Tribute to Lifelines 4 Gaza

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja
Proram Terbaru Untuk Pembangunan UMMAH

Saturday, October 3, 2009

Saiful Tidak Diliwat:HKL


Oleh: DZULKARNAIN TAIB
mLaporan pemeriksaan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa beliau diliwat merangkumi bukti DNA yang mencurigakan di samping mengesahkan secara rasmi bahawa tidak ada bukti klinikal menunjukkan bekas pembantu Anwar Ibrahim itu diliwat.
Pemeriksaan mendapati wujudnya dua sampel DNA lelaki berlainan pada tubuh Saiful, namun pemeriksaan klinikal tidak menyokong dakwaan Saiful bahawa beliau diliwat.
Laporan forensik klinikal itu yang disahkan oleh tiga pakar HKL daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Pembedahan dan Jabatan Perubatan Forensik membuat kesimpulan bahawa tidak ada bukti konklusif menunjukkan tusukan atau kesan luka pada dubur Saiful.
Ketiga-tiga doktor pakar berkenaan mengesahkan dalam laporan mereka bahawa pesakit yang diperiksa adalah Mohd Saiful berdasarkan nama, nombor kad pengenalan, umur dan bangsa beliau serta nama pegawai polis yang menyiasat kes iaitu DSP Judy Blacious a/l A.F. Pereira.
"Lelaki Melayu berumur 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh seorang tokoh masyarakat terkenal sejak tempoh dua bulan. Kejadian terbaru berlaku pada tengah hari 26 jun 2008," menurut laporan itu. Salinan laporan itu dikemukakan oleh peguam pembela Anwar dalam afidavit untuk membatalkan pertuduhan terhadap Anwar diperolehi oleh Suara Keadilan.
Laporan H-K-l menimbulkan kecurigaan terhadap bukti DNA yang dibawa oleh pendakwa dan menguatkan lagi tanggapan bahawa Anwar sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik. Perbicaraan Anwar bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rabu ini.
Dakwaan konspirasi terhadap Ketua Pembangkang itu diperkuatkan dengan pembabitan langsung dua tokoh utama yang terlibat secara terus dalam kes 1998 dan 2009 iaitu Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan Peguam Negara, Abdul Gani Patail.
Laporan perubatan itu disediakan oleh tiga pakar berkenaan berasaskan pemeriksaan komprehensif terhadap Saiful merangkumi penelitian fizikal dan ujian makmal.
Pemerikasaan fizikal meliputi bahagian kepala dan tengkok, dada, belakang badan, perut, bahagian luar kemaluan, bahagian luar dan dalam dubur.
"Pemeriksaan kemaluan dan bahagian dubur:sekeliling dubur lembab, bahagian luar dubur tidak menunjukkan kesan parut, melecet atau luka baru, kelembapan normal, kemutan baik, tidak ada lendir, tidak ada kesan koyak atau luka, sedikit buasir tahap pertama pada sebelah kanan," laporan itu membuat penemuan.
Pakar-pakar HKL juga membuat ujian makmal ke atas sampel swab yang diperolehi daripada Mohd Saiful.
Ini termasuk daripada bahagian tonsil, bawah lidah, bahagian keliling dubur, bahagian atas dan bawah dubur untuk tujuan analisis air mani serta kanan dan kiri puting dan sekelilingnya, badan, kemaluan bagi analisis air liur.
Ujian juga dijalankan ke atas sampel darah bagi profil DNA, alkohol serta toksikologi.
"Semua spesimen dilabel dan ditutup rapat oleh pakar dari Jabatan Perubatan Forensik dan diberi kepada DSP Judy Blacious a/l A.F. Pereira pada 29 Jun 2008 pada pukul 12.35 pagi untuk analisis makmal," kata laporan itu lagi.
Hasil ujian kimia diterima oleh jabatan yang sama pada 11 Julai 2008 yang mendapati antara lain:
* keberadaan air mani pada swab B5, B7, B8 dan B9
* tidak ada sumber DNA pada swab B, B1, B2, B3, B4 dan B6
* Campuran DNA lelaki pada swab B5
* Keberadaan DNA daripada dua individu lelaki pada swab B7, B8 dan B9.
"Keberadaan DNA lelaki pada swab B5, B7, B8 dan B9 hendaklah ditafsir sebaik-baiknya dengan identifikasi sampel yang diambil daripada bahagian lokasi sampel tersebut," jelas laporan itu.
Menurut seorang pakar perubatan hospital swasta yang tidak mahu dikenali laporan tersebut jelas menunjukkan Mohd Saiful tidak diliwat sebagaimana yang didakwa beliau.
Ini berdasarkan kepada pemeriksaan fizikal pada bahagian-bahagian sulit beliau yang tidak mempunyai petanda atau kesan beliau diliwat.
"Beliau kata kali terakhir beliau diliwat adalah pada 26 Jun tetapi sampel hanya diperolehi pihak hospital pada 29 Jun iaitu tiga hari kemudian.
"Dalam tempoh tiga hari tersebut bermacam perkara boleh berlaku. Saiful sudah tentu mandi dan membersihkan badan beliau dan tidak mustahil juga melakukan persetubuhan.
"Hanya ini sahaja boleh menjelaskan mengapa ada kesan air mani pada beberapa swab yang diambil doktor, kecualilah air mani itu diletakkan kemudian," terang pakar perubatan.
Pakar itu berkata lazimnya jika seseorang yang mengalami buasir diliwat, beliau akan menunjukkan tanda-tanda kecederaan namun HKL tidak menemui kesan luka seumpama itu pada Saiful.
Laporan berkenaan ditandatangani ketiga-tiga pakar HKL pada 13 Julai 2008.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijangka mendengar sebutan 15 Julai ini untuk tarikh bagi permohonan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen dari pihak pendakwa bagi membantu kes pembelaannya.
Mahkamah juga akan menetapkan tarikh baru bagi sebutan kes bagi satu lagi permohonan Anwar untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.
Menurut Hakim Mohamad Zabidin Mohamad Diah sehingga kedua-dua permohonan itu selesai, mahkamah tidak boleh memulakan perbicaraan.

1 comments:

Anonymous said...

yes... attractive post :))

Download Nasyid UNLIMITED !!! Lonjakkan ekonomi UMMAH

Related Posts with Thumbnails