Thursday, November 12, 2009
Real Madrid tewas dengan kelab tercorot
Posted by wak.jaman at 10:55 PMMADRID: Gergasi Sepanyol, Real Madrid dipalit kecewa apabila tersingkir daripada kejuaraan Piala Raja Sepanyol selepas kecundang 1-4 kepada kelab divisyen tiga, Alcorcon di atas perkiraan agregat, kelmarin.
Sementara itu, juara bertahan, Barcelona ceria selepas mudah membelasah Cultural Leonesa 5-0 buat menerbitkan lagi rasa cemburu musuh tradisi mereka itu.
Rafael Van der Vaart berjaya mendapatkan jaringan ditunggu Real minit ke-81 dalam perlawanan di Santiago Bernabeu bagi kemenangan 1-0, tetapi jaringan lewat itu tidak cukup membantu mereka mara ke pusingan berikut selepas tewas 0-4 pada perlawanan pertama.
“Kami mengadakan parti di bilik persalinan,” kata jurulatih Alcorcon, Juan Antonio Anquela. “Kami mencapai impian. Menewaskan Real adalah suatu mimpi.”
Di Camp Nou, pemain muda Bojan Krkic menjaringkan dua gol manakala satu gol masing-masing daripada Pedro Rodriguez, Lionel Messi dan Xavi Hernandez dalam separuh masa kedua menjadikan kedudukan 7-0 secara agregat buat Barca ke atas kelab divisyen tiga itu.
Di Bernabeu, sekalipun menurunkan bintang Brazil Kaka, semuanya bagai tidak menjadi buat kelab yang menghabiskan jutaan euro musim ini itu dan jurulatih Manuel Pellegrini menerima cacian peminat supaya meletakkan jawatan terutama selepas dia mengeluarkan pemain tengah, Lassana Diarra pada minit ke-70.
“Peminat marah selepas Diarra dikeluarkan. Saya faham...dia bermain cukup baik,” kata jurulatih berasal dari Chile itu. “Untuk tewas kepada kelab divisyen tiga tidak boleh dianggap kejayaan.”
Sebelum perlawanan ini juga, Presiden Real, Florentino Perez sudah mengeluarkan kenyataan sekiranya Real gagal menjulang sebarang kejuaraan di La Liga mahupun Liga Juara-juara, jawatan Pellegrini akan berakhir musim ini. -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment