Tribute to Lifelines 4 Gaza

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja

Hanya Bermodalkan RM20 sahaja
Proram Terbaru Untuk Pembangunan UMMAH

Thursday, September 24, 2009

Dalang Disebalik Kebocoran Dokumen PKFZ telah dikenal pasti


Kertas bocor: Musa nafi siasat menteri
Sep 24, 09 11:15am
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan malam tadi menafikan laporan berita yang memetik beliau sebagai berkata bahawa ada menteri akan dipanggil bagi membantu siasatan kes penyiaran dan penyebaran kertas kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Bukit Aman, dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, menjelaskan bahawa Musa tidak pernah menyatakan bahawa menteri akan dipanggil bagi tujuan itu ketika menghadiri satu majlis di ibu pejabat polis daerah Ampang Jaya pagi semalam.

"Apa yang beliau (Musa) katakan adalah saksi atau individu akan dipanggil bagi membantu siasatan dan kenyataan mereka diambil," kata Penolong Pengarah Pengurusan bagi Hal Ehwal Awam ACP Lai Yong Heng dalam kenyataan itu.

Polis dijangka mengesan mereka yang dipercayai terlibat dalam kes penyiaran dan penyebaran kertas kabinet itu yang melibatkan isu PKFZ.

Penyiaran kertas kabinet itu di laman web Malaysia Today, yang berkaitan projek PKFZ bernilai RM12.5 bilion telah mengundang kemarahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengecam tindakan itu, kerana dokumen berkenaan membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Kertas Kabinet 18 muka surat itu didakwa sebagai memorandum daripada Kementerian Kewangan pada Jun 2007, untuk mendapatkan persetujuan kabinet bagi memikirkan semula untuk meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM4.6 bilion bagi membiayai projek PKFZ. BERNAMA

2 comments:

dariana said...

TAHNIAH!!! Kenapa nama Utusan Laman Edan?

nway.... semoga dapat sambutan hangat dan sokongan padu bermadu.

wak.jaman said...

Ucapan Terima dari ana....untuk anta yang pertama menghantar komen bula utusan laman edan tapi UTUSAN JAMAN EDAN sempena tajuk puisi Zaman Edan ronggo Warsito maknanya Zaman Gila oleh kerana UTUSAN ZAMAN (Jawi)telah berkubur dizaman ini yang gila dengan segala jenis gila...
sekali lagi terima kasih...

Download Nasyid UNLIMITED !!! Lonjakkan ekonomi UMMAH

Related Posts with Thumbnails