama kebebasan, kesaksamaan, keadilan dan juga atas nama agama. Matlamat menghalalkan cara, walaupun taruhannya sebuah bangsa dan negara,” katanya ketika berucap merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment