Tribute to Lifelines 4 Gaza

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja
Proram Terbaru Untuk Pembangunan UMMAH

Sunday, September 27, 2009

0 comments


SAMY VELLU PERLU LETAK JAWATAN : MADEY – berita hairan

S Samy Vellu perlu meletakkan jawatan sebagai Presiden MIC kerana sudah terlalu lama memegang jawatan itu, kata bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.

"Dia tak boleh, dah duduk situ 30 tahun, dia lebih lama daripada saya, saya 22 tahun pun saya sanggup letak jawatan.

"Masa saya letak jawatan, bukan orang benci sangat tapi saya masih letak jawatan - ini dia lagi duduk situ, lagi orang benci," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan, dekat sini hari ini.

Saturday, September 26, 2009

Bahan bukti: Mahkamah terima permohonan Anwar

0 comments


Bahan bukti: Mahkamah terima permohonan Anwar

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memerintahkan pihak pendakwa supaya membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meneliti rakaman CCTV yang didakwa tempat kejadian, jika salinan yang diberikan tidak jelas.

Beliau juga emerintahkan supaya nota pemeriksaan doktor Hospital Kuala Lumpur ke atas pengadu - Mohd Saiful Bukhari Azlan - turut diserahkan kepada pihak peguambela.
Hakim Mohd Zabidin juga mahu pihak pendakwa menyerahkan kepada pihak peguambela kenyataan saksi dari tujuh individu.

Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan permohonan pihak peguambela untuk mendapatkan sampel DNA yang relevan dan testimoni video Mohd Saiful kepada polis yang dirakam pada 30 Jun 2008.

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi menangguhkan prosiding pada jam 10 pagi tadi untuk memboleh hakim membuat keputusan selepas mendengar hujah balas peguambela Edmund Bon dan Amer Hamzah Arshad terhadap hujah ketua pendakwaraya Yusof Zainal Abiden bahawa semua dokumen telah diserahkan kepada pihak peguambela.

Pihak peguambela memohon supaya pihak pendakwa menyerahkan set lengkap dokumen-dokumen asal, kenyataan saksi, rakaman CCTV dan bahan bukti lain yang berkaitan dengan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Pembelaan utama Anwar ialah telah menyerahkan notis alibi kepada pihak pendakwa, bahawa tuduhan terhadap Anwar itu satu konspirasi politik, bahawa pengadu (Mohd Saiful) tidak boleh diperayai, bahawa terdapat gangguan pada bukti penting serta bukti pemeriksaan perubatan mendapati tidak berlaku penetrasi.

Sebelum prosiding bermula pagi tadi, peguam R Sivarasa yang mengetuai pasukan peguambela Anwar - selepas Sulaiman Abdullah menarik diri semalam - meminta hakim mmerintahkan pegawai penyiasat Jude Pereira keluar dari dewan mahkamah.

Pereira yang juga hadir dalam prosiding semalam, merupakan saksi utama pihak pendakwa, kata Sivarasa.

Hakim bersetuju dan memerintahkan Pereira meninggalkan dewan mahkamah.

Selepas hakim membuat keputusan terhadap pemohonan mendapatkan bahan bukti berkenaan, mahkamah dijangka menetapkan tarikh sebutan permohonan Anwar untuk membatalkan tuduhan terhadapnya dan menetapkan tarikh baru perbicaraan, bergantung kepada permohonan-permohonan sebelum ini.

-Malaysiakini

ANWAR PENGKHIANAT : LEBIH RAMAI DIMINTA JADI SAKSI

1 comments


Written by Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR, Mingguan Malaysia
Monday, 10 August 2009

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengalu-alukan tindakan beberapa pihak yang bersedia menjadi saksi dalam membuktikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.

Menurutnya, sesiapa saja yang mempunyai bukti kukuh mengenai perkara itu sepatutnya bersedia menjadi saksi di mahkamah jika Anwar meneruskan samannya terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Jika mereka ada bukti, kenapa tidak (mahu jadi saksi?)," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan pada Persidangan Tahunan Pimpinan Mahasiswa Malaysia Kali Ke-3 di sini semalam.

Beliau mengulas isu tuntutan saman Anwar terhadap Muhyiddin yang menyifatkan Ketua Pembangkang itu sebagai pengkhianat Melayu berikutan beberapa tindakannya sebelum ini.

Kenyataan Muhyiddin itu disokong beberapa individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd. Nor, yang menyatakan kesediaannya menjadi saksi utama dalam kes tersebut.

Dalam laporan akhbar ini hari ini, kata Ezam, Anwar pernah menghina Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mendapatkan undi kaum Cina dan India.

Dr. Mahathir menambah, beliau percaya Anwar akan menggunakan apa sahaja cara untuk kepentingan kerjaya politiknya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menegaskan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih diperlukan di negara ini terutama bagi mengekang unsur yang menyemarak kebencian kaum.

Friday, September 25, 2009

EZAM SEDIA JADI SAKSI UTAMA

1 comments


Written by SAIFULIZAM MOHAMAD, Utusan Malaysia
Saturday, 08 August 2009

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Nor bersedia tampil sebagai saksi utama kes tuntutan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha membuktikan siri pengkhianatan yang pernah dilakukan oleh Penasihat PKR itu.

Katanya, beliau bersedia berbuat demikian kerana mahu bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan lebih banyak lagi tindakan khianat Anwar terutama terhadap orang Melayu.

Sebagai contoh beliau berkata, Anwar pernah menghina Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan mendapatkan semaksimum undi kaum Cina serta India dalam satu mesyuarat yang turut dihadirinya.

''Akhirnya saya keluar dari PKR apabila melihat Anwar sanggup menghina DEB iaitu sebuah institusi bagi orang Melayu. Saya tidak sangka dia bertindak sebegini rupa hanya semata-mata untuk mendapatkan undi Cina dan India.

''Memang tidak salah untuk kita mengkritik tetapi apa yang dilakukan oleh Anwar ini sudah sampai ke tahap menghina dan sebagai seorang Islam dan seorang Melayu saya tidak boleh terima apa yang berlaku,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahad lalu, Muhyiddin dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading membidas Anwar sebagai pengkhianat perjuangan Melayu.

Berikutan kenyataan tersebut, Anwar menerusi peguamnya menghantar surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM100 juta kepada Muhyiddin dan Utusan Malaysia.

Selain Utusan Malaysia, kenyataan Muhyiddin itu turut disiarkan oleh New Sunday Times dan Berita Harian.

Ezam berkata, sepatutnya amalan politik Anwar itu ditolak kerana ia telah menjadi penyebab kepada wujudnya banyak pihak khususnya bukan Melayu yang semakin berani mempertikaikan hak istimewa orang Melayu.

''Anwar sebenarnya telah tersilap menafsir keadilan. Keadilan bukan kesamarataan tetapi keadilan itu ialah meletakkan sesuatu itu pada haknya,'' katanya.

Beliau berkata, satu lagi siri pengkhianatan Anwar adalah terhadap Islam apabila pemimpin pembangkang itu dengan jelas mahu memperkenalkan amalan kesamarataan di dalam PKR.

Katanya, amalan tersebut amat bertentangan dengan prinsip politik Rasulullah kerana di dalam Islam tidak ada konsep kesamarataan.

''Rasulullah tidak pernah berkompromi dalam soal ini. Maksudnya dalam apa jua keadaan sekalipun Islam mesti menjadi dominan. Islam wajib diutamakan berbanding perkara-perkara lain,'' katanya.

Beliau menambah, dalam prinsip politik Islam, orang bukan Islam yang bernaung di bawah pemerintah Islam tidak akan mendapat hak sama rata sebaliknya akan menerima hak mereka seperti mana dipersetujui.

Dalam pada itu Ezam berkata, kerajaan sedia ada tidak pernah menzalimi rakyat bukan bumiputera sebaliknya mereka memperoleh nikmat yang melimpah ruah jika dibandingkan dengan orang Melayu dan bumiputera.

''Ini merupakan satu fakta dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Oleh itu, saya amat berharap orang Cina, India dan sebagainya tidak mudah tertipu dengan permainan politik Anwar,'' jelasnya.

UNDI TENTERA JADI PENENTU

1 comments


PETALING JAYA: Undi pos akan tetap dilaksanakan ketika pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan terserah kepada mana-mana pihak jika mahu mengambil tindakan mahkamah mempertikaikan kaedah itu, tegas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

"SPR akan tetap melaksanakan pengundian pos. Anggota tentera dan pasangan mereka berhak untuk mengundi secara pos.

"Di bawah undang-undang, pengundi-pengundi ini dikategorikan sebagai pengundi yang tidak dapat hadir pada hari pengundian seperti biasa.

"Hak ini diberikan di bawah undang-undang... SPR hanya melaksanakan undang-undang ini," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang turut mengesahkan pihaknya akan memperjelaskan perkara ini kepada wakil-wakil PAS mengenai sistem pengundian pos, Isnin ini.

Wan Ahmad yang dihubungi mStar Online mengulas kenyataan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Yusmadi Yusof bahawa beliau akan membawa isu itu ke mahkamah jika pengundi pos, khususnya dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang tidak diberi pilihan untuk mengundi secara biasa atau secara pos.

Yusmadi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang memberitahu, dengan mengenakan undi pos ke atas warga dan kelompok tertentu tanpa alasan yang munasabah di bawah Perlembagaan Persekutuan, tindakan itu akan menyebabkan diskriminasi terhadap mereka.

Dalam hal ini, kata Yusmadi, beliau yakin ramai di kalangan warga dan kelompok tersebut seperti tentera dan polis yang tahu akan hak mereka, mahu menunaikan tanggungjawab mengundi seperti mana warga yang lain tanpa sebarang diskriminasi.
0 comments

Alhamdulillah.... pada hari ini telah lahir sebuah laman blog dengan Idea konsep baru dengan menggunakan kartun dalam menterjemah isu-isu semasa.

Kata orang sebuah lukisan lebih baik dari seribu perkataan,walau bagimanapun kartun-kartun yang saya dihasilkan tidaklah terlalu berat untuk difahami dan lebih kepada hidangan ringan melepaskan tension dari pada terlalu serius memikirkan keadaan politik sekarang.


Saya cuba untuk tidak terlalu pre-judis terhadap mana-mana pihak dengan mengambil isu-isu dari sumber arus perdana digarap secara sinis dan tidak melampau supaya dapat diterima oleh semua pihak.

Saya harapkan sedikit senyuman keceriaan dari semua yang menatap karya saya yang tidak seberapa ini.

Segala komen dan Idea untuk pembangunan blog ini amatlah dialu-alukan juga sumbangan kartunis lain yang berminat untuk menyumbang.
dan terus memeriah dunia bloggers dengan kepelbagaian idea dan sumber

salam sayang dari


Utusan Jaman Edan

Thursday, September 24, 2009

Dalang Disebalik Kebocoran Dokumen PKFZ telah dikenal pasti

2 comments

Kertas bocor: Musa nafi siasat menteri
Sep 24, 09 11:15am
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan malam tadi menafikan laporan berita yang memetik beliau sebagai berkata bahawa ada menteri akan dipanggil bagi membantu siasatan kes penyiaran dan penyebaran kertas kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Bukit Aman, dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, menjelaskan bahawa Musa tidak pernah menyatakan bahawa menteri akan dipanggil bagi tujuan itu ketika menghadiri satu majlis di ibu pejabat polis daerah Ampang Jaya pagi semalam.

"Apa yang beliau (Musa) katakan adalah saksi atau individu akan dipanggil bagi membantu siasatan dan kenyataan mereka diambil," kata Penolong Pengarah Pengurusan bagi Hal Ehwal Awam ACP Lai Yong Heng dalam kenyataan itu.

Polis dijangka mengesan mereka yang dipercayai terlibat dalam kes penyiaran dan penyebaran kertas kabinet itu yang melibatkan isu PKFZ.

Penyiaran kertas kabinet itu di laman web Malaysia Today, yang berkaitan projek PKFZ bernilai RM12.5 bilion telah mengundang kemarahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengecam tindakan itu, kerana dokumen berkenaan membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Kertas Kabinet 18 muka surat itu didakwa sebagai memorandum daripada Kementerian Kewangan pada Jun 2007, untuk mendapatkan persetujuan kabinet bagi memikirkan semula untuk meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM4.6 bilion bagi membiayai projek PKFZ. BERNAMA

Mahathir Says NO To ISA

1 comments

Bekas perdana menteri itu berkata imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

"Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang keskes macam ini.

"Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno," katanya dalam temuramah dengan Bernama.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura Isa turut disenarai sebagai calon bagi pilihan raya kecil itu.

Dr Mahathir berkata walaupun Umno bahagian Teluk Kemang yang diterajui Isa sendiri mahukan dirinya bertanding, mereka perlu ingat bahawa pilihan raya kecil itu bukan melibatkan wakil dari Umno bahagian itu sahaja yang bertanding.

Ini kerana rakyat akan melihatnya sebagai mewakili Umno dari seluruh negara dan menggambarkan pendirian Umno, katanya.

"Macam satu orang boleh menang jadi Presiden Umno tapi tak bermakna dia boleh menang pilihan raya," katanya.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Samy Vellu: I love Dr Mahathir

0 comments


By Regina Lee and Evangeline Majawat

PUTRAJAYA: MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu seems to want to bury the hatchet with former prime minister Tun Mahathir Mohamad.

"I am not saying anything any more. I want to only say that he's a great leader. I love him and I respect him," he said at the Hari Raya open house at Sri Perdana here on Sunday.

Samy Vellu said he had met Dr Mahathir during a Hari Raya reception at Istana Negara that morning and shook hands with him.

Brushing aside the acrimonious exchanges between the two over the past two weeks, Samy Vellu said he would take a scolding from Dr Mahathir seriously.

"If someone like a big brother or a father scolds you, just take it and keep quiet. That is the family concept." He also said that he had met Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to discuss when he would be stepping down as president of the MIC, a post he has held for 28 years.

He refused to reveal details, saying "only the prime minister and I know when".

In the run-up to the party elections two weeks ago, Dr Mahathir was reported as saying in a vernacular newspaper that Samy Vellu should quit as party chief. He later said that Samy Vellu had become a liability to the Barisan Nasional.

Samy Vellu then lashed back, saying the former premier had no business interfering in the MIC.

A delegate at the party annual general assembly suggested that a garland of slippers be hung around Dr Mahathir's portrait for butting in and "not doing anything for the Indian community".

The delegate has since been suspended from the MIC.

Meanwhile, Dr Mahathir appeared to have ended the row by saying an apology from Samy Vellu was not necessary.

"We shook hands. No, he did not apologise. I think it's not necessary," he said at the same function on Sunday.

Dr Mahathir described the spat as "nothing".

--New Straits Times

Download Nasyid UNLIMITED !!! Lonjakkan ekonomi UMMAH

Related Posts with Thumbnails