Thursday, November 19, 2009
Nostalgia Proton Saga
Posted by wak.jaman at 12:45 AMTahun 1985, satu sejarah baru telah termaktub didalam catatan pembangunan negara apabila Malaysia telah berjaya mengeluarkan kereta nasional buatan tempatan. Seluruh negara merasa gah dengan pencapaian baru rakyat Malaysia yang pada masa itu rata-rata mereka memiliki Toyota, Nissan, Mitsubishi dan model-model kereta buatan Jepun yang lain. Proton, Perusahaan Otomotif Nasional, telah dibangunkan dengan pengeluaran model sulungnya, Proton Saga. Satu kereta yang diolah dari model asal Mitsubishi Lancer Fiore, adalah satu titik mula usahasama antara Protondan Mitsubishi Motor Corporation, MMC Jepun. Dengan harga yang berpatutan, kereta pertama negara yang dilancarkan pada masa itu dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Dr. Mahathir Mohamad, mendapat sambutan yang begitu hangat dari masyarakat di Malaysia.
Enjin yang dikeluarkan dari dua siri 1300cc dan 1500cc itu mencapai jualan yang amat menggalakkan. Dikeluarkan dari dua jenis potongan cesi Sedan dan Aeroback (Knight). Kini, setelah lebih dari 20 tahun
dikeluarkan, model asas saga ini telah menjalani begitu banyak perubahan dan peningkatan. Dari model berasaskan enjin Orion buatan MMC, bertukar kepada Enjin
Magma pada 1987 dan dipertingkatkan lagi kepada Magma Megavalve 12 yang lebih berkeupayaan tinggi. Bertulangkan cesi Saga, model ini mendapat perubahan awalnya kepada model Iswara yang lebih cantik dan menawan. Kini cesi Saga ini masih terus utuh dengan pengeluaran model LMST yang lebih aerodinamik. Model ini terus mendapat sambutan sehingga kini.
Update:23 April 2008. Kini Saga telahpun melangkau satu lagi tapak kehadapan. Dengan nama Saga, Proton telahpun mengeluarkan model Base Line Saga generasi baru yang 100% berbeza daripada ruba bentuk 'kekotakkan' yang diwarisi sejak zaman berzaman daripada model Lancer Fiore. Kini nama baru Saga dikeluarkan dengan model yang lebih aerodinamik, berbadan lebih 'bulat' dan bercirikan citarasa terkini. Dikenali dengan nama Saga BLM, model ini mendapat sambutan menggalakkan dengan pengeluaran mencecah 8000 unit sebulan. Rata rata kelab Saga dan Iswara yang banyak bertapak didalam negara sejak dahulu menerima baik kehadiran model baru ini kedalam keahlian kelab mereka, ini kerana model ini masih lagi mengekalkan nama 'Saga'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment