Tribute to Lifelines 4 Gaza

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja
Proram Terbaru Untuk Pembangunan UMMAH

Monday, November 30, 2009

Papadom Afdlin Ke Hollywood


Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

AFDLIN bersama tiga anugerah yang dimenanginya menerusi filem Papadom pada Festival Filem Malaysia Ke-22 di Sabah, Ogos lalu.

JIKA semuanya berjalan lancar, filem Papadom arahan Afdlin Shauki akan diterbitkan dalam versi Tamil dan menembusi pasaran Kollywood iaitu industri perfileman Tamil di India. Ternyata berita itu cukup mengujakan Afdlin dan dia sendiri sudah tidak sabar lagi untuk turun semula ke lokasi bagi mengarahkan Papadom versi Tamil. Baginya, ia adalah satu cabaran baru baginya sebagai seorang pengarah dan Afdlin sendiri mengakui dia suka melakukan perkara baru yang mampu mencabar kredibilitinya sebagai seorang pengarah.

Buat masa ini, katanya, pihak Tayangan Unggul Sdn. Bhd. sedang meneliti beberapa aspek sebelum projek filem tersebut diteruskan. "Ia merupakan permintaan oleh pihak atasan Astro yang amat menyukai jalan ceritanya dan berpendapat ia berpotensi untuk dibawa jauh ke peringkat antarabangsa. "Saya melihat berita ini mampu membuka lembaran baru dalam profil seni saya dan saya hanya mengharapkan agar filem ini nanti akan mencipta kejayaan sama seperti filem asal," katanya penuh mengharap.

Afdlin berkata demikian sewaktu majlis gala tayangan filem terbaru arahannya, My Spy terbitan KRU Studios di MidValley, baru-baru ini. Menyambung bicara, jelas Afdlin, masih terlalu awal untuk dia mengumumkan barisan pelakonnya tetapi apa yang boleh dikatakan, berkemungkinan besar ia mungkin menggabungkan pelakon tempatan dan juga India. Begitu juga dengan skrip filem tersebut, kata Afdlin yang masih belum diputuskan siapakah yang bakal memegang portfolio tersebut.

"Semuanya masih lagi dalam perancangan dan saya sendiri tidak sabar serta teruja untuk turun semula ke lokasi untuk mengarahkan filem ini. "Saya juga tidak melihat faktor bahasa akan menjadi kekangan kerana karyawan yang bekerja dengan saya juga kebanyakannya daripada kaum India yang saya pasti akan membantu saya. "Jika tiada aral melintang, filem ini akan mula menjalani penggambaran sekitar awal atau pertengahan tahun depan bergantung kepada kepantasan skripnya dihasilkan," ujar Afdlin panjang lebar.

Tidak dinafikan filem Papadom memang begitu dekat dengan masyarakat di negara ini dan maklum balas yang diterima semuanya positif. Maka tidak hairanlah, sejak ditayangkan pada 8 Oktober lalu, filem itu telah berjaya mencatatkan kutipan tiket sebanyak RM3.5 juta selepas 26 hari tayangan. Malah, filem itu juga merupakan filem arahan Afdlin paling laris dari segi kutipan tiket sejak dia menduduki kerusi pengarah pada tahun 2004. "Saya percaya Papadom diterima dengan baik oleh masyarakat dan penonton tempatan kerana jalan ceritanya yang memuatkan elemen drama dan komedi itu.

"Bukan itu sahaja, saya melihat sebelum ini pun agak jarang filem bercorak kekeluargaan diterbitkan dan saya cuba menongkah arus dengan menghasilkan filem ini. "Kalau kita lihat, ada filem bercorak seperti ini gagal menarik perhatian penonton ke pawagam tetapi saya menyambut cabaran itu dan hasilnya benar-benar memeranjatkan saya," katanya dalam nada cukup gembira. Filem Papadom yang diterbitkan dengan kos RM1.4 juta itu membariskan Afdlin sendiri sebagai teraju utama selain Liyana Jasmay, Que Haidar, Vanidah Imran, Scha Al-Yahya, Farid Kamil dan ramai lagi.

Tambah bapa kepada dua orang cahaya mata ini lagi, rezeki filem itu sebahagian besarnya terletak pada kejayaan Papadom yang merangkul lima anugerah utama pada Festival Filem Malaysia Ke-22 di Kota Kinabalu, Sabah, Ogos lalu. Biarpun ketika itu, ia belum ditayangkan namun berupaya memenangi Filem Terbaik, sedikit sebanyak ia menyuntik keinginan penonton untuk ke pawagam dan menonton Papadom. "Selain itu juga, impak kejayaan Papadom juga berpunca daripada buah mulut orang ramai yang mempromosikan filem itu.

"Semua maklum balas ini saya peroleh daripada peminat menerusi akaun Facebook saya dan apa yang saya lakukan adalah untuk memberikan santapan baru kepada penonton di negara ini," ujarnya yang mengakui industri perfileman di negara ini ketandusan filem bercorak kekeluargaan. Dalam masa yang sama, Afdlin turut berkongsi cerita tentang perancangan untuk menghasilkan filem sekuel Papadom. Ujarnya, jalan cerita sudah mula berlegar di mindanya dan dalam filem itu nanti, ia akan mengetengahkan kisah serta pergolakan antara watak Saadom (Afdlin) dan anak perempuannya, Miasara (Liyana).
Profil Berkaitan

Papadom My Spy Tayangan Unggul Sdn. Bhd. KRU Studios Sdn. Bhd. Afdlin Shauki Liyana Jasmay Que Haidar Vanidah Imran Farid Kamil Scha
http://utusanjamanedan.blogspot.com




[img]http://www.sinemamalaysia.com.my/images/paper/utusan20091130-4.jpg[/img]

1 comments:

Anonymous said...

Hi-ya people, good chat board I find It exceedingly accommodating & it has helped me out tons
I hope to be able to give something back and aid others like this chat board has helped me

_________________
[url=http://iphoneusers.com]unlock iphone 4[/url]

Download Nasyid UNLIMITED !!! Lonjakkan ekonomi UMMAH

Related Posts with Thumbnails